Ulama Benteng

Ulama Benteng

Khamis, 14 Mei 2020

Bagaimana Ruh Kita Diambil Malaikat Nanti?

Bagaimana Keadaan Ruh Kita Akan Diambil oleh Malaikat Nanti? Bagaimanakah Perjalanan Seterusnya Selepas itu Dibawa ke Langit?

Pengajaran daripada hadis Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam

Tulisan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil Al-Azhari

PERJALANAN RUH

Sahabat Nabi al-Bara' bin 'Azib RA menceritakan;

"Suatu hari kamu bersama Nabi SAW menghantar jenazah seorang lelaki Ansar yang meninggal dunia. Ketika jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, baginda duduk dan kami pun turut duduk di sekitar beliau. Di tangan baginda ada sebatang kayu. Baginda menggaris-garis tanah dengan kayu itu, Kemudian mengangkat kepalanya sambil berkata; “Hendaklah kamu sekelian memohon perlindungan Allah dari azab kubur”. Baginda mengulanginya dua atau tiga kali. Seterusnya baginda bersabda;

“Sesungguhnya seorang hamba mukmin ketika hendak berpisah dengan dunia, turun beberapa malaikat dari langit (yakni malaikat rahmat), yang putih wajah mereka seumpama matahari, bersama mereka kain kapan dan bau-bauan dari syurga. Mereka duduk darinya sejauh mata memandang. Kemudian malaikat maut datang dan duduk di hujung kepalanya. Dia pun berkata; ‘Wahai ruh yang baik! Keluarlah kamu untuk menuju kepada keampunan Allah dan keredhaanNya’. Maka keluarlah ruh itu dengan senang seperti air yang menitis keluar dari mulut al-siqa' (sejenis bekas air bercorong, dibuat dari kulit kambing).

Sebaik ruh itu berada dalam genggaman malaikat maut, malaikat-malaikat (rahmat) yang sedang menunggu tadi terus mengambilnya dan memasukkannya ke dalam kain kapan berserta bau-bauan dari syurga tadi. Lalu semerbaklah darinya bau yang amat harum seperti bau kasturi yang paling harum di bumi. Setelah itu mereka membawa ruh itu naik ke langit. Setiap kali bertemu kumpulan malaikat, mereka akan bertanya; “Ruh siapakah yang amat harum ini?”. Malaikat-malaikat (rahmat) itu menjawab; “Ruh fulan bin fulan”, mereka menyebutnya dengan nama yang paling baik yang diberikan kepadanya di atas muka dunia. Apabila sampai di langit, mereka meminta supaya dibukakan pintu langit, lalu dibukakan.

Di setiap langit, ruh beriman itu turut diiringi oleh malaikat penjaga langit untuk naik ke langit berikutnya hinggalah sampai langit ke tujuh. Di situ Allah berkata kepada para malaikat; “Kamu simpanlah catatan hambaku ini di ‘illiyyin (tempat tinggi di bawah 'Arasyh, disimpan di situ buku-buku cacatan amalan orang beriman). Kemudian bawalah dia kembali ke bumi kepada tubuhnya, kerana darinya (yakni dari bumi/tanah) ِِِِAku menjadikan mereka (manusia), kepadanya Aku akan kembalikan mereka dan darinya juga Aku akan bangkitkan mereka".

Setelah dikembalikanlah kepada tubuhnya, datang dua malaikat kepadanya. Mereka mendudukkannya, lalu bertanya; Siapa Tuhan kamu? Dia menjawab; ‘Tuhanku adalah Allah’. Apa agama kamu? Dia menjawab; “Agamaku adalah Islam”. Siapa lelaki ini (Muhammad SAW) yang diutuskan kepada kamu? Dia menjawab; “Itulah Rasul Allah”. Apa ilmu yang kamu miliki?. Dia menjawab; “Aku membaca kitab Allah, lalu aku beriman dan membenarkannya”. Lantas datang seruan dari langit;

“Benarlah hambaKu itu. Hamparilah untuknya hamparan dari syurga, pakaikanlah kepadanya pakaian dari syurga dan bukakanlah satu pintu (dari kuburnya) ke syurga”. Maka masuk ke dalam kuburnya bayu lembut dan bau haruman dari syurga, serta dilapangkan kuburnya sejauh mata memandang.

Tiba-tiba muncul (satu makhluk menyerupai) seorang manusia yang indah rupa parasnya, cantik pakaiannya dan harum baunya. Dia berkata; “Nikmatilah kegembiraan ini. Inilah hari yang dijanjikan untukmu dulu”. Si mati pun bertanya; 'Siapa kamu? Kamu datang dengan wajah yang membawa kebaikan'. Dia menjawab; “Akulah amal soleh kamu”. Si mati lantas berkata; “Wahai Tuhanku! (kalau begini nikmatnya) segerakanlah kiamat, segerakanlah kiamat, supaya aku dapat berhimpun kembali dengan keluargaku”....bersambung (perjalanan ruh orang kafir)

(HR Imam Ahmad; 18534. Menurut Imam al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid; para perawi hadis ini adalah soheh).

Ahad, 10 Mei 2020

Dakwah Ustaz Ebit Lew



Gambar daripada Facebook page Ebit Lew


Ust Ebit Lew - contoh amat jelas individu yang walk his talk.

