Ulama Benteng

Ulama Benteng

Ahad, 19 April 2020

Pembangunan Lestari


SOALAN
1.     Apa yang anda faham mengenai hubungan ketiga-tiga elemen penting di dalam Pembangunan Lestari iaitu Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial. Huraikan. (4 markah)

Elemen Alam Sekitar dalam Pembangunan Lestari
Aspek ini adalah mustahak dalam membaiki dan mempertahan sistem-sistem biofizikal yang dapat meneruskan kehidupan semua jenis hidupan secara lestari di atas muka bumi ini. Hal ini termasuk struktur dan fungsi ekosistem secara semula jadi, dan interaksi-interaksi antara alam sekitar dengan manusia. Dunia memerlukan penjagaan (guardianship) terhadap alam sekitar.
Alam semula jadi dari asas dan asalnya adalah berada dalam keadaan yang baik dan seimbang. Seumpamanya kewujudan tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok sebagai mesin semula jadi yang menghasilkan oksigen hasil dari proses fotosintesis. Selain itu, peranan pokok-pokok yang secara semula jadi mengukuhkan struktur muka bumi seperti di kawasan yang cerun apabila manusia menebang, menggondolkannya maka terjadi kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan lain-lain yang menjejaskan keseimbangan semula jadi alam sekitar, seterusnya membawa bahaya kepada manusia dan haiwan-haiwan.
Alam sekitar yang secara semula jadi asalnya adalah bersih daripada sebarang bentuk pencemaran. Namun, ciptaan manusia ada menyebabkan pencemaran udara, air, tanah, bunyi dan lain-lain lagi yang membawa bermacam-macam ancaman dan masalah. 
Pembangunan lestari perlu mengutamakan alam sekitar yang sihat dan stabil.

Elemen Ekonomi dalam Pembangunan Lestari
Aspek ekonomi mempunyai kepentingan dari sudut bagaimana manusia berinteraksi dengan menggunakan alam semula jadi dalam menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang membawa nilai tambah kepada hidup mereka. Aspek ekonmi juga mementingkan penggunaan sumber dan pelupusan sampah yang mesti berlaku dalam kapasiti kemampuan planet kita.
Ekonomi dalam pembangunan lestari menggalakkan sistem perdagangan dan pertukaran yang secara adil mengagihkan faedah dan kos. Seterusnya ekonomi menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam pembangunannya yang membawa kepada masa depan yang dapat bertahan dan dijaga dengan baik.
Sebagai contoh, pembangunan kawasan hutan menjadi tapak perladangan, pertanian, mahupun kilang perlu mengambil kira pengurusan dan impak yang membawa kepada kemajuan ekonomi. Peluang pekerjaan diwujudkan, menggalakkan peningkatan kemampuan ekonomi dan perkembangannya.

Elemen Sosial dalam Pembangunan Lestari
Aspek sosial mengetengahkan keperluan untuk keseimbangan dan keadilan antara generasi manusia, dan sesama dalam dan antara etnik dan kumpulan taraf sosial. Hal ini termasuk kesejahteraan manusia dari sudut fizikal dan mental serta kesepaduan antara komuniti mereka berdasarkan agihan yang adil bagi sumber tersebut. Tidak wajar sumber sesuatu pembangunan itu hanya didominasi oleh sesuatu etnik dan golongan kaya semata-mata, kerana akan mewujudkan masalah sosial dan ketidakseimbangan dalam masyarakat.

Hubungan Antara Ketiga-tiga Elemen Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial dalam Pembangunan Lestari


Diagram showing economy as a subset of society, and society as a subset of environment.
Rajah 1: Pembangunan Lestari yang Kuat

Terdapat banyak model berbeza yang menunjukkan bagaimana ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan. Berdasarkan Rajah 1, model ini menunjukkan ekonomi adalah subset kepada masyarakat kita, kerana setiap perkara dalam ekonomi berada dalam lingkungan masyarakat, dan keseluruhan masyarakat kita pula berada dalam alam sekitar. Ini menunjukkan sebarang perkara yang menjejaskan alam sekitar akan menjejaskan masyarakat kita, dan seterusnya menjejaskan ekonomi kita. Sebagai contoh, sesuatu unit dalam lautan yang dijadikan sebagai sumber pembangunan lestari perlu mengambil kira bagaimana ekosistem marin, dan bagaimana manusia boleh menjejaskannya melalui penangkapan ikan dan pencemaran (sains), dari sudut sosio-budaya bagaimana penangkapan sumber makanan laut (geografi) dan apakah kesan terhadap ekonomi melalui penangkapan ikan dan pelancongan. 





