Assalamualaikum, saya mula bertanya dan memohon pandangan
pensyarah di UKM dan juga calon PhD UTM berkenaan usaha-usaha penulisan tesis
tahun akhir ijazah sarjanamuda, sarjana dan doktor falsafah. Berikut adalah beberapa perkara yang dapat
saya pelajari.
1. Tajuk kajian hendaklah bersifat spesifik, elakkan tajuk yang umum.
2. Sebelum pemilihan tajuk kajian master / PhD, kena banyakkan bacaan terhadap kajian sedia ada kan. Untuk menggarap idea dan fokus kajian yang akan dijalankan.
3. Boleh dapatkan senarai tesis peringkat sarjana dan doktor falsafah yang telah dibuat. Contohnya senarai yang dikeluarkan oleh Fakulti Pengajian Islam UKM. Di situ, dapat dibaca tajuk-tajuk kajian sedia ada, mendapat tahu nama penulisnya serta no. rujukan.
4. Selain itu, tajuk-tajuk kajian dapat dilihat pada laman-laman web seperti Universiti Malaya : http://studentsrepo.um.edu.my dan http://pendeta.um.edu.my/client/en_AU/default.
5. Dengan melihat tajuk-tajuk tesis, itu membantu untuk dapat ilham. Tapi untuk lebih bermanfaat pada diri, cuba cari teks-teks utama akidah (atau mana-mana bidang kajian yang dipilih) dan analisis isu-isu utama. Akhirnya kita boleh kuasai teks-teks itu.
6. Banyak mode tesis di universiti, contoh : UKM, tumpukan kepada kajian quantitative, contoh: jumlah hadis mawduk dalam kitab, keberkesanan pengajian akidah di sekolah dan lain-lain. Hasil kajian mcm ini agak terhad dan sekejap. Tidak boleh bina kefahaman mendalam.
7. Dengan kajian pada teks-teks utama dan isu-isu berkenaannya, pada masa yang sama menjadi pushing factor untuk memantapkan bahasa Arab melalui teks-teks.
Catatan Peminat Ilmu,
Mohd Ikhwan Ahmad Zhaki
24 Jan 2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.