Ulama Benteng

Ulama Benteng

Khamis, 15 Mei 2014

Kesyukuran Bagi Pernikahan Ikhwan dan Ustazah Atiqah

Assalamualaikum kepada semua sahabat pembaca blog saya yang dimuliakan dan dikasihi kerana Allah,

Besar hati saya pada kali ini untuk memaklumkan kepada anda semua berkenaan pernikahan saya kelak.








Alhamdulillah dan in syaa Allah, dengan izin dan kurniaan-Nya saya akan mendirikan rumah tangga dengan bakal pasangan pilihan hati saya, bakal permaisuri hati dan bidadari solehah penyejuk mata, pendamping (rofiqah) paling qoribah dalam perjalanan menuju Allah. Beliau ialah Al-Ustazah Nurul Atiqah binti Razali Al-Muqriah / Al-Hafizah hafizhohaAllah.

Akad nikah dan walimatul urus sebelah pengantin perempuan in syaa Allah akan diadakan pada Sabtu 2 Sya'ban 1435 31 Mei 2014 di Kuala Terengganu, Terengganu.

Walimatul urus sebelah saya pula akan diadakan di Dewan Tunku Putra Pekan Kuala Nerang, Kedah pada hari Sabtu 9 Sya'ban 1435 7 Jun 2014 bermula 12 tengah hari.

Saya dengan ini penuh kesyukuran memaklumkan kepada anda semua dan seluruh muslimin muslimat yang mengenali saya secara langsung atau tidak langsung berkenaan pernikahan kami ini dan menjemput kepada mana-mana daripada kalian yang berkesempatan untuk hadir ke majlis kesyukuran kami kelak di Kuala Nerang, Kedah.

Syukur kepada Allah yang mengizinkan saya mengamalkan ilmu dan tips berkenaan pernikahan sehingga ditemukan dengan jodoh impian saya setelah sekian lama. Kami dipertemukan dengan asbab sahabat perantaraan yang menuntut di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, Mesir. Bakal permaisuri hati saya merupakan lepasan Institut Quran Terengganu (IQT) / Maahad Tahfiz Negeri Terengganu dan Universiti Hasan II Morocco. Kini beliau dalam peringkat sarjana Usuluddin di Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Sahabat-rakan semua,

Terima kasih atas sokongan dan doa kalian. JazaakumuAllah khair al-jazaa',

Mohon kalian sudi berterusan mendoakan kebaikan kami dan umat Islam seluruhnya secara umumnya. Moga dengan gandingan tenaga dan kasih kami berdua, akan terus meningkat khidmat dan perjuangan untuk agama ini secara khususnya dalam aspek berhubung ilmu-ilmu agama dan hifzul Quran.

Mudah-mudahan kita semua terus berukhuwwah kerana-Nya hingga ke akhirat.



Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada:

       - kedua-dua ibu bapa, kakak-kakak, adik-adik, abang-abang ipar, ibu-bapa saudara, datuk-nenek,

         dan seluruh ahli keluarga secara umumnya
       - para masyaikh, asatizah, guru, pensyarah, pendidik
       - para jiran   
       - sahabat-rakan-kenalan seperjuangan
       - sahabat-rakan-kenalan sepengajian

       - sahabat-rakan-kenalan kerja

       - dan secara umumnya muslimin-muslimat dan mereka yang tidak mampu disebutkan semuanya
         secara terperinci dan tepat di sini
atas segala jasa baik, sokongan, doa, tunjuk ajar dan kebaikan umum kalian kepada kami.

Semoga Allah mengurniakan anda sebaik-baik balasan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...