Gambar sekadar hiasan
Usaha belajar faham agama dalam kelompok profesional
Minggu lepas adalah bermulanya siri pertama saya menerima jemputan BAKIP (Badan Kebajikan Islam syarikat) bagi syarikat gas, bagi memimpin pembelajaran ilmu agama yang bermanfaat.
Pada pertemuan tersebut, pada keseluruhan masa hampir 50 minit saya menekankan aspek utama, gambaran rangka besar yang asas supaya menjadi panduan dalam jangka masa panjang.
1. Susunan prioriti ilmu fardhu ain (akidah, syariah-fiqh-ibadah dan akhlak-rohani)
2. Mengikut kefahaman ilmu kelompok terbesar umat Islam (yang diukur melalui jumlah ulama) iaitu As-Sawad Al-A'dzom
3. Mengetahui ciri-ciri guru yang insyaAllah untuk kita belajar dan yakin daripadanya (antaranya mempunyai pertalian ilmu dengan guru-guru sebelumnya, berpegang kepada aliran ilmu agama seperti mana majoriti ulama Islam zaman berzaman, diri sendiri dan keluarga mengamalkan syariat, menjaga akhlak)
4. Tahu sempadan bagaimana untuk berbincang dengan orang awam dalam sudut ilmu agama, apakah batasan untuk mengkaji dan mencari maklumat tentang ilmu agama
5. Saya membuat analogi kepada mereka bagaimana keyakinan mereka untuk menaiki pesawat daripada 'kapten' yang hanya belajar menerbangkan pesawat secara sendirian melalui internet dan hanya praktik melalui flight simulator dalam komputer di rumah. Mereka tidak yakin. Begitu perumpamaanya dalam sudut belajar ilmu agama daripada para ulama-fuqaha yang menguasai dan pakar dalam bidang mereka masing-masing.
6. Saya mengingatkan diri saya dan mereka (turut berdasarkan pengalaman peribadi masa lepas) untuk tidak hanyut dalam perbincangan yang tidak menguntungkan (bahkan membazirkan masa) dengan kelompok-kelompok yang membawa fahaman kontroversi daripada aliran terpencil yang menjurus kepada eksterisme dan selalu menyalahkan orang lain, berlegar isu ranting, dan cenderung untuk meruntuhkan semula kekukuhan struktur kefahaman ilmu agama Islam.
Maksud pesanan salah seorang ustaz saya temui : usaha untuk membawa golongan profesional untuk belajar faham agama dengan para ulama Islam yang berautoriti (membawa dan beramal dengan ilmu kefahaman Ahlu Sunnah Wal Jama'ah majoriti ulama Islam zaman-berzaman adalah sangat penting, untuk selamatkan mereka daripada jadi mangsa sasaran mereka yang memahami agama dengan cara lebih keras dan pada permukaan sahaja).
Maksud pesanan salah seorang ustaz saya temui : usaha untuk membawa golongan profesional untuk belajar faham agama dengan para ulama Islam yang berautoriti (membawa dan beramal dengan ilmu kefahaman Ahlu Sunnah Wal Jama'ah majoriti ulama Islam zaman-berzaman adalah sangat penting, untuk selamatkan mereka daripada jadi mangsa sasaran mereka yang memahami agama dengan cara lebih keras dan pada permukaan sahaja).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.