Soalan:
1. Perubahan iklim merupakan sesuatu yang memberi kesan yang besar kepada manusia.
Huraikan SATU punca perubahan iklim yang anda faham serta SATU kesannya
kepada manusia. (5 markah)
|
Salah satu punca
perubahan iklim ialah pemanasan global, yang disifatkan berkaitan
dengan perkembangan kesan rumah hijau (greenhouse effect), pemanasan
yang terhasil apabila ruang atmosfera memerangkap haba yang terpancar dari bumi
ke angkasa lepas.
Sesetengah gas dalam
atmosfera menyekat haba daripada terbebas. Gas-gas yang mempunyai jangka hayat
panjang akan bertahan secara separa kekal di dalam atmosfera dan tidak
bertindak balas secara fizikal atau kimia terhadap perubahan suhu, yang
digambarkan sebagai “memaksa” perubahan iklim. Gas seperti wap air, yang
bertindak balas secara fizikal dan kimia
terhadap perubahan suhu adalah dilihat sebagai “feedbacks”.
Gas-gas yang menyumbang kepada kesan
rumah hijau adalah termasuk, antaranya:
Wap air. Gas rumah hijau paling banyak, dan penting sekali
wap air bertindak sebagai feedbacks kepada iklim dan cuaca. Wap air
meningkat apabila atmosfera bumi memanas, dan juga kemungkinan untuk awan dan
pemendakan, yang menjadikannya sebagai mekansime feedbacks yang paling
penting terhadap kesan rumah hijau.
Karbon dioksida (CO2). Komponen yang minor
tetapi sangat penting bagi atmosfera. Karbon dioksida dibebaskan melalui proses
semula jadi seperti respirasi dan letusan gunung berapi, dan melalui
aktiviti-aktiviti manusia seperti penebangan hutan, perubahan penggunaan tanah,
dan pembakaran bahan api fosil. Manusia telah meningkatkan kepekatan kandungan CO2
atmosfera lebih dari satu pertiga sejak Revolusi Perindustrian bermula.
Ini adalah faktor “memaksa” jangka masa panjang yang paling penting terhadap
perubahan iklim.
Metana (methane). Gas hidrokarbon yang terhasil
daripada sumber semula jadi dan aktiviti manusia, termasuk proses penguraian
sisa pepejal di kawasan tambunan (landfills), agrikultur. Pada peringkat
molekul-ke-molekul, metana adalah jauh lebih aktif dari segi fungsi sebagai gas
rumah hijau berbanding karbon dioksida, dan metana juga adalah kurang wujud
dalam atmosfera.
Nitrous oxide. Gas rumah hijau yang berkuasa dan
terhasil proses penghasilan/pengusahaan tanah, secara khusus dalam penggunaan
sebagai baja komersil dan organic.
Chlorofluorocarbons (CFCs). Sebatian sintetik secara keseluruhan asalnya dari tujuan industri. Boleh menyumbang kepada pemusnahan lapisan ozon. Juga berperanan sebagai gas rumah hijau.
Chlorofluorocarbons (CFCs). Sebatian sintetik secara keseluruhan asalnya dari tujuan industri. Boleh menyumbang kepada pemusnahan lapisan ozon. Juga berperanan sebagai gas rumah hijau.
Kesan kepada manusia :
Secara purata, bumi menjadi lebih panas.
Sebahagian kawasan mungkin mengalu-alukan suhu lebih panas, tetapi kawasan lain
mungkin tidak menginginkannya. Manusia akan berasa tidak selesa, penggunaan
kipas, penyejuk udara lebih tinggi, kemudiannya akan menyebabkan pembebasan gas
yang meningkatkan kesan pemanasan (contoh dari bekalan elektrik yang terhasil
dari pembakaran arang batu membebaskan gas karbon dioksida).
