Makin kita berusia, berubah sudut pandang, kecenderungan, prioriti.
Analogi mudah : semasa kecil, seseorang teruja dengan hadiah berupa alat
mainan, gula-gula, dsbg.
Apabila dewasa, benda yang sama berupa alat mainan, gula-gula, dsbg.
tetapi sudah berbeza cara pandang terhadapnya.
Dalam konteks ibadah kepada Allah:
Awal-awal kita pujuk diri supaya dapat pahala yang dijanjikan Allah.
Lama-lama nanti akhirnya kita yakinkan diri bahawa setiap sesuatu dan
segala nafas gerak geri diam kita adalah supaya Allah redhai kita, ampuni kita.
Apa bentuk balasan di akhirat - kita serahkan kepada Allah, kerana kita
sudah fokus terbaik apa yang kita perlu/wajib buat sebagai hamba-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.