Ulama Benteng

Ulama Benteng

Rabu, 8 Disember 2010

Peperiksaan, Peperiksaan, Peperiksaan.


Peperiksaan menjadi perkara yang tidak asing lagi bagi pelajar pada mana-mana tahap pengajian.

Mahu atau tidak mahu, perkara ini pasti akan dilalui.

Dengan peperiksaan, tahap penguasaan ilmu dan kefahaman kita dapat dinilai.



Mencapai kecemerlangan dalam akademik menjadi satu keperluan, tidak lagi sebagai pilihan.

Perkara ini menjadi keperluan seandainya kita menyahut seruan untuk cemerlang di dunia dan di akhirat sebagaimana yang dibawa oleh Islam. Apa yang dapat menjadi dalil, rujukan, pengajarannya? Lihatlah bagaimana didikan Nabi kita shollallahu 'alaihi wa sallam yang mengajarkan doa permohonan bagi syurga Firdaus (syurga tertinggi). Perkara ini sudah pasti dapat diaplikasi dalam segenap aspek yang lain, jiwa kita dididik untuk meletakkan harapan dan sasaran yang tinggi. Apa yang pasti, usaha ini tetap dilakukan dengan sepenuh kudrat dan kesungguhan sebagai hamba, jiwa tetap taat bergantung harap kepada pertolongan Allah Yang Maha Berkuasa Membantu para hamba-Nya.

Apa yang saya fikir?

Kita menggunakan masa yang banyak untuk tujuan ilmu, kecemerlangan akademik.

Rugilah kita jika kesemua urusan itu hanya kita jadikan sebagai matlamat dunia semata-mata. Setelah kita berjaya dalam akademik, memperoleh kedudukan yang baik, kemudian meninggalkan dunia, maka tamatlah perkara tersebut.

Tanamkan dalam hati, kesemua urusan tersebut sebagai ibadah kita, sebagai kehambaan kita, dengan keazaman untuk memperoleh keredhaan Allah.

Insya Allah, jika 6 jam yang kita perguna setiap hari demi tujuan itu, insya Allah keseluruhan 6 jam itu akan kekal sebagai penghambaan yang ikhlas di sisi Allah.


"Ya Allah Tuhan kami, permudahkan urusan kami, bantulah kami dalam memperoleh kecemerlangan akademik yang didasari kesungguhan menggapai keredhaan-Mu."

(Buat diriku dan semua sahabat yang bakal beraksi dalam gelanggang peperiksaan November ini.) -ada sedikit kesilapan teknikal, patutnya entri ini disiarkan dalam bulan November 2010 yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...