"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Ulama Benteng
Khamis, 24 Mei 2012
Rindu Bertemu Allah
Sesiapa yang rindu untuk bertemu dengan Allah, Allah juga rindu untuk bertemu dengannya.
- Pada waktu-waktu rasa lemah dan letih datang bertamu, pujuklah diri bahawa pertemuan dengan Kekasih kita adalah semakin hampir.
- Penat lelah dunia ini tidak lama, kebahagiaan di sana adalah kekal dan tiada hujung.
- Ya Allah kurniakan kami kerinduan untuk bertemu-Mu dan Kekasih-Mu sollallahu alaihi wa aalihi wa sallam.
Selasa, 15 Mei 2012
Majlis Periwayatan Kitab Hadits Sahih Muslim
(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)
Majlis Periwayatan Kitab Hadits Sahih Muslim bersama Syaikh Muhammad 'Awad Al-Mangosh
Tarikh: 27 Mei 2012 & 28 Mei - 6 Jun 2012
Tempat: Darul Hasani, Sg Ramal Dalam, Kajang dan Pusat Tuisyen Baitul Hikmah, Bandar Baru Bangi
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari dan 5.00 petang - 10.00 malam
Kredit poster: Hyung Asrool Al-Idris
.
Majlis Periwayatan Kitab Sunan Al-Tirmizi
(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)
Majlis Periwayatan Kitab Sunan Al-Tirmizi bersama Syaikh Muhammad 'Awad Al-Mangosh
Tarikh: 18-26 Mei 2012
Tempat: Masjid Al-Azhar, KUIS
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang
Kredit poster: Hyung Asrool Al-Idris
Pendaftaran Yuran : RM100.00 untuk orang awam, RM50.00 untuk pelajar merangkumi makan minum sebanyak 3 kali sehari sepanjang 9 hari program berlangsung. Harap Maklum.
Khamis, 12 April 2012
Pahala Setahun Tanpa Penat Lelah
Sumber: Blog Bekal Perjalanan
(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas bagi teks hadits)
Terjemahannya:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dan membasuh kepalanya dan badannya (memakai wangian yang disukai malaikat), dan bersegera keluar awal pagi, dan menghampiri masjid (duduk berhampiran dengan mimbar), mendengar dan diam (memberi perhatian) mendengar khutbah, maka bagi setiap langkah yang dilangkahinya baginya pahala setahun berpuasa dan menghidupkan malam.”
Hadits daripada Imam At-Tirmizi, no. Hadis: 456.
Rujukan: Kitab Perbendaharaan yang Mewangi dari Taman Rasulullah صلى الله عليه وسلّم, dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki hafizohullah, 2011, Sofa Production Sdn Bhd, Ampang, ms. 62.
Khamis, 5 April 2012
Selawat Untuk Nabi Kita - Amalan yang diterima Allah
Satu-satunya amalan yang turut disertai Allah dan para malaikat-Nya adalah berselawat atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad sholla Allah 'alaihi wa aalihi wa sallam. Hebat bukan amalan ini?
Sungguh banyak kebaikan yang dijanjikan Allah kepada mereka yang berselawat. Pada pertemuan sebelum ini sudah pun kita kongsikan sejumlah besar faedah berselawat (http://ikhwanzhaki.blogspot.com/2010/12/40-kelebihan-dan-faedah-berselawat-atas.html).
Satu perkara lagi yang amat bermanfaat untuk kita tahu bahawa ulama menyatakan selawat yang dilakukan oleh yang fasiq sekalipun (orang yang berkekalan dengan dosa) insya Allah akan tetap diterima Allah. Nabi kita juga tidak melarang sahabatnya memperuntukkan sebahagian besar masanya khusus untuk berselawat.
Insya Allah, bermula dari sekarang, kita kuatkan keazaman dalam hati agar sentiasa masa kita diisi padat dengan ucapan selawat, semasa berjalan, semasa di dalam kenderaan, semasa menanti panggilan giliran, semasa berada di dalam lif, semasa berjalan-jalan di dalam kedai, dan pelbagai lagi.
..
Langgan:
Catatan (Atom)