Keadaan yang lebih panas akan membawa
kepada lebih penyejatan dan pemendakan secara umum. Sebahagian kawasan menjadi
lebih kering, yang lain menjadi lebih basah. Kadar kelembapan berbeza boleh
membawa kesan kesihatan yang berbeza kepada manusia, seperti alahan kulit,
penyakit yang mudah tersebar dan dihadapi kerana kelembapan udara. Contoh
risiko kesihatan merangkumi : malaria, demam denggi, strok haba dan lain-lain.
Kesan rumah hijau yang lebih kuat akan
memanaskan lautan dan sebahagiannya mencairkan glasier dan ais lain, seterusnya
meningkatkan paras air laun. Apabila air laut memanas, air laut juga akan
mengembang dan seterusnya meningkatkan paras air laut. Ini akan menyebabkan
banyak kawasan sedia ada yang hampir kepada pesisiran pantai akan ditenggelami
air, dan manusia perlu berpindah-randah mencari tempat yang baru.
Musim tanpa frost dan
musim bercucuk tanam tumbuh akan menjadi lebih panjang. Keadaan ini akan
menjejaskan ekosistem dan agrikultur.
Corak pemendakan (precipitation)
akan berubah. Secara khusus pemendakan pada musim sejuk dan bunga dijangka
bertambah.
Kemarau dan gelombang haba akan bertambah. Hal ini membawa kepada pengurangan kelembapan tanah, akibat gelombang haba, lalu menjejaskan kesuburan tanaman makanan dan tumbuhan menjadi sumber kepada manusia.

(539
patah perkataan)
2.
Huraikan apa
yang anda faham mengenai krisis biodiversiti menggunakan SATU contoh hidupan yang berada di
Malaysia. Apa langkah yang boleh diambil oleh kita untuk membendung krisis
ini? Huraikan SATU langkah yang anda tahu. (5 markah)
|
Krisis biodiversiti
merujuk kepada masalah yang timbul akibat ketidakseimbangan, ancaman, kematian
hidupan-hidupan yang sedia ada hidup di muka bumi, kehilangan kepelbagain
genetik hidupan pada kadar yang semakin cepat, merangkumi spesis dan ekosistem.
Menggunakan satu contoh hidupan berada di Malaysia : gajah, krisis biodiversiti ini dapat difahami. Gajah diburu oleh pemburu haram dan kejam, terutamanya untuk mendapatkan gading, kaki dan ekor haiwan ini. Penduduk tempatan dipercayai memberikan bantuan kepada pemburu haram. Organ-organ ini mendapat permintaan tinggi terutamanya pasaran antarabangsa, memberikan harga yang sangat lumayan. Hal ini menjadi sebab utama haiwan ini dibunuh. Sebagai salah satu contoh, Gajah Pygmy Borneo adalah spesies yang dilindungi di bawah ‘Spesies Dilindungi Sepenuhnya’, Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. Di samping itu, konflik dengan manusia juga menjadi faktor lain mengancam hidupan gajah apabila habitat haiwan liar tersebut diganggu dengan mengambil kira kes-kes kematian gajah yang bukan semata-mata dengan sebab pembunuhan oleh pemburu haram.

Ada gajah mati akibat
terpijak jerat, ada kena racun sengaja atau tidak. Kerana habitat diganggu, konflik
tercetus apabila gajah ke ladang untuk mencari makanan, tidak tahu kawasan itu
bahaya atau tidak. Antaranya adalah kerana gajah suka kepada kelapa sawit.
Wujud konflik dengan manusia.
Apakah kesan kematian gajah kepada biodiversiti dan keseimbangan ekosistem?
Apakah kesan kematian gajah kepada biodiversiti dan keseimbangan ekosistem?
Penurunan besar jumlah
gajah, sekali gus memberikan impak serius terhadap alam sekitarkita. Menurut
laman web One Green Planet, bilangan gajah dan jumlah pokok sangat berkait
rapat. Penyelidik mengesan corak menyedihkan dan merisaukan, iaitu dalam
kawasan gajah pupus, sesetengah spesies pokok turut pupus kerana gajah adalah spesis
paling penting dalam membantu penyebaran banyak benih pokok dan tanaman dalam
masa singkat. Di hutan Asia, biji benih besar memerlukan haiwan herbivor
gergasi seperti gajah untuk menyebarkan benih. Di samping itu, selepas gajah
makan tumbuhan, akan wujud ruang kosong bagi tumbuhan dan haiwan lain
menggunakan ruang tersebut. Najis gajah juga dapat menjadi baja yang subur bagi
tumbuhan lain, kerana makanan gajah adalah daripada pelbagai jenis tumbuhan.