Dalam ilmu da'wah, manhaj/uslub beliau boleh dirujuk sebagai manhaj/uslub 'atifi, pendekatan emosi. Beliau sendiri mudah menangis, saya sendiri basah mata apabila menonton video-video beliau buat. Begitu juga penonton yang lain. Insya-Allah, hati beliau bersih dan dekat jiwa kepada Tuhan. Dari hati sampai ke hati penonton. Kita sedikit pun tak terasa unsur show off, brag dan seumpamanya. Bahkan, dengan ada video dan gambar usaha-usaha beliau, kesannya kuat kepada kita untuk insaf dan sama-sama usaha bantu.

Da'wah bil hal. Tindakannya, tutur katanya dan lain-lain lagi menarik perhatian dan disetujui segenap rakyat Malaysia merentasi perbezaan bangsa dan agama - hatta rakyat Singapura dan Indonesia sendiri mengikutinya. Orang dapat melihat keindahan akhlaknya, faham mesej yang cuba disampaikannya tanpa beliau banyak berucap panjang lebar dengan pelbagai dalil.

Ust Ebit Lew pernah lalui zaman kesusahan hidup. Pendapatan terhad. Diberikan kepada arwah ibunya. Pernah dapat RM 2 diberikan orang dan beliau sangat gembira dan hargainya. Beliau sangat memuliakan dan berkhidmat kepada mak dan ayahnya. Hatta sekarang, beliau tetap niatkan agar pahala yang ada dari usahanya dijadikan hadiah kepada arwah ibunya. - Berkat hidup luar biasa apabila taat dan khidmat kepada ibu bapa.

Ust Ebit Lew pernah merasai keperitan hidup. Oleh itu, beliau dapat rasai kesusahan orang yang dibantunya. Pantas tindakannya. Dalam sehari, dalam beberapa hari berjaya dipindahkan ke rumah baru.

Allah kurniakan rezeki luas kepada beliau. Berkat usahanya juga. Penceramah dan penganjuran kursus motivasi. Penulisan buku yang begitu laris. Perniagaan baju Elews Design. Restoren Paramount. Komisyen dan pendapatan daripada siaran TV, siaran YouTube dan Facebook. Bantuan beliau sepanjang PKP daripada wang sendiri sudah mencecah jutaan ringgit. Pergerakan beliau mendapat kebenaran PDRM.

Ust Ebit Lew amat pemurah. Beliau bayarkan sewa dan utiliti rumah individu dibantunya. Dibeli barang keperluan. Dalam aspek lain, beliau salurkan sumbangan makanan dan bantuan lain.

Hadis Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam menyebutkan, dengan maksud mafhum: bagi mereka yang membelanjakan harta kerana Allah ( dan contohnya membantu orang lain), ada malaikat yang mendoakan agar diberikan ganti kepada belanja itu. Dari situ, harta terus berkembang, bertambah subur dan sihat.

Sosok tubuh Ust Ebit Lew membawa kita ingat kepada individu besar dalam kalangan sahabat Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam yang kaya dan dermawan : Saiyyiduna Uthman dan Saiyyiduna Abdul Rahman bin Auf rodhiyaAllahu 'anhuma.

Sebahagian aktivis dan ahli politik apabila turun ke padang memberi bantuan kepada orang, selalunya ditunjukkan sekali label namanya, logo parti politik. Berkemungkinan motifnya agar rakyat kenang dan akan sokong serta undi mereka dalam pilihan raya.

Namun fenomena Ustaz Ebit Lew adalah fenomena segar, lebih asli, genuine dan jauh daripada kebiasaan orang politik. Terasa lebih dari hati apa yang dilakukan beliau. Beliau tak perlu pun meraih sokongan undi pada pilihan raya akan datang.

Kita juga ada ruang untuk bantu. Mungkin tak sekuat Ust Ebit Lew dapat turun ke lapangan. Ust sediakan nombor akaun pertubuhan, yang urusan keluar masuk ada auditor. Jadi selamat daripada fitnah penyelewengan duit.

CIMB 8603546376 Pertubuhan Kasih Umat

Sabtu, 2 Mei 2020

Berkenaan Puasa dalam kitab Al-Azkar Imam Nawawi

Assalamualaikum semua sahabat grup Lughatuna Jamilah, Ramadhan Karim wa Mubarak diucapkan! 🕋🤲😃

Selamat beribadah, selamat bersahur, selamat membaca al-Quran, selamat berbuka puasa, selamat mendirikan solat fardhu berjamaah, solat tarawih, witir, tahajud, selawat dan lain-lain lagi.

Bersempena bulan mulia ini, di sini disertakan beberapa bahan dari kitab Al-Azkar Imam An-Nawawi rohimahuAllah berkenaan ibadah puasa, dengan terjemahan oleh Ust  Syed Ahmad Semait.

Insya Allah

✅ Dapat ilmu berkenaan puasa

✅ Dapat tingkatkan pengetahuan bahasa Arab (dengan ada teks arab dan terjemahan)

✅ Dapat dorong kita tingkatkan amalan

Kita maklum, Imam an-Nawawi salah seorang imam besar, usia beliau sekitar 40 tahun, tidak berumah tangga (bernikah), jadual pengajian harian beliau lebih daripada 10 matapelajaran, bilangan muka surat kitab tulisan beliau kesemuanya jika nak bandingkan dengan kita, kita pasti tak mampu lawan beliau walau kita cuba menulis sejak kita lahir hari pertama sehingga kita meninggal, dan beliau juga salah seorang wali qutb dengan ada susunan wirid zikir beliau (Hizib Imam Nawawi)

Moga Allah redhai kita semua.








Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...