Ya Allah, kami memohon agar kecintaan akan-Mu dan Kekasih-Mu Saiyyidina Habibina Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam terus menerus dan semakin subur bertapak dalam hati kami.
In syaa Allah, wahai diriku dan para sahabat sidang pembaca, bahawa apabila kedua-dua cinta ini sudah terpasak kukuh dan tertinggi dalam diri kita, maka kesannya akan bersinar memantulkan kejernihan dan mahabbah sesama makhluk-Nya, sesama umat Baginda sollaAllahu alaihi wa sallam.
"Sesungguhnya seseorang itu akan dikumpulkan kelak bersama dengan insan yang dicintainya."
(Mafhum hadits)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.