Apa langkah yang boleh diambil oleh kita untuk membendung krisis ini?
Apa langkah yang boleh diambil oleh kita untuk membendung krisis ini?
Antara langkah yang dapat
diambil ialah melalui strategi konservasi. Hal ini perlu mempunyai kesedaran
tentang penekanan terhadap konservasi hidupan liar secara menyeluruh kerana gajah
merupakan spesis utama yang memerlukan habitat yang luas.
Perlindungan habitat
gajah bermakna juga perlindungan kepada pelbagai biologi kawasan tersebut.
Strategi konservasi meliputi tindakan pengurusan, penyelidikan, inventori,
kewangan, Kerjasama peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pertimbangan terhadap
pengurusan populasi gajah – bergantung kepada saiz kumpulan,
saiz habitat serta keadaan habitat itu.
Kaedah tindakan berdasarkan
keadaan, saiz kumpulan dan tahap gangguan – seperti tembak
halau, tangkap dan pindah, pagar elektrik dan parit.
Penyelidikan gajah –
meliputi aspek-aspek seperti populasi, taburan, pergerakan, permasalahan gajah,
pemakanan, deria gajah dan seumpamanya.
Pencegahan ancaman gajah –
daripada memasuki kawasan tanaman dengan cara tradisional seperti menakutkan
gajah dengan cara membuat bising, membakar tayar, membuat unggun api dan cara
moden seperti sistem pagar berelektrik.
Kerjasama dengan agensi
pertanian – pembukaan tanah baru bagi pertanian perlu ambil
kira faktor yang menjejaskan habitat semula jadi gajah.
(475
patah perkataan)
Rujukan:
Pelan Pengurusan Gajah
oleh PERHILITAN : https://www.wildlife.gov.my/images/stories/penerbitan/lain_lain/PelanPengurusanGajahSM.pdf
https://www.biodiversidad.gob.mx/v_ingles/biodiversity/bcrises.html
https://www.biodiversidad.gob.mx/v_ingles/biodiversity/bcrises.html
3. Pencemaran air, udara dan sisa pepejal banyaknya berpunca daripada
manusia. Setelah anda fahami keadaan kritikal dunia yang sedang mengalami
pencemaran yang teruk, apa langkah-langkah yang anda boleh amalkan sendiri di
rumah bersama keluarga? Huraikan TIGA langkah tersebut. (6 markah)
|
Langkah-langkah boleh diamalkan sendiri di
rumah untuk mengelakkan pencemaran:
Mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula. Terdapat tiga jenis sampah utama yang boleh dikitar semula : kertas, plastik dan botol kaca. Di rumah, boleh disediakan tiga bekas berasingan untuk diletakkan sampah-sampah kitar semula ini. Diri sendiri dan setiap ahli keluarga dipupuk dan diajar untuk sentiasa terus memasukkan sampah-sampah kitar semula itu ke dalam bekas kategorinya. Selanjutnya, sampah-sampah ini dihantar ke tempat / pengumpulan sampah kitar semula yang terdekat.
Elakkan penggunaan bahan yang menghasilkan sampah. Elakkan menggunakan produk yang boleh dihapuskan selepas guna (disposable products) seperti pinggan, cawan, kain napkin, sudu garfu plastik / kertas yang hanya diguna sekali, kemudian dibuang. Keadaan ini menyebabkan kadar penghasilan sampah yang lebih cepat dan banyak, justeru membawa kepada pencemaran alam. Sebaliknya, pilihan yang lebih selamat dan baik adalah menggunakan pinggan mangkuk dan sudu garfu yang terus boleh digunakan lagi selepas mencucinya, menggunakan tuala / kain pengelap dan basuhan yang boleh digunakan semula, berbanding tuala kertas (paper towels) dan span cucian yang hanya dapat digunakan sekali.
