Bandar Madinah pada waktu malam, sumber : islamiclandmarks.com
Semua Ujian Allah Menjadikan Kita Lebih Kuat :)
1. Setiap apa yang berlaku kepada kita adalah dengan pengetahuan dan keizinan daripada Allah.
2. Hanya bagi orang yang beriman, setiap perkara yang berlaku bagi mereka adalah baik. Jika perkara itu adalah kesenangan kegembiraan, dia bersyukur dan Allah berikan pahala.
Jika perkara itu adalah kesusahan kesedihan, dia bersabar dan Allah berikan pahala.
3. Kita sebagai hamba Allah meredhai segala ketentuan-Nya, dan usaha kita dilaksanakan dengan semampu dan sebaik mungkin. Selebihnya jiwa kita direhatkan dengan tawakkal kepada Allah.
4. Semua kesulitan dan kesedihan dari sekecil-kecilnya hatta kesusahan akibat terputus tali kasut, hingga sebesar-besarnya : semuanya akan membawa dua perkara
a) Pengampunan Allah atas dosa kita
b) Allah naikkan darjat kia
5. Maha Suci Allah, dalam ujian itu kesemuanya ada didikan yang sangat mulia. Boleh jadi ada kesilapan kita umpamanya kita kerugian wang bernilai RM 1000, kita beroleh didikan dan menjadi lebih kuat dan Allah buka laluan kepada kita untuk mampu berusaha dapat RM 1000 tambahan pada setiap bulan.
Boleh jadi kesilapan yang menyebabkan kita kerugian masa setahun, Allah didik dan berikan kita kekuatan untuk punyai masa setiap hari yang penuh dengan kualiti ibadah, sehari kita mempunyai nilai setahun (lebih baik jika dibandingkan dengan keadaan yang lalai dan sia-sia).
6. Ujian kesulitan dan kesedihan itu lebih memberikan bekas dan menyedarkan kita untuk kembali kuat berpaut kepada bantuan Allah, sedangkan banyak manusia terus hanyut dalam ujian kesenangan dan kemewahan yang mana mereka sangat sukar untuk mengingati Allah.
Ya Allah, kami mohon agar Kau tetapkan kami dalam jalan istiqamah kepada-Mu dan seluruh hayat kami berisi faedah yang Kau redhai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.