Ulama Benteng

Ulama Benteng

Jumaat, 5 Februari 2010

Rahmat ALLAH Luas Melaut, Tiada Bertepi

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Jiwa muda saya dulu sering kali memikirkan perkara yang berlawanan arus dengan apa yang diaturkan Allah s.w.t.

Usia makin bertambah, Allah makin sedarkan saya dengan kehebatan hikmah Dia menetapkan sesuatu. Saya makin merasainya.

Rahmat Allah melaut luas tiada tepian. Jalan untuk sampai kepada-Nya pun banyak.

Syukur kepada-Mu ya Allah kerana menetapkanku dulu sebagai pelajar MCKK selama lima tahun, bukan sebagai pelajar SMAP Labu, KISAS, atau mana-mana sekolah agama dan maahad tahfiz.

Allah sedarkan saya, ketetapan-Nya adalah tidak sia-sia. Saya berada lima tahun di sekolah elit dan mungkin biah solehahnya kurang menonjol. Allah izinkan saya untuk tahu dan rasa apa yang kurang, apa yang tiada dan apa yang ada.

Allah mudahkan juga jalan untuk kami bermujahadah untuk mengislahkan keadaan.

Insya Allah, kami pohonkan agar setiap detik dalam usaha ini terpelihara kesucian keikhlasan, dibantu dan dipimpin oleh Pemilik kami.

MCKK, insya Allah kami akan usahakan sesuatu yang berharga untukmu!



Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.

Khamis, 4 Februari 2010

APIS Bakal Bertandang ke MCKK

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Kuala Lumpur, -Khamis. Pada Sabtu dan Ahad (6&7 Februari 2010) insya ALLAH pihak APIS akan bertandang ke SBP tertua di negara ini, ya’ni MCKK bagi menjayakan Program Pemantapan BANI (MANTAP) MCKK buat julung kalinya. Program ini diadakan khusus bagi mempertingkatkan kemahiran dan nilai-nilai kepimpinan Islam kepada exco dan para pelapis exco Badan Nahdhah Islamiah MCKK (BANI). Turut menjayakan MANTAP ialah pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Kunjungan ke MCKK menjadikan penglibatan yang kedua oleh APIS dalam membantu memperkasa peranan BADAR di SBP setelah kunjungannya ke SMS Johor di Kluang pada 24 Januari 2010 yang lalu.

Kita mendoakan agar program ini berjalan dengan lancar, mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH dalam usaha untuk melahirkan generasi rabbani yang unggul dan gemilang dalam segenap aspek kehidupan.

Pihak APIS amat mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana SBP yang lain dalam menganjurkan program yang bersifat begini, ya’ni kursus pemantapan BADAR.



Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.

Isnin, 1 Februari 2010

Kena Serasi


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Kepada semua pembaca yang amat saya hargai, maaf saya pohon andai laman ini lama tak terusik. Hal ini demikian kerana saya turut berkhidmat untuk Portal APIS (www.apisbp.com). Secara kasarnya, apa yang saya muatkan di sana lebih kurang apa yang saya muatkan di sini, kecuali perkara yang agak santai dan menggambarkan pendapat peribadi.

Ada juga sahabat yang tanya, kenapa macam dah tak aktif blog ni. Lagi tersentuh bila dikaitkan dengan tidak istiqamah. =( . 'Ala kulli hal, peringatan yang amat baik.

Jadi, saya ambil pendekatan untuk catat apa sahaja yang boleh dan bermanfaat. Yang penting mesej dan manfaat yang nak dikongsi, kan? Apa guna tulis berjela-jela panjang tapi pembaca susah nak ambil manfaat. Insya Allah, saya cuba catat apa yang boleh.

Kali ni saya sentuh sedikit tentang sekufu, khusus kepada bakal pasangan yang nak dirikan rumah tangga kelak. Saya bukan nak seronok-seronok dengan nafsu remaja bercakap tentang perkara ini. Tapi, saya berfikir tentang keperluannya supaya kehidupan kita insya Allah lebih terancang dan bersedia. Hal ini juga saya peroleh kesedaran mengenainya daripada pemerhatian yang dibuat.

Saya lebih suka untuk memahami pasangan yang serasi ini sebagai pasangan yang tidak terlalu besar jurang perbezaan. Mudah bicara saya katakan, pasangan ini perlulah mudah masuk jiwa mereka, secocok, dan tidak terlalu besar dan banyak pergeseran serta perselisihan.

Saya ambil contoh yang sangat mudah. Bolehkah seorang isteri yang kurang serasi dan tidak faham akan keperluan suami yang terlibat dengan jama'ah, usaha-usaha da'wah dan islah serta keilmuwan yang tidak begitu banyak masa lapang tersedia dengan keluarga, untuk bertahan dengan suasana sebegini?

Saya ambil contoh juga, bolehkah seorang isteri yang tidak serasi bersedia untuk menerima seorang suami yang amat menekankan 'ilmu dan tarbiyyah, ke sana ke sini untuk bertemu dengan 'ulama dalam pengajian? Suami tersebut juga menekankan pengamalan 'ilmu dalam keluarga. Isteri yang serasi yang wajar bersedia dengan keadaan sedemikian yang bakal dilalui.

Insya Allah, masing-masing boleh menjadi serasi dengan saling memahami antara satu sama lain dan bersedia ke arahnya.

Benda ini sangat penting, pasangan kita bukan benda pakai buang, tetapi suatu amanah yang insya Allah akan dipertahankan hingga ke akhirat kelak. Bukannya kata sebulan dua sudah rasa jemu dengan pasangan, boleh terus bercerai.

Sedarlah, pembentukan keluarga Islam yang sejati amat mustahak dalam pembentukan masyarakat Islam yang harmoni dan pembentukan generasi anak-anak yang lebih mengutamakan tuntutan Allah s.w.t.

Wallah a'lam. Sekadar lontaran idea. Anda boleh turunkan komen juga untuk kita bincang. Insya Allah. Jazakumullah khairal jazak.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.

Wan oh Wan! ^_^

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Ringkas sahaja tulisan kali ini. Agak santai, lebih kepada ukhuwwah Islamiyyah.

Saya baru perasan, rupanya "wan" (singkatan daripada Ikhwan)merupakan panggilan kepada saya yang lebih mesra, manja dan terselit kasih sayang.

Ayah, kakak saya yang kedua, ibu dan bapa saudara, anak saudara (Hawa Atiqah), sepupu dan beberapa ikhwah seperti Akh Ikhram, Akh Nazrul (KISAS 2006) dan beberapa orang lagi memanggil saya dengan "wan"

(^_^) Insya Allah mungkin lepas ni, sahabat-sahabat yang memanggil saya dengan "wan" akan menyebabkan saya lebih tersenyum.

Ukhuwwah fillah abadan abada!

Tundukkan Pandangan


Berdasarkan pengalaman dalam bepersatuan, saya menjadi lebih faham dan terasa bagaimana niqob dapat menjadikan pandangan orang lelaki beriman lebih "sederhana" dan terjaga. Berbahagialah para wanita mukminah yang berjaya menjaga kesucian dan harga diri dengan sebenar-benarnya. Mereka bukan wanita murahan, tetapi sangat mulia kedudukannya.


Insya Allah, inilah "ketenangan" di syurga dunia yang wajar kita burui. Subhanallah. (^_^)

'Ulama berbeza pendapat mengenai kewajipan menutup muka bagi para wanita mukminah.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...