Rajah 2: Pembangunan Lestari dan Hubungan Antara Ketiga-tiga Elemen

Dalam model ini pula, apabila hanya ada keterkaitan ketiga-tiga elemen alam sekitar, ekonomi dan sosial : barulah pembangunan yang lestari dapat dicapai (yang merangkumi bearable, viable dan equitable). Jika hanya ada antara sosial dan alam sekitar, keadaannya adalah bearable (dapat ditahan) yang mana manusia tidak berupaya memperoleh keuntungan dan manfaat dari segi ekonomi. Manakala jika hanya alam sekitar dan ekonomi yang terlibat, keadaan adalah viable (berdaya maju) namun elemen sosial akan terabai dan berpotensi membawa masalah dalam masyarakat. Akhir sekali, jika hanya sosial dan ekonomi sahaja terlibat, keadaannya adalah equitable (adil) tetapi elemen alam sekitar yang amat diperlukan sebagai tempat tinggal yang selamat akan terpinggir.

                                                                                                                   (596 patah perkataan)
Rujukan :
2.    Sustainable Development in Malaysia, A Case Study on Householdwaste Management, Muhammad Abdul Jalil, IIUM, http://www.ssrn.com/link/OIDA-Intl-Journal-Sustainable-Dev.html

2.     Berikan contoh ketidakseimbangan pembangunan yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. (3 markah)

1-Perlombongan mineral berskala besar di Ecuador
Di Ecuador pada skala besar pengeluaran sumber (extraction), terutamanya industri minyak, adalah paradigma bagaimana eksploitasi sumber semula jadi alam menyebabkan kemerosotan yang dipercepatkan (accelerated) terhadap ekosistem dan keadaan hidup manusia yang berada di dalamnya. Berdasarkan data dari Ecuador System of Social Indicators (SIISE), kebanyakan orang yang tinggal berdekatan kawasan pengeluaran minyak (oilfields) berada pada tahap lebih tinggi dari kadar purata untuk kemiskinan dan alam sekitar mereka sekarang semakin dicemari dengan sangat serius.
Salah satu isu paling kontroversi di Ecuador pada hari ini ialah fasa eksploitasi skala besar bagi logam. Pada tahun 2007, aktiviti-aktiviti ini telah berkembang kepada 2.8 juta hektar tanah, dan hampir separuh adalah terlibat dalam perlombongan logam.
Perkara ini telah menyebabkan impak negatif yang serius terhadap sosial dan alam sekitar, termasuk pencemaran tanah dan sumber air. Selain itu, aktiviti perlombongan ini juga membawa kepada spekulasi tanah, monopoli dan di luar kawalan kawasan konsensi.
Aktiviti perlombongan boleh menyebabkan pencemaran arsenik, penurunan kualiti air, pengurangan sumber bekalan air dan pemusnahan habitat.

