Ulama Benteng

Ulama Benteng

Khamis, 2 Julai 2009

Bait Qasidah Yang Menyentak Jiwa


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Entri ini dipetik daripada laman Akhi Abdul Muntaqim, Mantan Timb. Presiden PKPIM.

Cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku

Daripada permintaan dan usahaku

Doa serta permohonanku

Sebagai bukti kefakiranku

Bait qasidah di atas adalah sebahagian daripada qasidah yang dinukilkan oleh seorang ulama besar abda ke-12, al-Imam Abdullah ibn ‘Alawi al-Haddad r.a. Beliau adalah merupakan seorang ulama besar yang dipelihara oleh AllahSubhanahu wa ta’ala semenjak kecilnya. Antara nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada beliau adalah membuka pintu hatinya semenjak kecil lagi. Setiap kali beliau membaca surah Yaasiin, maka beliau akan begitu terkesan dan menangis teresak-esak sehingga hampir-hampir tidak mampu meneruskan bacaan beliau. Maka, hayatilah sebahagian daripada bait qasidah karangan seorang ulama yang benar-benar mengenali Tuhannya; bait-bait tersebut menusuk lembut ke dalam jiw-jiwa kita. Menyentakkan jiwa yang lalai; mengingatkan tentang hakikat kehambaan kita di hadapan Allah Subhanahu wa ta’ala. Hakikatnya, kita hanyalah hamba Allah yang fakir yang sentiasa memerlukan kepada-Nya.

Wallahu’alam.


Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

4 ulasan:

  1. SYABAS N TAHNIAH
    SMOGA DPT DIJADIKAN PANDUAN DLM KHIDUPAN KITA BERSAMA....

    BalasPadam
  2. syukran, amiin. insya ALLAH jadi panduan kita bersama.

    BalasPadam
  3. Salam..
    ana ske mendengar Qasidah2 Allahurabbi menusuk kalbu
    kadangtuh kalau tak faham pun mampu buat air mata mengalir...
    qasidah yg ana selalu baca, Qasidah Muhammadiyah Imam busiri penulisnya

    BalasPadam
  4. salam. alhamdulillah. penyusun qasidah-qasidah adalah insan-insan yang suci hatinya, insya ALLAH beri bekas kpd hati kita. insya ALLAH nanti anta tunjukkan Qasidah Muhammadiyah tu ya. syukran

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...