Gunakan kertas guna semula bagi tujuan di rumah. Caranya boleh dilakukan dengan mencetak pada kedua-dua belah muka surat (depan dan belakang). Di samping itu, mana-mana kertas yang telah digunakan pada salah satu muka halaman, dan halaman satu lagi masih kosong, kertas itu masih tetap boleh digunakan. Sebagai contoh sebagai kertas lakaran / conteng kasar (scrap paper), boleh juga dijadikan kertas bagi pelbagai jenis catatan seperti barang-barang untuk dibeli, peringatan dan lain-lain. Juga, sikap penjimatan perlu diamalkan semasa mengguna kertas, seperti penggunaan saiz tulisan dan ruang kertas yang tidak membazir. Hal ini semuanya dapat mengelakkan pembaziran kertas, dan kertas dihasilkan dari pokok-pokok. Pembaziran kertas membawa kepada pencemaran alam, penebangan pokok-pokok.

(279 patah
perkataan)
4.
Dengan pembacaan
dan kajian anda buat sendiri, huraikan satu ISU SEMASA yang berkaitan dengan
pembangunan lestari dan kesan kepada ekonomi dan sosial. Lampirkan petikan
akhbar yang berkaitan serta berikan pandangan anda mengenainya. (4 markah)
|
ISU SEMASA yang berkaitan dengan pembangunan lestari dan kesan kepada ekonomi dan sosial : Isu Minyak Kelapa Sawit
Kesatuan Eropah (EU)
mengenakan tekanan dan sekatan terhadap produk minyak sawit Malaysia. Malaysia
akan meningkatkan eksport minyak kelapa sawit ke pasaran sedia ada sekiranya
Kesatuan Eropah (EU) terus mengenakan sekatan terhadap import komoditi itu dari
negara ini. Aktivis-aktivis alam sekitar
menyatakan industri kelapa sawit ini banyak membawa kesan buruk terhadap planet
bumi. Isu-isu yang dinilai kesan buruk akibat industri minak kelapa sawit
adalah antaranya kerana penebasan hutan untuk tujuan penanaman pokok kelapa
sawit. Penghasilan minyak kelapa sawit dikatakan telah menjadi punca kepada 8%
daripada jumlah penebasan hutan di dunia antara tahun 1990 higga 2008. Hutan
ditebas dan dibakar secara terbuka bagi membolehkan manusia menanam pokok
kelapa sawit. Pembakaran terbuka ini pula membawa kepada pencemaran udara, jerebu
di Malaysia. Banyak laporan menyatakan situasi pembakaran ini berlaku di
Indonesia. Selain itu pembakaran ini memusnahkan tempat menjadi habitat
tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan hidupan liar – menjadikan kawasan tersebut
kurang biodiversiti. Spesis seperti orang utan, badak, gajah dan harimau akan
terjejas.
Kesan Ekonomi:
Industri minyak kelapa
sawit yang diketahui mempunyai pelbagai kegunaan dan potensi : mendapat permintaan
tinggi, lalu menyediakan peluang ekonomi yang besar dari segi penanaman,
penuaian, pengangkutan, penghasilan, eksport, import, penghasilan pelbagai
produk makan dan minuman.
Namun begitu, penghasilan
minyak kelapa sawit yang tidak lestari akan membawa kepada potensi kesan negatif
ekonomi pada peringkat tempatan dan antarabangsa yang menyumbang kepada pemusnahan
habitat, pencemaran dan perubahan iklim. Pemusnahan, pencemaran dan perubahan iklim
akan menjejaskan aktiviti ekonomi lain juga, dan perbelanjaan bagi menghadapinya.
Bagi negara pengeluar : industri
memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 0.8 juta penduduk Malaysia dan lebih
1.7 juta penduduk Indonesia.
