Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 22 Mac 2025

Kuliah Subuh : Panduan Bagi Mencari Lailatu al-Qadr

  




Kuliah Subuh : Panduan Bagi Mencari Lailatu al-Qadr

Catatan ini adalah mengambil faedah daripada kuliah subuh oleh Ust Dr Adib, pensyarah FPI UKM di Masjid UKM pada pagi Sabtu 22 Mac 2025, beserta tambahan dengan olahan penyusun, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki. Penyusun pernah belajar Usul al-Fiqh dengan Dr Adib semasa program ijazah syariah di FPI UKM.

Gambar : dari laman media sosial ISIUKM, teks dalil ada diambil dari laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

1. Terlalu banyak kelebihan dikurniakan Allah kepada umat Nabi Muhammad ﷺ, tidak dikurniakan kepada umat-umat sebelum ini :
a. Jawami’ul kalim (pada Nabi ﷺ ), ucapan sedikit tetapi boleh difahami banyak
b. Seluruh tempat di bumi ini boleh digunakan untuk beribadah, bersih dan boleh dijadikan masjid
c. Dihalalkan menerima dan makan daripada ghanimah – harta rampasan perang
d. Umat pertama masuk ke dalam syurga, tidak didahului oleh umat yang lain
e. Malam al-Qadr

2. Nabi Muhammad ﷺ adalah paling dan sangat menyayangi orang lain (umat Baginda) dan diajarkan untuk merebut peluang malam al-Qadr.

3. Surah al-Qadr menyebutkan penurunan al-Quran pada malam al-Qadr. Kemuliaan malam al-Qadr dengan al-Quran.

4. Ayat kedua, وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ ٢ kalimah مَآ dirujuk kepada pengunaan ta’ajub, untuk tunjuk dan gambarkan betapa hebatnya malam al-Qadr.

5. Ayat ketiga menyatakan malam al-Qadr itu lebih baik daripada 1,000 bulan. Kalimah alf merujuk untuk menggambarkan banyak. Tidak merujuk khusus kepada kuantiti 1,000 itu sahaja. Justeru, kelebihan malam al-Qadr boleh jadi lebih baik daripada 2,000 bulan, 10,000 bulan dan seumpamanya.

6. Turunnnya para malaikat dengan begitu banyak. Juga membawa taqdir yang akan berlaku. Turunnya malaikat membawa ketenangan. Sebagaimana ada dalam majlis ilmu, majlis zikir di masjid sehingga dapat diperhatikan ada yang dapat tertidur.
a. Dalam peperangan Badar, ketenangan dari turunnya malaikat dan rasa mengantuk sebagai ketenteraman daripada Allah
b. Baginda Nabi Muhammad ﷺ sebutkan semua sahabat yang terlibat menyertai dalam peperangan Badar adalah yang terbaik.
c. Lokasi mayat Abu Jahal yang dibunuh dalam peperangan Badar masih keluarkan bau busuk.

7. Hadis yang menyebutkan تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةَ ثَلاَثَ وَعِشْرِيْنَ : kalimah تَحَرَّوْا ialah suatu gesaan

8. Malam al-Qadr yang terlalu hebat ganjaran yang disediakan oleh Allah. Maka oleh sebab demikian, orang-orang beriman dan soleh akan bersungguh-sungguh lakukan sehabis baik apa sahaja untuk merebut peluang tersebut. Peluang hanya datang setahun sekali dalam bulan Ramadhan.

9. Ada amalan sebahagian tempat, diambil cuti untuk tumpu ibadah Ramadhan, qiamullail. Ada juga mengambil cuti sebulan Ramadhan. Pada masa tersebut, cukup dengan menggunakan rezeki pendapatan kerja pada bulan-bulan lain.

10. Jika boleh, gunakan sepenuh malam beribadah khusus kita dengan Allah. Jika mampu, tidur hanya sekejap, atau sebentar. (Dalam tazkirah lain disebutkan, bahawa Rasulullah sollaAllahu alaihi wa sallam tidak tidur malam pada 10 akhir Ramadhan – au kama wurida). Tidur pada siangnya selepas itu, selepas terbit matahari.

11. Pagi adalah waktu diagihkan rezeki. Jangan abaikan lepaskan waktu awal pagi.

12. Malam al-Qadr bermula dari tenggelam matahari (maghrib) sehinggalah pada subuh. Maka paling tidak, kita akan dapat solat fardhu maghrib, isyak dan subuh.

13. Ibadah iktikaf di masjid pada akhir Ramadhan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad ﷺ, hendaklah dilaksanakan dengan mengikut panduan rukun dan menjaga adab. ‘Ulama ada susun bab iktikaf selepas bab puasa dengan melihat kepada kedudukan iktikaf dalam bulan Ramadhan bulan puasa.

