Ulama Benteng

Ulama Benteng

Isnin, 16 Ogos 2010

Bahaya Dosa Dibuat ketika Bersendirian


Sumber gambar hiasan

Fitnah (ujian) ketika berada bersendirian sememangnya amat menakutkan. Jauhilah punca yang menyebabkan kita terhumban dalam kancah sedemikian.


Ramadhan ialah bulan didikan yang istimewa buat kita selaku umat Nabi Muhammad shollalahu 'alaihi wa sallam.

Terlalu banyak nilai kehambaan yang dapat kita pelajari dan hayati sepanjang keberadaan dalam bulan mulia ini.

Apa yang pasti, kesan didikan sepanjang bulan ini patut diteruskan dalam masa 11 bulan lain yang akan mendatang.

Pernah disebut 'ulama: "Dikhuatiri orang yang iman dan amalannya berkurang selepas tamatnya bulan Ramadhan: amalannya semasa Ramadhan tersebut tidak diterima."

Apa yang dapat kita pelajari: "Amalan yang diterima Allah sepanjang Ramadhan mempunyai petandanya: Kita mampu beramal dengan sebagus demikian sepanjang bulan selepas Ramadhan."

Kita juga sedia maklum: "Ganjaran pahala bagi semua macam ibadat dalam Ramadhan digandakan berlipat kali, sehingga tahap ratusan kali ganda."

Alhamdulillah, memang kita amat bersyukur dengan hadiah istimewa ini dan berdoa agar Allah menjadikan kita hamba-Nya yang kuat dan ikhlas beramal sebanyak-banyaknya.

Namun, saya amat tertarik untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca yang saya muliakan mengenai ancaman kepada golongan yang melakukan kebaikan dengan baik ketika bersama orang ramai, tetapi mereka melakukan kejahatan dosa ketika berada secara bersendirian.

Manusia sedemikian ( ya'ni mereka yang bersungguh-sungguh berbuat kebaikan ketika berada bersama orang lain, namun melakukan dosa secara rahsia) mungkin membawa pahala sebanyak dan sebesar gunung pada Hari Kiamat, namun pahala tersebut menjadi sia-sia, menjadi debu beterbangan (lantaran kekejian melakukan dosa ketika bersendirian/secara rahsia).

Memang menakutkan. Dosa yang dilakukan secara rahsia memang sangat menjijikkan.

Hadits Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam mengenai ancaman terhadap orang sedemikian ada diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Thawban.

Kita boleh menonton dan menghayati rakaman video kuliah Dr. Muhammad Al-'Arifi seperti yang dipaparkan di bawah. Insya-Allah beliau ada menerangkan hadits berkenaan.

Mudah-mudahan Allah Ta'ala dengan sifat Maha Penyayang dan Maha Memelihara-Nya sentiasa menjaga kita daripada terjerumus dalam bencana dosa melakukan secara bersendirian / rahsia.

Allahumma aamiin.

*Apa contoh situasi yang relevan bagi dosa secara bersendirian? : Menatap perkara yang haram (gambar wanita bukan mahram dengan syahwat, melihat aurat wanita bukan mahram, menonton bahan lucah ketika berada bersendirian melalui Facebook dan mana-mana laman internet yang lain- bagi Muslimin)








Al-Faqir wal Haqir ilaLlah,

Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki
Adelaide, Australia.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Facebook dan Blogspot

Sumber gambar


Sumber gambar

Salaam kemuliaan saya ucapkan kepada semua saudara-saudari pembaca blog ini,

Salaam Ramadhan. ^_^

Maaf saya pohon kepada rakan-rakan pembaca yang mungkin mendapati blog ini agak kurang dikemaskini.

Saya buat masa ini banyak menggunakan satu lagi platform perhubungan: Facebook.

Banyak juga perkongsian hikmah, ilmu, nasihat, motivasi dan lain-lain yang terus dibuat pada bahagian status. Alhamdulillah, banyak juga respon positif diterima.