Bagi negara pengimport : industri memberikan peluang pekerjaan kepada 67,000 posisi.
Secara sudut bertentangan, apabila sekatan terhadap minyak sawit berlaku, industri minyak sawit terjejas dan menghilangkan peluang pekerjaan kepada sejumlah besar penduduk.

Kesan Sosial:
Kelapa sawit adalah tanaman ekonomi yang berharga dan menyediakan sumber pekerjaan. Ini membolehkan pemilik tanah kecil untuk mengambil bahagian dalam ekonomi tunai dan sering menyebabkan peningkatan infrastruktur tempatan dan akses yang lebih besar kepada perkhidmatan seperti sekolah dan kemudahan kesihatan. Di beberapa kawasan, penanaman kelapa sawit telah menggantikan amalan tradisional, selalunya disebabkan oleh potensi pendapatan minyak sawit yang tinggi.
Walau
bagaimanapun, dalam beberapa kes, tanah telah dibangunkan oleh ladang kelapa
sawit tanpa perundingan atau pampasan orang asli menduduki tanah itu. Ini
telah berlaku dalam Papua New Guinea, Colombia, dan Indonesia. Di Sarawak, Borneo Malaysia,
terdapat perdebatan mengenai apakah terdapat perundingan yang sesuai dengan
komuniti Long Teran Kanan sebelum pembangunan tanah tempatan untuk ladang
kelapa sawit. Peruntukan tanah asli menyebabkan konflik antara ladang dan
penduduk tempatan di setiap negara.
Menurut laporan 2008 oleh NGO termasuk Friends
of the Earth, syarikat minyak sawit juga dilaporkan menggunakan kekuatan
untuk memperoleh tanah dari masyarakat pribumi di Indonesia. Di samping
itu, sesetengah ladang kelapa sawit Indonesia bergantung kepada buruh import
atau pendatang tanpa izin, yang telah menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan
kerja dan kesan sosial amalan-amalan ini.
Dari sudut
berbeza, apabila dikenakan sekatan kepada minyak sawit, kesannya kepada sosial
adalah dari segi hilangnya punca pendapatan kepada pengusaha, pekerja industri
ini. Masalah sosial akan wujud akibat kehilangan sumber ekonomi.
|
Malaysia
mengambil langkah campur tangan World Trade Organization dalam isu sekatan
dari Kesatuan Eropah, kerana situasi itu akan menjejaskan ekonomi negara, dan
kesan sosial kepada pekerja dalam sektor ini. Pembangunan tidak lestari menjadi
antara potensi faktor kempen sekatan.
|
|
World
Trade Organization dijadikan platform untuk menyuarakan pandangan Malaysia
berkenaan sekatan minyak sawit. Pembangunan tidak lestari menjadi antara potensi
faktor kempen sekatan.
|
|
Kedua-dua
negara pengeluar terbesar, Indonesia dan Malaysia bakal terjejas teruk dari
segi ekonomi dan sosial akibat sekatan dan kurangnya eksport bagi produk ini.
Pembangunan tidak lestari menjadi antara potensi faktor kempen sekatan.
|
|
Kesan
sosial: ketegangan hubungan antara pemimpin dan rakyat kedua-dua negara
akibat isu minyak sawit. Pembangunan tidak lestari menjadi antara potensi faktor
kempen sekatan.
|
|
Sudut
pandang berbeza: selain dari isu dikatakan pembangunan tidak lestari, minyak
kelapa sawit mempunyai kadar keberkesanaan yang tinggi dari segi penumbuhan
dan penghasilannya.
|
|
Isu-isu
seputar kesan kepada alam sekitar, ekonomi dan sosial dijadikan tumpuan utama
kepada imej negatif industry minyak sawit.
|
Rujukan :
Budidarsono, Suseno; Dewi, Sonya; Sofiyuddin,
Muhammad; Rahmanulloh, Arif. "Socio-Economic Impact Assessment of Palm Oil
Production" (PDF). World Agroforestry Centre. Dicapai pada 15 January 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.