Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 30 Mei 2015

Temuduga Tauliah Mengajar JAIS



Alhamdulillah, berpeluang untuk terus melihat lebih banyak kejahilan dan aib diri sendiri melalui temuduga tauliah mengajar JAIS.

1. Dalam masa kira-kira seminggu sebelum temuduga, rasa ada dorongan kuat untuk betul-betul mengulang kaji, belajar segala yang berkaitan tajwid, bacaan Al-Quran dan yang berkenaan. Diusahakan juga untuk cuba kuasai lebih baik dalam bahagian bacaan ghorib seperti naqal, imalah, isymam, roum, tashil, saktah, apakah perbezaan antara imam qiraat dalam bacaan mereka (walaupun baca saja, tak begitu faham). Rasa macam banyak yang masuk dalam tempoh belajar seumpama ini yang ada faktor adanya ujian dan temuduga semakan oleh para ahlinya yang berkelayakan.

2. Dipertemukan dengan panel temuduga yang subhanAllah dapat saya rasai dan ambil sedikit aura dan tsiqah mereka. 2 orang ustaz yang bertugas menguji dan temuduga setiap calon.

3. Kita diminta membaca surah Fatihah dan ayat al-Quran yang diberikannya. Kemudian kita diminta terangkan apakah yang kita faham tentang tajwid, terangkan hukum-hukum tajwid yang ada dalam ayat yang dibaca tadi.

4. Soalan-soalan lain yang ditanya beliau membuatkan kita terasa dorongan kuat untuk benar-benar faham dan menguasai, masyi, mampu menjawab dengan baik soalan yang dikemukakan.

5. Tajam semakan ustaz. Dapat dikesan kesilapan/kekurangan bacaan kita dari sudut makhraj contohnya.

6. Ustaz panel bukan sekadar bertanya kita kepada kita tentang hukum tajwid yang kita sedia maklum, bahkan bertanya apakah statusnya jika anak-anak murid tidak mampu membaca dengan kaedah tertentu (maka diraikan menurut pandangan masyaikh qurra yang lain), bagaimana keadaannya jika pak cik orang awam tidak mampu membaca dengan  panjang demikian-demikian (maka ini dalam kategori kesalahan khafiy yang dimaafkan).

7. Bagi calon yang menghafaz Al-Quran dan tahu bahasa Arab, ustaz panel akan membacakan sekian  ayat tertentu dan ditanya tentang makna ayat tersebut, dan contohnya kepada siapa ditujukan ayat tersebut.

8. Syukur dapat hadir majlis temuduga seumpama ini. Bersiaplah sebanyak mana pun sebelum temuduga, ketika diuji oleh para ahlinya, maka kita akan semakin dapat lihat di mana cacat cela kita. Betapa jahilnya kita. Betapa luasnya ilmu Allah. Betapa kita sangat perlu memuliakan dan menghargai para guru kita.

9. Suasana pejabat yang tenang dan sopan. Kakitangan pejabat menyapa dan bahasakan diri para calon sebagai ustaz-ustazah.

10. Ujian bertulis diadakan sebelum ujian lisan. Soalan-soalan berstruktur untuk melihat apakah bentuk pegangan, cara berfikir, aliran kita. Siapakah individu di Malaysia yang kita minati dari sudut agama mereka, apakah hukum dalam soal khlilafiyah, siapakah imam ikutan kita dalam aqidah. Dalam sudut mudah nak faham, adakah calon berfahahaman ‘W’ / pseudo-Salafi, Syiah, dan lain-lain.

11. Panel turut bertanya, siapakah yang menjadi kumpulan sasaran yang diajar.

12. Nasihat salah seorang guru saya yang merupakan mantan pensyarah Darul Quran JAKIM : Allah gerakkan hati kita untuk masuk ujian antaranya nak tambahkan ilmu kita dan kukuhkan yang kita ada serta betulkan kesilapan yang kita tak perasaan. Hadir keyakinan baru kepada kita selepas hadir temuduga.

13. Ustaz panel memberi nasihat, manfaatkan tauliah yang akan diberikan (jika keputusan lulus) sebaik-baiknya. Keputusan akan diberikan melalui surat selepas 2 minggu.

14. Sebaliknya bagi calon yang belum lulus, dan memohon lagi selepas 6 bulan nanti.

15. Ustaz panel menyebut, di JAIS, peluang diberikan kepada calon untuk terus berusaha membaiki kefahaman dan melayakkan diri untuk tauliah.

16. Juga disebutkan, selepas ini in syaa Allah boleh dipohon untuk naik taraf kategori tauliah kepada yang lain (kategori ceramah, fardhu ain/berkitab, motivasi).

17. Mudah-mudahan menjadi amalan soleh ikhlas yang diterima Allah, bermanfaat, terus memanjangkan dan meluaskan langkah dan capaian usaha, meneruskan usaha Baginda Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam dan seluruh penerusnya.

18. Diri jahil, diri banyak aibnya, banyak kekurangan. Tapi, atas keyakinan kita ambil dari guru kita, dan yakin akan bantuan Allah, teruskan melangkah untuk membaiki diri, menghambakan diri kepada Allah.

