Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,
Alhamdulillah, pagi tadi saya menamatkan kertas kedua peperiksaan akhir semester ini. Kertas pada pagi ialah kertas Chemistry IA. Masanya adalah selama 3 jam 10 minit. 10 minit adalah masa untuk membaca (reading time). Kini, saya lebih berasa selesa dengan tahap dan bentuk penilaian akademik. Saya dapat nyatakan bahawa peperiksaan pada peringkat universiti ini lebih mudah bagi kita untuk melakukan persiapan dengan efisyen. Lebih menampakkan apa yang perlu kita pelajari, fahami, relevan dan munasabah untuk diuji. Kalau nak dibandingkan dengan peringkat pengajian di sekolah rendah dan menengah, peperiksaan adalah membebankan. Banyak yang perlu dihafal, kadang-kadang tidak nampak perkara yang dihafal tersebut adalah relevan dan bermanfaat. Tinggal satu lagi kertas peperiksaan pada pagi Jumaat nanti, kertas subjek Statistik. Insya ALLAH selepas itu, saya bakal beroleh peluang yang dinanti-natikan; bertemu kekasih yang sentiasa dicintai dan dirindui.
Sudah satu semester saya bermujahadah dalam sistem akademik di Australia. Formula ringkas yang dapat saya catatkan di sini bagi para mu'min profesional dalam alam pengajian:
1. Kuasai kandungan yang disampaikan dalam kuliah yang disampaikan pensyarah.
Mustahil pensyarah akan menghabiskan masa dengan perkara yang tidak munasabah dan tidak relevan untuk diuji.
2. Sediakan nota yang begitu mudah, ringkas dan padat hasil tulisan sendiri. Keutamaan diberikan kepada perkara penting yang sukar untuk kita ingat.
3. Laksanakan semua bentuk latihan tutorial, kerana perkara ini sangat membantu mengukuhkan kefahaman kita.
4. Biasakan dengan bentuk soalan sebenar yang telah diuji pada tahun sebelum ini. Kita akan dapat melihat laras soalan yang akan diuji.
5. Semasa melakukan pembacaan, pemahaman dan ulangkaji, adalah sangat baik jika kita terus dapat menggambarkan bagaimanakah kandungan subjek/topik tersebut akan diuji. Ini satu kelebihan bagi kita, kerana adanya wawasan yang jauh dan dapat melihat sesuatu di hadapan yang akan berlaku.
Hijrah.
Antara pemandangan di The Village.
Selain itu, jarak daripada The Village ke kampus universiti dan masjid bandar Adelaide juga adalah dekat. Naik basikal sudah memadai. Ada peluang lebih besar untuk menghidupkan masjid bandar Adelaide, insya ALLAH.
Apa yang lebih signifikan dalam keputusan hijrah ini adalah daripada segi "keperluan" dan keadaan semula jadi saya sendiri. Insya ALLAH, saya berdoa agar hijrah ini dapat memberi ruang yang baru kepada saya untuk terus berusaha dengan baik melaksanakan amanah selaku hamba dan khalifah.
Ada masanya hijrah adalah salah satu cara yang terbaik bagi kita untuk menyegarkan usaha kehambaan, mencari dimensi baru yang lebih memudahkan usaha tersebut dilaksanakan dengan lebih gemilang.
Muhasabah wajar dilakukan dengan konsisten, bagi melihat keadaan kita, apa yang kena dan apa yang tak kena. Apa yang dapat membantu kita untuk lebih mentaati ALLAH dan apa yang membantutkan usaha tersebut. Ketenteraman jiwa tidak boleh dianaktirikan, kerana jiwa kita adalah jiwa yang ingin dihadapkan kepada ALLAH s.w.t., tidak boleh ada perkara lain selain ALLAH s.w.t. yang mengganggu penghadapan jiwa kita.
Benar, ketenteraman yang dicampakkan ALLAH s.w.t. ke dalam hati kita adalah lebih berharga daripada dunia dan isinya yang sentiasa memenatkan jiwa kita, memalingkan kita daripada menghadap ALLAH s.w.t.
Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.
Menarik!!
BalasPadamCubalah dapat singgah jenguk kawanku kat Aus. ni..hehe
Insya ALLAH, mai la sini Arif.... (^_^)
BalasPadamSalam..
BalasPadamMungkin berkat kesabaran awak dalam menghadapi ujian ALLAH gitu? InsyaALLAH, ada kebaikan di tempat baru (^_^)
Salaam. Ya, insya ALLAH. Ujian daripada ALLAH ada pelbagai. Ujian kesenangan dan ujian kesusahan. Semoga hijrah ini memberi ruang yang baru, kekuatan meneruskan perjuangan sebagai hamba dan khalifah. Amiin atas doa tersebut. Semoga ada kebaikan di tempat baru. (^_^)
BalasPadamInsyaALLAH, ramai yg mendoakan kejayaan awk! Ameen~
BalasPadam