Ulama Benteng

Ulama Benteng

Isnin, 11 Mei 2026

Janji Nabi SAW kepada Orang Sabar Tahan Marah, Tidak Berdebat Walaupun Benar

 Berdasarkan catatan hasil carian AI


Menahan diri daripada bertengkar atau berdebat walaupun anda berada di pihak yang benar merupakan satu akhlak yang sangat terpuji. Ganjaran utamanya adalah jaminan sebuah istana atau rumah di pinggiran syurga oleh Rasulullah SAW, peningkatan darjat, serta mendapat ketenangan jiwa yang berpanjangan.

Antara ganjaran dan kelebihan utama jika anda memilih untuk berdiam dan beralah:
Dijanjikan Rumah di Syurga: Rasulullah SAW bersabda: "Aku menjamin sebuah rumah di pinggiran syurga bagi siapa saja yang meninggalkan perdebatan meskipun dia berada di pihak yang benar." (HR Abu Daud)
Sifat Orang yang Kuat: Orang yang mampu menahan amarah dan ego untuk tidak membalas adalah petunjuk kekuatan diri yang sebenar, bukan mereka yang hebat bergusti.
Mendapat Pujian di Akhirat: Individu yang menahan kemarahan padahal dia mampu meluahkannya akan dipanggil Allah SWT di hadapan sekalian makhluk dan diberi pilihan bidadari yang diingini (HR Tirmizi).
Menyelamatkan Hubungan & Pahala: Mengelakkan pertengkaran dapat mengelakkan kata-kata nista atau dosa lidah yang boleh merosakkan pahala amalan lain. [1, 2, 3, 4, 5]

Menahan diri bukan bermakna anda lemah atau kalah, tetapi ia adalah satu bentuk kemenangan melawan nafsu dan ego demi menjaga keharmonian serta mengelakkan perpecahan. [1, 2]
Untuk rujukan lanjut dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai hadis-hadis berkaitan pengawalan emosi ini, anda boleh layari perkongsian ilmu di portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.


IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-504: BIDADARI GANJARAN BAGI ORANG YANG MENAHAN KEMARAHAN

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan - IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-504: BIDADARI GANJARAN BAGI ORANG YANG MENAHAN KEMARAHAN

Berdasarkan soalan di atas, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang menahan kemarahan ini sama ada berdasarkan ayat al-Quran mahupun hadith Nabi SAW. Di antara firman Allah SWT berkaitan kelebihan orang yang menahan kemarahan ini adalah:

 

  • Firman Allah SWT:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

ali Imran: 134

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

 

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili ketika menafsirkan ayat ini pada menyatakan ciri-ciri orang yang bertaqwa, antaranya ialah orang yang menyembunyikan (menahan) kemarahannya serta mengawal dirinya dengan tidak menyakiti orang lain dalam keadaan dia mampu untuk lakukannya. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW (sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan status yang hasan): “Barangsiapa yang menahan kemarahannya dalam keadaan dia mampu untuk melepaskannya, maka Allah akan memenuhkan di dalam jiwanya keamanan dan keimanan.” [Lihat: Tafsir al-Wasith, 1/238]

Selain itu, sememangnya terdapat hadith yang menyatakan akan ganjaran bagi orang yang menahan kemarahan adalah bidadari sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam sunannya:

 

  • Daripada Muaz bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَظَمَ غَيْظًا وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ، دَعَاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ اللَّهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ مَا شَاءَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menahan kemarahannya dalam keadaan dia mampu untuk melaksanakannya. Maka Allah Azza wa Jal akan memanggilnya di hari Akhirat di hadapan makhluk-makhluk-Nya sehingga dia diberi pilihan oleh Allah untuk memilih mana-mana bidadari yang dikehendakinya.” [Riwayat Abu Daud (4777)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah hasan]

 

Hadith ini bermaksud orang yang menahan kemarahan ini akan diperkenalkan kepada sekalian manusia serta dipuji dibangga-bangga akannya sehingga dikatakan padanya ini adalah disebabkan sifatnya yang hebat (iaitu menahan kemarahan). Disebabkan itu, dia diberi pilihan untuk memilih mana-mana bidadari yang dikehendakinya. Di samping itu, ini juga merupakan kinayah dengan masuknya dia ke dalam Syurga yang penuh dengan kenikmatan serta dengan mendapat kedudukan yang tertinggi.

Di samping itu, Imam al-Tibi menyatakan pujian terhadap orang yang mampu mngawal kemarahannya adalah disebabkan kejayannya menundukkan nafsu yang menyeru kepada kejahatan. Demikian itu, Allah SWT memuji mereka (orang yang mampu mengawal kemarahan) dengan firmannya orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. [Lihat: ‘Aun al-Ma’bud, 13/95]

 

Penutup

Kesimpulannya, hadith yang menceritakan berkaitan ganjaran bidadari bagi orang yang berjaya menahan atau mengawal kemarahannya adalah hadith yang hasan. Di sana juga banyak lagi hadith-hadith berkaitan kelebihan menahan kemarahan kerana sifat marah ini akan menghimpunkan segala keburukan. Akhirnya, marilah sama-sama kita cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik pada peribadi atau akhlak dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik. Amin.

 

Wallahua’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...