Saya mendapati ada manfaat yang diperoleh hasil daripada perkongsian perkara tersebut, disambut pula dengan komentar berguna daripada sahabat-sahabat.

Insya Allah, saya bercadang untuk turut memuatkan perkongsian status Facebook tersebut di sini.

Biarpun ringkas, kita tetap mengharapkan adanya manfaat yang berkekalan kepada kita.

Mudah kata: Daripada membaca bahan berjela-jela, tetapi sukar untuk difahami dan ditangkap mesej yang nak disampaikan, dan juga susah untuk diingat dan diaplikasi, lebih baik kita membaca sesuatu yang ringkas, mudah difahami dan diamalkan.

Insya Allah, sahabat-sahabat semua, masa yang berbaki bagi kita di dunia ini semakin terhad. Ayuh sama-sama kita sentiasa berkongsi nasihat, peringatan dan segala macam kebaikan yang dapat meningkatkan iman, taqwa dan amal kita.

Mudah-mudahan Allah merahmati kita.

Berikut adalah salah satu daripada status Facebook yang pernah saya kongsikan. Moga bermanfaat! ^_^


Sahabat, andai kita yakin Facebook ini kita manfaatkan sepenuhnya dengan kebaikan sepanjang Ramadhan, teruskan guna dengan bijak. Tapi jika tidak yakin, tinggalkanlah selama sebulan kerana tetamu agung, hadiah yang sangat istimewa (Ramadhan) hanya datang sekali setahun. Belum pasti tahun depan kita akan berpeluang lagi.

  • Saya cadangkan, jika kita wujudkan tazkirah, beri ucapan yang baik, doa, beri semangat, kongsi ilmu, apa salahnya terus bijak guna Facebook ini?
  • Jika risau kita lemas dalam pembaziran masa dengan Facebook, maka berhati-hatilah.


Al-Faqir ilaLlah,

Mohd Ikhwan Ahmad Zhaki

Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Beribadah dalam Bulan Ramadhan




Assalamulaikum warahmatullah wabarokatuh kepada semua saudara-saudari seIslam yang amat saya muliakan dan kasihi kerana Allah (secara khususnya pembaca blog ini),

Saya dengan penuh besar hati mengucapkan Ramadhan Karim, selamat beribadah dengan sebaik-baiknya pada bulan ini kepada anda semua.

Insya Allah, semoga Allah mudahkan segala urusan kita, lapangkan hati kita, cerahkannya dengan hidayah dan nur-Nya, diberikan kekuatan untuk melaksanakan sebaik-baik, sebanyak-banyak ibadah yang ada.

Moga kita menjadi hamba-Nya yang diampuni, diredhai, diterima amalan, ditingkatkan tahap iman dan amalan.

Insya Allah. Allahumma aamiin.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Sumber "Business Studies"


Sumber gambar hiasan.




Salaam kepada semua,

Pada entri ini, saya secara ringkas ingin berkongsi satu sumber online yang dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran perkara berkaitan business studies. Saya dapati bahawa laman ini menyediakan sumber yang sangat baik.

Laman tersebut ialah: http://www.thetimes100.co.uk/

Mengapa membaca, memahami dan mempelajari business studies?

Tuntasnya, cadangan saya ialah:

  1. Persiapan bagi menghadiri temuduga kerja yang secara umumnya dapat dikatakan akan menguji calon dengan pelbagai aspek berkaitan business, penyelesaian masalah dan lain-lain.
  2. Menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan mengenai kemahiran pengurusan dan perniagaan, cara peningkatan hasil kerja dan lain-lain yang secara tidak langsung dapat diaplikasi dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Contoh yang saya berikan, dengan mengkaji business case studies tersebut, sedikit sebanyak kita dapat mempelajari langkah untuk menjimatkan kos operasi, meningkatkan motivasi kerja, menaikkan kadar keberhasilan kerja dan menyusun atur dan memanfaatkan kepelbagaian kemahiran dalam satu organisasi. Aplikasinya dapat juga kita laksanakan dalam gerak kerja berpersatuan. lebih-lebih lagi dalam usaha dakwah yang digerakkan secara ikhlas dan membabitkan satu kumpulan manusia.

