1.
Jelaskan pengertian al-mujmal dan al-mubayyan
menurut pandangan jumhur ulama. |
Al-Mujmal |
ما له دلالة على أحد أمرين لا مزية لأحدهما على الآخر
بالنسبة إليه |
Al-Mubayyan |
الواضح بنفسه أو بغيره |
1.
Senaraikan jenis-jenis al-mujmal dan
terangkannya satu-persatu. |
1. Mujmal antara hakikat-hakikatnya iaitu antara setiap
makna hakiki (bukan majazi) yang diperuntukkan oleh sesuatu lafaz.
وَالْمُطَلَّقَاتُ
يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ
ۚ
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah
menunggu dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga
quru’.
(al-Baqarah: 228)
Perkataan “قُرُوءٍ” dalam ayat ini diperuntukkan untuk dua
makna yang berbeza iaitu haidh dan suci.
2. Mujmal antara afrad kepada hakikat yang satu.
إنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن
تَذْبَحُوا بَقَرَةً
Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu
menyembelih seekor lembu betina.
(al-Baqarah: 67)
Perkataan “بَقَرَةً” adalah diperuntukkan kepada makna hakiki
yang satu dan dimaklumi.
Tetapi ia mempunyai afrad yang banyak.
Ayat ini berkehendakkan salah seekor daripadanya.
3. Mujmal antara setiap makna majazi (bukan
hakiki) yang tidak ada kelebihan antara satu sama lain.
Ini berlaku ketika terdapat bukti yang menunjukkan bahawa nas tidak mengkehendaki maknanya yang hakiki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.