"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Ulama Benteng
Selasa, 2 Jun 2020
Kitab Ihya Ulumiddin - Tahap-tahap ke Arahnya
Sebutan Ihya Ulumiddin (penghidupan ilmu-ilmu agama)
Perkataan ulumi (baris bawah pada akhirnya) kerana idhofah (sandaran) kepada ihya.
Tahap-tahap ke arah kitab Ihya Ulumiddin (penghidupan ilmu-ilmu agama)
Insya Allah kitab yang dapat membantu bedah siasat keadaan hati, rohani, jiwa, akhlak kita. Hatta, aliran yang mengkritik Imam al-Ghazali rohimahuAllah sendiri mengakui mereka mudah mengalirkan air mata, tak terasa menangis, apabila membaca tulisan al-Imam.
1. Paling asas, ringkas, persediaan : kitab Bidayatul Hidayah. Insya-Allah, akan dapat rasa bagaimana kitab Ihya Ulumiddin nanti. Dalam bahasa Melayu, ada terjemahan oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki hafizohuAllah.
2. Pertengahan - dalam bentuk ringkasan, tanpa menghilangkan intipati kitab induk Ihya Ulumuddin - kitab Mauidzatul Mukminin tulisan al-'Allamah asy-Syaikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasyqi rohimahuAllah. Terjemahan dalam bahasa Melayu, kitab Bimbingan Mukminin oleh Ustaz Syed Ahmad Semait.
Di samping itu, kitab-kitab Jawi-Melayu yang turut berkhidmat kepada kitab Ihya Ulumiddin ialah kitab Hidayatus Salikin, kitab Sairus Salikin tulisan kitab turas susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah taala, terjemaahan dan tambahan kepada kitab “Bidayatul Hidayah”.
Kitab Sairus Salikin juga karangan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah taala. Kitab Sairus Salikin lebih tebal berbanding Sairus Salikin.
3. Seterusnya boleh masuk ke dalam kitab induk Ihya Ulumiddin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.