19. JazakumuAllah khairal jazaa' kepada para guru dalam bacaan Al-Quran, antaranya Ustaz Taufik Md Arshad Darul Quran JAKIM atas kesungguhan membimbing saya, kepada rakan-rakan seperjuangan dan di pejabat yang banyak memberikan sokongan. Semoga kita terus saling berkongsi ilmu dan kebaikan untuk sama-sama berjalan menuju akhirat.

.

Jumaat, 8 Mei 2015

Shaykh Mohammed Aslam visiting Singapore and Malaysia from the 20th - 28th of May 2015




Jumu'ah Mubarak Brothers and Sisters.

Insha Allah Shaykh Mohammed Aslam, a young and vibrant scholar from Birmingham, United Kingdom will be visiting Singapore and Malaysia from the 20th - 28th of May 2015. Please block your calendar to attend the lectures.

Shaykh Mohammed Aslam began memorising the Quran from an early age. He eventually travelled to the Levant where he enrolled at the renowned Maahad al-Fath al-Islami and also undertook extensive private studies with leading savants in Damascus such as Shaykh Abdul Razzaq al-Halabi, Shaykh Adib al-Kallas, and Shaykh Dr Ramadan al-Bouti, amongst others.

On returning to the UK, he enrolled in post-graduate studies and began serving as Imam and Khatib of Lozells Central Mosque – one of the largest mosques in Birmingham. Together with his traditional upbringing and familiarity with the western way of life, he was well-placed to reach out and engage with the youth. His weekly Sirah lessons were packed out as he brought the Prophet Muhammad SAW alive with his spell binding lectures and his affable personality.

In 2009, he established The City of Knowledge Academy in Birmingham which serves as a bustling hub of educational activity as well as an advisory for various community and grassroots projects in and around the city. By serving Muslims in various areas of life and by addressing some of the most challenging issues of our time, the academy has established a reputation as a pioneering centre to serve Islam and the Muslim.

He is sought by the media regularly. Most recently and notably, he was interviewed on BBC Radio following the Charlie Hebdo murders where he eloquently spoke on freedom of speech.


Taken from Facebook : https://www.facebook.com/noorulzaman.abdulkadir

Sambung Belajar Master PhD Rentas Bidang Separuh Masa



Peluang sambung pengajian pada peringkat sarjana (master) dan doktor falsafah (PhD) secara separuh masa dan merentas bidang (berbanding bidang dalam ijazah sarjana muda)
- kita boleh pertimbangkan informasi ini jika membantu kita, dan bersesuaian keperluan, minat, keutamaan, kemampuan

Terima kasih kepada rakan kenalan yang merupakan calon ijazah sarjana di UM dan UTM kerana berkongsi info dan memberikan dorongan.

Nafas baru bagi semangat kepada sahabat-rakan semua yang berhajat untuk melanjutkan pengajian. Mudah-mudahan Allah bimbing kita semoga menjadi amalan ikhlas yang mulia kerana mencari redha Allah, dan dengan pengajian lanjutan, ilmu kita adalah lebih matang dan dinilai serta disaksikan oleh para guru yang jauh lebih luas penguasaan dan kefahaman ilmu mereka.

Akhirnya semoga ilmu kita bermanfaat untuk diri kita, dan membawa IMPAK POSITIF kepada masyarakat.

Memanjangkan cadangan dan pengalaman tentang aspek keselamatan (HSE)

Memanjangkan cadangan dan pengalaman tentang aspek keselamatan (HSE)

 


Tadi, Ketua Pengarah MIROS Prof Dr. SV Wong telah memanjangkan emel saya kepada Timb. Ketua Pengarah JKJR (Jabatan Keselamatan Jalan Raya) untuk pertimbangan perancangan masa akan datang.

Secara tuntasnya, saya menyebut pengalaman saya bagaimana penekanan dan pengamalan HSE dalam sektor industri swasta (secara khususnya dalam syarikat minyak dan gas negara) adalah berkesan dan terpahat dalam kesedaran, sikap dan pengamalan saya.

HSE sentiasa disebut, diingatkan, diberi perhatian dalam kebanyakan komunikasi dan acara/aktiviti. Poster/kad/bunting dan seumpanya yang berupa peringatan HSE diwujudkan. Bahkan, tagline dalam signature emel turut menyebut tentang sasaran sifar kemalangan agar semua sentiasa ingat dan peka.

Budaya dan sikap yang begitu teliti, prihatin, peka terhadap soal keselamatan sangat wajar dipupuk dalam kalangan masyarakat/rakyat kita.

Saya mencadangkan agar pada segenap bidang dan peringkat kerajaan atau swasta, peringkat sekolah, kampung, dan lain-lain lagi untuk mula menjadikan aspek keselamatan (HSE) sebagai salah satu keutamaan yang penting dan selalu disebut dalam hampir setiap majlis dan aktiviti.

Perkara yang sangat mustahak (iaitu keselamatan nyawa) adalah sangat berbaloi untuk sentiasa disebut-sebut, diulang diingatkan.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...