14. Nabi Muhammad ﷺ mengajarkan kepada Saidatina Aisyah rodhiyaAllahu ‘anha berkenaan apa amalan jika bertemu malam al-Qadr iaitulah doa pohon keampunan daripada Allah (‘afwu).
a. Istimewa kedudukan Saidatina Aisyah, isteri Nabi paling muda, dinikahi beliau dalam keadaan dara.
b. Saidatina Aisyah kuat hafalan dan meriwayatkan hadith. Saidatina Aisyah dalam kalangan ulama.
c. Saidatina Aisyah banyak bertanya kepada Nabi Muhammad ﷺ . Kedudukan rumah Saidatina Aisyah yang dekat dengan masjid (dipisahkan dengan tirai), justeru banyak yang dipelajari.

15. Doa yang diajarkan Nabi Muhammad ﷺ kepada Saidatina Aisyah rodhiyaAllahu ‘anha ketika berjumpa malam al-Qadr ialah : اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
a. Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”. [Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih].
b. الْعَفْو dengan maksud diampunkan dan dihapuskan catatan amalan kejahatan itu. Berbeza dengan غفر yang merujuk kepada keampunan dosa tetapi catatan kejahatan itu masih ada.
c. Malaikat mencatat semua amalan kita, baik dan buruk. Di akhirat, amalan dihisab, diadili dan ditentukan oleh Allah. Allah berkuasa mutlak atas segalanya. Ada yang banyak melakukan kebaikan tetapi dimasukkan ke neraka. Ada yang banyak melakukan kejahatan tetapi dimasukkan ke syurga.
d. Namun, bukan kefahaman kita untuk menghalalkan perbuatan dosa. Kita yakin akan janji Allah untuk membalas kebaikan dan ketaatan orang beriman, serta balasan yang sebaliknya.
e. Kefahaman ulama pada hadis yang menyebutkan sesiapa yang menutup aib saudaranya semasa di dunia, Allah akan tutup aibnya di akhirat: merujuk kepada semasa hitungan, hisab, pengadilan kepada segala dosa kejahatan dan catatan tersebut bagi seseorang hamba, hal itu disembunyikan, tidak diketahui oleh orang lain.

16. Hadith menyebutkan ganjaran menghidupkan malam al-Qadr ialah mendapat keampunan dosa. Dosa yang diampunkan ialah dosa kecil. Dosa besar pula perlu prosedur tersendiri meliputi berhenti melakukannya, menyesal atas apa telah dilakukan dan berazam untuk tidak melakukannya pada masa akan datang. (Tambahan nota : laksanakan solat dua rakaat dan beristighfar kepada Allah sebagai menzahirkan kesungguhan bertaubat kepada Allah. Bagi dosa melibatkan hak makhluk lain perlu diselesaikan dengan mereka seperti memulangkan harta dicuri, meminta halal dan seumpamanya)

17. Kita semua melakukan dosa. Salah satu dosa besar yang kita mungkin terlepas pandang adalah derhaka kepada kedua ibu bapa. Bagi ibu bapa, maafkan anak-anak jika ada terasa hati kerana melihat kepada besar ancaman kesan dosa besar ini. Bagi anak-anak, sentiasa pohon ampun maaf dan halal daripada ibu bapa. Untuk malam al-Qadr (dan juga malam dan waktu lain), selamatkan diri daripada berada dalam keadaan berdosa derhaka kepada ibu bapa. Bentuk dosa derhaka kepada ibu bapa boleh berlaku dalam situasi tidak melaksanakan, menyahut apa yang dipinta oleh ibu bapa.

18. Ada tanda-tanda malam al-Qadr yang dibincangkan ulama. Ada yang menyebut tentang keadaan pokok sujud, malam tidak sejuk atau panas, malam yang hujan dan lain-lain lagi. Ada insan yang diberikan izin dan peluang nampak tanda malam al-Qadr, biarpun dalam kalangan orang biasa.
a. Imam Nawawi pernah sebut keadaan cerahnya malam itu kepada ibu bapanya
b. Individu yang semasa keluar dari rumah menuju ke tandas terasa jauh

19. Panduan malam al-Qadr merujuk kepada 10 malam terakhir, malam yang ganjil. Hakikatnya semua atas kuasa dan penentuan Allah, boleh saja jadi pada mana-mana malam. Dirahsiakan agar kita berusaha dan beribadah pada setiap semua malam.

20. Ada panduan penentuan oleh Imam Ghazali. Imam Abul Hasan asy-Syazili sebutkan sejak tahu dan amal petua Imam Ghazali, beliau tidak terlepas malam al-Qadr.

21. Bagi sesiapa yang tahu malam itu adalah al-Qadr berdasarkan tanda-tanda, sunat untuk dia tidak memaklumkan kepada orang lain.

