Pendekatan
Makna Falsafah
-
Pemikiran yang dasar, asas atau fundamental
-
Memberi makna signifikan sesuatu konsep
-
Pemikiran yang mendalam
Definisi
Falsafah
Istilah Yunani Kuno : philo (cinta), sophos (kebenaran, kebijaksanaan)
Dari sudut
istilah : sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna sebenar sesuatu perkara
sehingga menjelaskan makna serta tujuannya.
Persoalan Falsafah
Terdapat 3 komponen:
1) Ontologi 2) Epistemologi 3) Aksiologi
Secara ringkas, apa makna Ilmu Falsafah
Dari sudut istilah Yunani Kuno, philo
bermaksud cinta, manakala sophos bermaksud kebenaran dan kebijaksanaan.
Dengan memahami sudut istilah definisi, makna ilmu Falsafah ialah: sesuatu ilmu
yang mendasar kepada makna sebenar sesuatu perkara sehingga dijelaskan maknanya
serta tujuannya.
Secara ringkas, apa maksud Idealisme
Idealisme ialah kewujudan benda-benda
yang bukan material. Idea tidak bersifat jirim atau fizikal.
Dalam ilmu falsafah, teori/aliran ini menyatakan realiti adalah kebenaran yang wujud
dalam fikiran manusia.
Asas kewujudan sesuatu benda itu adalah
dalam bentuk pemikiran / rohani.
Kewujudan segala benda fizikal dalam alam
ini semata-mata manifestasi yang timbul dalam fikiran manusia. Realiti bukan
bersifat material, tapi bersifat mental atau bersifat
idea/kerohanian.
Secara ringkas, apa maksud Logik Deduktif
Penghujahan padanya kesimpulan wajib ditarik daripada premis.
Kesimpulan khusus dibuat daripada pernyataan umum.
Contoh:
Premis 1 – semua manusia akan makan dan minum dalam hidup
Premis 2 – saya seorang manusia
Kesimpulan – oleh itu, saya akan makan dan minum
Dalam logik deduktif yang sah, salah satu
sifatnya ialah jika premis-premisnya benar, maka kesimpulan yang terhasil
daripada premis tersebut mestilah benar.
Secara ringkas, apa maksud Logik Induktif
Penghujahan padanya kesimpulan nampaknya
berkemungkinan ditarik daripada premis.
Kesimpulan umum dibuat daripada pernyataan khusus.
Contoh:
Premis 1 – 80% pelajar Sekolah Wawasan tidak mahir berbahasa Arab
Premis 2 – Zaid ialah pelajar Sekolah Wawasan
Premis 3 – oleh itu, Zaid berkemungkinan tidak mahir berbahasa Arab
Logik induktif tidak memerlukan dua premis. Sekurang-kurangnya satu premis
diperlukan.
Logik induktif tidak mempunyai kriteria ataupun sifat yang sama seperti logik
deduktif.
Hal ini demikian kerana dalam logik induktif
sekiranya premis atau premis-permis betul, tidak semestinya bermaksud
kesimpulan juga semestinya betul.
Setelah kita belajar bab epistemologi
minggu lepas, cuba huraikan secara epistemologi bidang pengkhususan kamu secara
ringkas dan padat.
Bidang pengkhususan : Syariah – Usul Fiqh
– Maqasid Syariah
Sumber ilmu : (1) Wahyu (2) Akal -
Rasionalisme
(1) Wahyu (al-Quran dan Sunnah) daripada
Allah berada pada tahap teratas, kemudian kedudukan akal selepas wahyu.
Wahyu yang jelas tepat khusus perintah
arah dan larangan dijadikan panduan secara langsung, contoh wahyu wajib solat,
haram riba.
Daripada sumber wahyu juga, dibina konsep-konsep dan kaedah untuk menghasilkan
hukum contohnya bagi keharaman dadah disalah guna, digunakan qiyas (analogical
reasoning) kepada haram arak merosakkan jiwa.
Contohnya ialah bentuk penulisan ulama usul fiqh aliran mutakallimun menyamai
cara ulama kalam dari segi dialog, soal jawab, menetapkan sesuatu masalah serta
menentukan dalil untuknya.
Bagi menentukan sesuatu kaedah usul,
penulis akan menggunakan dalil-dalil aqliy dan naqliy. Matlamat mereka adalah
bagi melahirkan kaedah yang terkuat dan tepat.
(2) Akal pula mempunyai batasannya. Akal dapat berfungsi terbaik hanya dibantu
dengan wahyu.
Ulama menyusun kaedah pemahaman dalil, contohnya membezakan antara dalil mutlaq
(tidak terikat) dengan muqayyad (terikat).
Hasil susunan ulama: jalan (al-tariqah)
yang akan memandu seseorang pengkaji menemui kebenaran sama ada dalam bentuk
berita yang hendak dipastikan kesahihannya atau isu yang hendak dipastikan
kebenaran atau kepalsuan buktinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.