Antara syarat untuk mendapat kematangan dan kualiti ilmu itu adalah antaranya perlukan masa yang panjang dan mencukupi, setuju tak? :)
Itulah yang kita kena hadirkan semangat kepada diri kita. Usaha belajar adalah sepanjang hayat. Ketika dah berkeluarga pun didoakan semoga Allah mudahkan laluan untuk belajar.
Sahabat-rakan yang dikasihi kerana Allah,
Saya yakin kemudahan yang banyak sekarang adalah menjadi alat pemudah cara yang banyak membantu kita mendapatkan medium untuk menambah informasi, ilmu dan kefahaman yang bermanfaat. Kita juga yakin bahawa, tidak begitu pantas untuk kita segera berinteraksi dan beraksi pada tahap yang bukan dalam kawalan kita. Tak bagus kan kalau jadi orang berilmu yang jenis celup-celup dan segera ni kan? Mungkin ada mudarat dalam jangka masa yang panjang.
Banyak perbincangan dan komentar lanjut dalam bab ini. Tapi catatan saya adalah pencetus kesedaran untuk lanjutan kita berfikir.
In syaa Allah, kita boleh lakukannya, akan dapat manfaat jika kena caranya. Carilah guru yang dipercayai, penguasaan ilmunya adalah kukuh, guru yang berguru, guru yang membawa faham dan manhaj majoriti ulama Islam zaman berzaman yakni Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ( jika dalam disiplin aqidah mereka meneruskan kefahaman Asya'irah dan Maturidiyah, dan dalam disiplin fiqh mereka meneruskan kefahaman bermazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i, Hanbali), guru yang diakui akhlaknya.
3 cabang utama ilmu yang tertinggi martabatnya dalam agama kita yang turut difahami daripada hadis Jibril adalah:
1) Tauhid-aqidah
2) Fiqh-syariah
3) Tasawwuf-akhlak
Semoga kita beroleh manfaat. Sesungguhnya perkara yang mustahak adalah tidak rugi jika selalu diulang diingatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.