22. Ibadah qiamullail tak semestinya terhad kepada tahajud semata-mata, tidak dikhususkan solat secara berjemaah sahaja.

a. Solat tahajud sama ada sendirian atau berjemaah kedua-duanya dapat pahala. Yang membezakannya ialah pahala berjamaah.
b. Bacaan Quran boleh dilaksanakan dengan cara berbeza-beza. Boleh dibaca Surah seperti Surah Fatihah tanpa pegang dan lihat mushaf.
Pahala lebih banyak dan utama apabila membaca dengan melihat dan memegang mushaf al-Quran. Menyentuh mushaf al-Quran itu sendiri perlukan

23. Apabila membeli makan minum yang dijual, amati juga keadaan si penjual. Cuba elak syubhat seperti keadaan penjual berkuku panjang, dedah aurat, mewarna rambut. Apa yang dikhuatiri ialah kesan makan minum itu kepada hati dan jiwa dalam melakukan ibadah berikutnya.

24. Panduan/tips dalam mengisi sebaik-baiknya malam al-Qadr, antaranya:
a. Mula berbuka dengan rutab (kurma muda) /tamar (kurma) sebanyak tiga biji sebagaimana diajarkan Nabi Muhammad ﷺ
b. Melaksanakan semua adab sebaik dan sebanyak mungkin. Seperti doa sebelum makan, adab minum bernafas sebanyak tiga kali.
c. Solat sunat qabliyah maghrib
d. Solat maghrib berjamaah
e. Tidak terlalu banyak makan, kerana akan menyebabkan mengantuk.
f. Membanyakkan solat. Boleh fikir pilih tempat melaksanakan 20 rakaat terawih.
g. Jika boleh membanyakkan ibadah pada waktu malam dan mengurangkan tidur, usahakan.
h. Bagi yang masih ada ibu bapa, hidupkan malam al-Qadr (dan malam-malam Ramadhan dan hakikatnya pada waktu lain juga) dengan bakti dan layanan baik kepada ibu bapa. Tidak semua orang ada peluang ini. Sangat besar ganjaran pahala, keredhaan Allah melalui keredhaan ibu bapa. Doa yang mustajab yang tidak disyaki lagi ialah doa ibu bapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)]
i. Waktu imsak, 10 minit sebelum waktu azan subuh adalah untuk berhati-hati dan persiapan untuk memulakan puasa. Kita tidak mahu ada sisa makanan dalam mulut ditelan ketika azan subuh, maka itu menyebabkan batal puasa. Suatu kerugian besar yang perlu dielakkan. Ubat gigi yang masih tersisa dalam mulut, ada rasa ubat gigi itu, perlu dihilangkan.

25. Berhabis-habisan laksanakan ibadah, rebut setiap peluang kerana memikirkan Ramadhan akan datang belum tentu akan masih kita lalui. Ajal maut tidak semestinya hanya berlaku kepada orang tua, orang muda juga boleh mati.

26. Faedah perbincangan fiqh puasa: air liur yang keluar dari mulut, jika ditelan semula maka akan batal puasa justeru ada yang berhati-hati mengelap bibir. Apabila berwuduk, sunnah berkumur. Setelah dikeluarkan air kumur secara adatnya, jika masih ada sedikit yang berada dalam mulut, maka tidak batal puasa jika tertelan.

27. Kita tidak beribadah kepada Allah dengan cara seperti : “malam ini tidak ada tanda al-Qadr, maka tidak perlu beribadah”. Bahkan kita ikhlas berterusan beribadah kepada Allah tanpa mengira malam ganjil, malam al-Qadr atau tidak.

28. Seandainya malam ganjil itu juga adalah malam Jumaat, maka dikatakan lebih layaklah malam itu menjadi malam al-Qadr
29. Keadaan manusia cepat menjadi bosan. Maka, kita boleh memilih untuk melaksanakan ibadah yang berbeza-beza, seperti solat tahajud, bacaan al-Quran, berzikir, berselawat, bersedeqah. 30. Doa kepada Allah seperti doa memohon keampunan pada malam al-Qadr boleh dibaca begitu banyak. Namun, ada cabaran untuk mencapai suatu jumlah sangat banyak seperti 1,000 kali. Tetapi tidak jika dilaksanakan selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ walaupun begitu banyak dilakukan, akan mudah dilakukan. Ibadah lain ada kemungkinan diterima atau tertolak. Tetapi selawat kepada Nabi ﷺ akan diterima oleh Allah. Dengan setiap selawat, mendapat kebaikan, rahmat, ampunan dosa, dan doa oleh para malaikat. 31. Pada malam al-Qadr, sediakan juga wang/harta untuk bersedeqah, biarpun pada nilai apa pun berdasarkan kemampuan masing-masing. Allah Maha Tahu, Maha Adil. 32. Sebagai persiapan masa, selesaikan urusan yang penting dan boleh dilakukan lebih awal. Ini untuk memberi ruang kepada ibadah khusus bagi malam al-Qadr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...