Ingin berusaha membaiki diri?
In syaa Allah kita boleh! Bantuan Allah sentiasa hampir kepada kita.
Mulakan dengan satu-satu amalan dulu. Biar berkualiti dan konsisten. Walau ringan dan mudah. =)
Bagi para muslimiin (lelaki), bagus dan berguna jika kita mulakan antaranya untuk baiki diri kita dengan menjaga solat fardhu berjama'ah. Kerana ada banyak falsafah dan didikan kepada kita melalui solat fardhu jama'ah.
Lebih hebat lagi adalah solat fardhu subuh berjama'ah. Kerana mafhum hadis: "seandainya seseorang itu tahu keutamaan solat fardhu berjama'ah, maka dia sanggup mendatanginya walau dalam keadaan merangkak."
Semoga Allah memimpin dan memberikan kekuatan kepada penulis yang sentiasa lalai ini terutamanya dan kepada sahabat-rakan semua untuk kita tergolong dalam kalangan mereka yang menjaga solat fardhu berjama'ah, dan sentiasa berusaha membaiki diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.