Insya-Allah, dengan melihat kebaikan ilmu dan kefahaman dalam kerangka yang lebih luas kita akan berupaya untuk sentiasa meningkatkan pencapaian dalam segenap tindakan. Falsafah yang terkandung dalam satu-satu bidang atau disiplin ilmu sebenarnya dapat diguna pakai dalam aspek kehidupan yang lain.

Semoga ilmu dan kefahaman yang kita cari memberikan manfaat yang berterusan.


Al-Faqir ilaLLah Al-Ghaniy

Mohd Ikhwan Ahmad Zhaki
The Village, Adelaide, Australia.

Khamis, 5 Ogos 2010

Semester 2 Tahun 2


Bersama (dari kiri) Syed Marwan, ayahanda, penulis blog, dan Rozairee. (turut bersama Akh Hanis yang mengambil gambar ini.) Meraikan ziarah ayahanda ke Australia pada Julai yang lalu.
Berada di kawasan salji, Lake Mountain, Victoria kira-kira 90 km dari bandar Melbourne.


Salam kepada semua sahabat-rakan pembaca blog ini,

Alhamdulillah. Puji dan puja kita panjatkan ke hadrat Allah Ta'ala. Rasanya, tak putus-putus nikmat Allah dicurahkan kepada kita.

Serba ringkas:

  • Saya sudah pun memasuki semester 2 tahun 2. Ini bermakna, sesi pengajian saya berbaki 3 semester lagi (setahun setengah, dan insya Allah akan tamat belajar pada November 2011).
  • Keputusan peperiksaan semester lalu memang meningkat dengan signifikan. Alhamdulillah. Makin faham dan sedar akan hukum alam: sesiapa yang berusaha dengan cara yang betul, insya Allah pasti dia akan berjaya. Lihat sahaja sifat Maha Pemurah Allah, bagi orang-orang kafir sekalipun, andai mereka berusaha dan mematuhi hukum alam (sunnatullah) pasti mereka akan berjaya. Perkara ini lebih menjadi jelas kepada saya apabila melihat markah rakan-rakan sepengajian, ada yang mencecah lingkungan 96% daripada 100%.
  • Pasti dan perlu bagi kita untuk menilai dan menyusunaturkan segala keutamaan dan keperluan kita. Segala gangguan yang menghilangkan fokus kepada keutamaan kita perlu dijauhi.
  • Insya Allah, sama-sama kita doakan, agar Allah mempermudah dan merahmati segala usaha kita. Bagi saya sendiri, antara fokus yang perlu diberikan adalah persiapan untuk menghadiri temuduga kerja pada tahun hadapan. Persiapan merangkumi pencapaian akademik yang mantap dan cemerlang, pengetahuan dan kemahiran berkenaan urusan perniagaan, perdagangan, pengurusan serta kemahiran menyelesaikan masalah. Mudah-mudahan Allah membantu saya dan rakan-rakan lain, lulus dalam temuduga, ditawarkan kerja bersama Petronas dalam sektor yang berkait rapat dengan kelulusan akademik dalam bidang geologi serta ditempatkan di Kuala Lumpur mulai awal 2012.
  • Masa memang menjadi modal kita yang terlalu berharga; kita perlu lebih menghargainya. Jangan dibiarkan setiap detik saat berlalu dengan sia-sia. Setidak-tidaknya, lidah atau hati kita boleh menuturkan zikir mulia: "Allah...Allah....Allah....."

Insya Allah bertemu lagi dalam entri akan datang. Moga diperkenankan oleh Allah untuk melaksanakan setiap pekerjaan dengan terbaik.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...