Sedikit catatan daripada kuliah pagi ini: Tempat dalam syurga bagi orang yang terakhir memasukinya.
Bagaimana tempat di dalam syurga bagi orang yang terakhir memasukinya, pintu gerbangnya sahaja sudah begitu membuatkan orang tersebut adalah begitu teruja, dia terlintas dalam hatinya adakah benar tempat itu disediakan untuknya. Baginya mungkin tempat itu adalah untuk orang yang jauh lebih beramal berbandingnya.
Setelah beberapa kali meminta malaikat mengesahkan bahawa tempat itu adalah tempat baginya, maka dia percaya, dan begitu teruja, tidak percaya, belum lagi memasukinya yang begitu luas.
Tempat dalam syurga bagi orang yang terakhir memasukinya sendiri sudah terlalu jauh lebih hebat tiada bandingan dengan mana-mana istana paling cantik, paling besar, paling mahal di dunia ini.
Mafhum daripada kuliah KH Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizohuAllah.
* Maka untuk kita, jom terus gagahkan perjalanan ruhaniyah batiniah menuju Allah, menuju alam akhirat yang terlalu lebih jauh berharga dan kekal tiada penghujung.
اللهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آله وصحبه وسلّم
اللهمّ اختم لنا بحسن الخاتمة
اللهمّ ثبّت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك
اللهمّ ادخلنا الجنّة بغير حساب ولا سابقة عذاب
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Ulama Benteng
Sabtu, 7 September 2013
Tempat dalam Syurga bagi Orang yang Terakhir Memasukinya
Labels:
Arki,
TD,
Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.