Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Saya pernah tercari-cari petua untuk menguatkan ingatan.
Dosa dan kema'siatan yang dilakukan ibarat titik hitam yang mengotorkan hati kita. Bagaimana mungkin cahaya daripada ALLAH yang suci dapat menyinari hati yang dipenuhi titik hitam?
Daripada Tuan Guru Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam, setelah saya bertanya secara terus kepada beliau, antara yang dinyatakan ialah keperluan untuk menjauhi dosa. Beliau turut membacakan nasihat guru Imam Syafi'e rahimahullah ta'ala, setelah Imam Syafi'e mengadu mengenai kualiti hafazannya yang merosot. Nyata dan jelas, dosa ialah penyebab dan penghalang ilmu yang merupakan nur daripada ALLAH untuk masuk ke dalam hati.
شكَوْتُ إِلَى وَقِعٍ سُوْءَ حِفْظى
فَأَرْشَـدَنِي إلى تَرْكِ المَعاصِي
وَأَخْـبَرَني بِـأَن العِلمَ نُـورٌ
ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصى
فَأَرْشَـدَنِي إلى تَرْكِ المَعاصِي
وَأَخْـبَرَني بِـأَن العِلمَ نُـورٌ
ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصى
Aku(Imam Syafi'e) telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku,
Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat,
Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,
Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat.
Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat,
Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,
Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat.
Juga daripada seorang ustaz al-hafiz di Mansurah, yang juga seorang mahasiswa Al-Azhar dengan ringkasnya menasihati saya untuk meninggalkan dosa jika benar mahu menguatkan ingatan.
Bagi orang soleh yang lebih tinggi kedudukannya, perkara makruh sudah pun menjadi perkara dosa bagi mereka. Mereka tidak sanggup melakukan perkara yang dibenci ALLAH s.w.t.
Insya ALLAH, bersama-sama kita berusaha semampu mungkin bagi menjauhi permulaan kepada dosa dan perkara makruh. Ketenangan akan diperoleh dengan izin-Nya.
Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.
Rujukan: Nasihat Waqi' disalin daripada laman http://amizamoasis.blogspot.com/2009/03/nasihat-waqi.html.
Smg sntiasa dlm redha Allah.
BalasPadamamiin...insya ALLAH
BalasPadam