Hati-hati ketika memuat naik atau kongsi gambar-gambar, pastikan tidak dengan nyata memaparkan wajah para muslimah kita secara dekat walaupun bertudung.
Jika lebih berhat-hati lagi, jika tiada keperluan memuat naik atau kongsi gambar yang ada para muslimah - wanita, maka tak perlu buat.
Ini adalah pandangan yang lebih berhati-hati dan mahu aman daripada fitnah yang boleh diduga dan fitnah yang tidak diduga. (Atau muat naik dengan hanya akses diberikan kepada orang-orang yang harus/halal memandangnya)
Melihat kepada para syaikh dan ustaz kita yang telah menunjukkan tsiqah mereka (kita percaya akan pengamalan agama mereka), kebanyakan kita dapati jika mereka memuat naik atau kongsi gambar isteri mereka, itu pun dalam keadaan berniqob, dalam keadaan terlalu hampir dan jelas muka.
Begitu juga, ketika mereka bergerak dengan isteri mereka pun, isteri mereka mengenakan niqob.
Pasti ada rahsia dan hikmah tertentu daripada tindakan mereka, kan? Mereka lebih faham akan tujuan syariat agama ini, mereka lebih tahu menutup apa-apa pintu yang tidak baik.
Saya amat khuatir kita menjadi pencetus kepada rosaknya pandangan mata dan hati, rosaknya iman, padamnya nur dalam hati akibat sahabat-rakan Facebook kita terpandang gambar muslimah walaupun bertudung (dalam keadaan yang boleh undang fitnah, yang tiada keperluan) serta lebih-lebih lagi gambar-gambar lain yang menjadi haram dipandang yang disiarkan dalam alam maya dan Facebook ini.
Apabila kita menjadi pencetus kepada dosa orang lain, kita turut ada bahagian saham dosa tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.