2-Deepwater Horizon – BP Gulf of Mexico – Limpahan Minyak
Pada 20 April 2010, penggerudian Deepwater Horizon yang beroperasi di Macondo Prospect di Gulf of Mexico telah meletup dan tenggelam yang menyebabkan kematian 11 orang pekerja dan merupakan kejadian limpahan minyak yang terbesar dalam sejarah operasi penggerudian minyak di laut. 4 juta barrel minyak telah mengalir keluar dari telaga Macondo yang rosak selama tempoh 87 hari, sebelum akhirnya dapat ditutup pada 15 Julai 2010. Pada 15 Disember 2010, kerajaan Amerika Syarikat telah memfailkan aduan di mahkamah District Court terhadap syarikat BP Exploration & Production dan beberapa defendan yang dipercayai bertanggung jawab terhadap limpahan tersebut.
Kawasan limpahan tersebut menjadi habitat kepada 8,332 spesis, termasuk lebih daripada 1,270 ikan, 604 polychaetes, 218 burung, 1,456 mollusks, 1,503 crustaceans, 4 penyu laut and 29 mamalia laut.
Antara Mei dan Jun 2010, air limpahan itu mengandungi 40 kali lebih polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs) sebelum kejadian limpahan. PAHs selalu dikaitkan dengan limpahan minyak dan mengandungi karsinogen dan kimia yang mempunyai risiko yang pelbagai kepada kesihatan manusia dan hidupan laut. PAHs membahayakan sepsis lautan secara langsung dan mikrob yang digunakan untuk menurunkan minyak, yang memyebabkan kandungan oksigen laut menurut. Minyak limpahan itu mengandungi kira-kira 40% metana (methane) dari segi berat, yang berpotensi melemaskan hidupan laut dan mewujudkan “kawasan mati” di mana oksigen adalah kehabisan.
                                                                                                              (383 patah perkataan)
Rujukan :
1.     Social Watch : http://www.socialwatch.org/node/13988

3.     Berikan contoh ketidakseimbangan pembangunan yang mengakibatkan kemusnahan sosial. (3 markah)

1-    Kesan Sosial Akibat Ternakan dan Penanaman serta Penghasilan Kacang Soya di Paraguay
Paraguay digambarkan sebahagiannya sebagai “sebuah pulau dikelilingi tanah” kerana negara itu adalah satu daripada dua negara tanpa laut di hemisfera barat ( sebuah negara lagi ialah Bolivia). Di samping itu, negara ini juga terkenal kerana sejarah dan politiknya. Aktiviti ekonomi utama adalah berpusat kepada agrikultur dan ternakan, dan dari sudut pegangan tanah : negara ini mencatatkan pengagihan yang tidak sama dan tidak adil paling teruk di dunia. Ternakan dan kacang soya adalah dua sektor penghasilan utama yang paling penting. Kebanyakan tanah di negara ini adalah dikawal dan digunakan untuk kedua-dua komoditi ini.
Kebanyakan hutan di dalam negara pada asalnya ditebang untuk tujuan mewujudkan kawasan ternakan. Pada masa kini, kebanyakan penebangan hutan adalah untuk tujuan penanaman kacang soya dan tanaman yang berkaitan seperti jagung, gandum dan bunga matahari.
Kesan kepada sosial dan komuniti : pengembangan penghasilan kacang soya dan ternakan di Paraguay adalah berdasarkan pencurian pegangan tanah orang kampung dan orang asal, dan tanah yang diwariskan. Pengagihan tanah secara tidak sah ini, kerumitan urusan rasmi, rasuah dan bebas dari undang-undang menjadi sebab kepada kehilangan tanah milik jutaan orang Paraguay. Mereka menjadi miskin, taraf hidup yang sangat daif, kekurangan perkhidmatan asas dan tiada kemungkinan untuk menambahkan jumlah makanan secara signifikan. Selain itu, di samping perkembangan pesat ladang perniagaan pertanian, plan mereka untuk menggandakan penggunaan tanah juga akan memusnahkan populasi pedalaman Paraguay. Di samping itu, telah wujud pihak yang telah melancarkan “perang kima” terhadap penduduk kampung, antaranya melalui penyemburan racun secara cuai dan tiada langkah keselamatan. Ini membawa kepada risiko kesihatan yang signikan, alahan dan kerosakan kulit, keguguran, kecacatan bayi dan kanser. Keganasan terhadap penduduk kampung dan orang asal semakin bertambah.
2-    Kesan Sosial Akibat Kepesatan Ekonomi Hong Kong 
Kos untuk tinggal di rumah adalah sangat tinggi di Hong Kong. Mereka tidak mampu tinggal di pangsapuri, sebaliknya bersesak-sesak dalam pangsapuri lama dan padat. Ada mereka yang muda dan rakan hidup, tetapi enggan berkahwin dan mulakan hidup. Tekanan ini membawa kepada pelbagai protes atas ketidakpuasan dialami. Antaranya dari sudut ketidakadlian sosial, agihan pendapatan, peluang pekerjaan dan lain-lain.

(345 patah perkataan)
Rujukan :





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...