Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 1 Ogos 2015

Kisah memeluk Islam oleh saudara Cina kita di Malaysia

Kisah memeluk Islam oleh saudara Cina kita di Malaysia 
- catatan Mohd Ikhwan Zhaki 26 Julai 2015


Sumber gambar Masjid Muhammadiah Ipoh : Laman MACMA

Salaam semua,

Tadi saya berjumpa dan bantu saudara baru Islam untuk belajar baca Quran.

Beliau berbangsa Cina Malaysia di Kuala Lumpur. Baru 20-an.

Beliau memeluk Islam atas akidah dan carian sendiri, bukan sebab pernikahan.

Sekolah rendah dan menengah beliau di sekolah swasta Cina.

Mula dapat idea tentang Islam semasa di peringkat universiti, bergaul dengan pelajar Muslim dari luar Malaysia. Ada kawan Muslim tersebut hadiahkan teks terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris. Beliau kemudiannya beli teks dalam bahasa Melayu.

Titik tolak yang bawa beliau kepada Islam : pada satu saat beliau tertekan dengan masalah hidup, beliau rasa putus asa, dan hampir mahu bunuh diri. Dengan izin Allah, dengan sekali membuka teks terjemahan Al-Quran, beliau terus membaca terjemahan ayat Al-Quran berkenaan tujuan kita hidup utk beribadah kpd Allah. Di situ beliau dapat panduan kekuatan.

Beliau lafaz syahadah di sebuah masjid di KL.

Beliau anak sulung kepada 4 orang adik-beradik. Juga beliau kongsikan kepada adik-adik tentang kebenaran Islam. Adik perempuan dan adik lelaki bongsu beliau dilihat menerima mesej tersebut. Adik lelaki bongsu beliau tingkatan 4 dalam proses utk peluk Islam dan tadi turut belajar. Adik lelaki beliau seorang lagi belum menunjukkan penerimaan.

Mereka sudah lebih daripada 2 tahun berpuasa Ramadhan. Sekarang sedang berpuasa sunat.

Di tempat kerja, beliau berkawan dengan staf India Muslim.

Komited berusaha cari ilmu. Sanggup datang ke Kajang dari tempat beliau di KL. Banyak mencari bahan dan panduan belajar tentang Islam di internet. Saya syorkan untuk saya beri cadangan sumber online yang berkelayakan untuk belajar Islam (antaranya adalah Youtube Syaikh Hamzah Yusuf).
Ibu bapa mereka belum tahu tentang pengislamannya.

Semoga Allah bantu mereka, dan semoga dakwah Islam terus mekar dalam kalangan saudara-saudari Cina, India dan lain-lain di Malaysia dan semuanya secara umum.

Pengajaran daripada kisah benar ini antara yang boleh kita ambil:

1. Menghadiahkan teks terjemahan Al-Quran atau bahan-bahan bertulis tentang Islam sahaja sudah besar manfaatnya, boleh tahu jadi penyebab pada kemudian hari mereka akan buka dan baca, terima hidayah.

2. Kita sudah lama hidup di negara kita dengan bangsa Cina dan India dan yg lain, dgn kita berkongsi sedikit sebanyak info tentang Islam kepada mereka dan dengan akhlak mulia yang kita tunjukkan, in syaa Allah akan bantu kpd dakwah terhadap mereka.

3. Atas akidah Islamiah, kita semua bersaudara, tanpa mengira perbezaan kaum dan warna kulit.

Semoga Allah redhai dan berkati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...