Ulama Benteng

Ulama Benteng

Jumaat, 7 Februari 2020

Dunia Islam Abad ke-19


Dunia Islam mula bergerak ke arah kemajuan semenjak abad ke-18.
Sebagai reaksi mengatasi masalah kepincangan dan kelemahan dalaman dan luaran dunia Islam.
Ia juga merupakan kesedaran untuk memperkuatkan pertahanan dunia Islam.
Khasnya apabila Dawlah‘Uthmaniyyah mengalami kekalahan dalam menghadapi Eropah.
Kuasa Eropah telah Berjaya menukar wajah Dawlah ‘Uthmaniyyah dari offensive kepada defensive.
Kebangkitan Rusia pada abad ke-18 juga menggugat keutuhan Dawlah ‘Uthmaniyyah secara khusus dan dunia Islam secara umum.

PERSOALAN TIMUR
Rusia telah beralih kepada dasar perluasan kuasa dan berusaha menduduki wilayah strategic yang menghala lautan panas(Laut Hitam, Selat Turki, Dardanelles & Bosphorus).
Wilayah-wilayah ini adalah di bawah Dawlah ‘Uthmaniyyah dan ianya juga boleh mengancam kedaulatan ‘Uthmaniyyah.
Selain itu negara-negara Eropah lain bimbang terhadap kebangkitan kuasa Rusia.
Kebimbangan mereka adalah kerana Rusia mungkin akan menduduki wilayah ‘Uthmaniyyah dan mengorbankan ‘Uthmaniyyah.
Maka sejak abad ke-19, Persoalan Timur menjadi polisi Eropah terhadap ‘Uthmaniyyah.

Persoalan Timur berlaku dalam tempoh yang panjang.
Mendapat tafsiran yang berbagai-bagai,berkait dengan Perang Salib.
Tafsiran ini dikuatkan lagi dengan wujudnya Gerakan kemerdekaan wilayah Kristian dari ‘Uthmaniyyah dan dapat sokongan Rusia dan negara Eropah lain.
Gerakan pembebasan ini ditafsirkan sebagai Persoalan Timur peringkat ke-2. Satu demi satu capai kemerdekaan:
a) Greece 1832
b) Romania 1856
c) Serbia 1834-1878
d) Montenegro 1878
e) Bulgaria 1878-1908.

PEMBAHARUAN KETENTERAAN
Umat Islam telah mengenal pasti punca kelemahan ‘Uthmaniyyah ialah masalah dalaman.
Maka timbul Gerakan ke arah pemodenan dunia Islam mengikut acuan Barat.
Antara tokoh yang terlibat dengan Gerakan ini terdiri drpd golongan birokrat yang diketuai oleh sultan ‘Uthmaniyyah.
Antara pembaharuan ketenteraan yang dilakukan ialah:
1) Sultan Salim III (Nizam-I-Tajdid)
2) Penjajahan Perancis di Mesir 1798-1801
3) Muhammad Ali Pasha
4) Sultan Mahmud II

SULTAN SALIM III
Merupakan khalifah pertama yang memperkenalkan model pembaharuan ala barat.
Sebab utama beliau memperkenalkan model ini akibat daripada siri kekalahan yang melanda ‘Uthmaniyyah ketika menghadapi Rusia.
Selain itu autoriti ‘Uthmaniyyah semakin tergugat.
Melakukan reformasi dengan mencontohi kemajuan sistem ketenteraan Eropah.
Meminta cadangan pembaharuan daripada pegawai birokrasi dan mendapat nasihat dari Eropah khususnya Perancis.
Menubuhkan kedutaan tetap di London, Vienna, Berlin dan Paris.
Pembaharuan besar ialah reformasi ketenteraan (Nizam-i-Jadid).
Tubuh satu Angkatan tentera darat baru yang dilengkapi dengan senjata moden.
Buka pusat-pusat latihan dan dilengkapi perpustakaan.
Nizam-i-Jadid dibentuk untuk mengubah suai pasukan inkishariyyah.
Tentera inkishariyyah dan ulama tampil menentang.
Bangun memberontak kerana enggan memakai uniform ala Barat. Akibatnya sultan dipecat pada tahun 1807.
Sebab utama kegagalan program ialah kerana ia dianggap tidak Islamik.
Ulama mencurigai apa yang datang dari Barat. Mereka menganggap semua itu bertujuan menghancurkan Islam dan umatnya.

PENJAJAHAN PERANCIS DI MESIR 1798-1801
Ketika ‘Uthmaniyyah sedang berusaha memperbaiki sistem ketenteraan, Perancis (sahabat ‘Uthmaniyyah) bertindak menduduki Mesir pada tahun 1798.
Tindakan Perancis telah mengejutkan dunia Islam seluruhnya.
Kerajaan ‘Uthmaniyyah terpaksa bekerjasama dengan Inggeris bagi melawan Perancis. Gabungan ini berjaya dan memaksa Perancis berundur dari Mesir pada tahun 1801.
Tujuan Napoleon menakluk Mesir ialah untuk menghidupkan perdagangan Perancis dengan Timur setelah dilumpuhkan oleh Mamluk.
Ia juga kerana kedua-dua kuasa besar ini bersaing antara satu sama lain dan saling jatuh-menjatuhkan.
Kedatangan Perancis ke Mesir memberi kesan yang mendalam kepada Mesir.
Perancis menjadi sumber aspirasi kepada pemimpin terutamanya Muhammad Ali Pasha.
Beliau telah memulakan pembaharuan ala Barat.
Telah menyedarkan umat Islam bahawa mereka masih berada dalam khayalan kekuatan dan kemenagan lampau.
Telah membuka mata orang Islam tentang sains dan teknologi mereka tidak setanding dengan Barat.
Perancis membawa alatan moden seperti alat percetakan dan menubuhkan Institut d’Egypte yang dilengkapi dengan perpustakaan.

MUHAMMAD ALI PASHA
Sejak awal pemerintahan telah berusaha mengukuhkan keadaan.
Menundukan saingan daripada Mamluk.
Muhammad Ali percaya hanya dengan ketenteraan dapat mempertahankan kedudukan dan menundukkan lawan.
Maka program utama pembaharuan ialah aspek ketenteraan.
Beliau menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih disiplin dan pentadbiran lebih cekap serta teratur.
Beliau juga mendapatkan bantuan Perancis bagi menjayakan cita-citanya.
Mengasaskan kolej ketenteraan di Aswan bagi melahirkan pegawai tentera yang berkaliber.
Jurulatih diambil dari Perancis untuk mengajar.
Pada tahun 1826, Mesir mempunyai 90,000 anggota tentera yang lengkap dengan pasukan meriam yang setanding dengan Barat.
Sebagai natijahnya beliau berjaya mematahkan pemberontakan Wahhabi dan pemberontakan Greek.
Program Muhammad Ali ini telah menyakinkan Sultan Mahmud II untuk meneruskan program pembaharuan.

SULTAN MAHMUD II
Mahmud II diangkat menjadi sultan pada 28 Julai 1808.
Semasa beliau ditabalkan kerajaan ‘Uthmaniyyah masih tidak stabil.
Beliau meneruskan pembaharuan ala barat yang diperkenalkan oleh Sultan Salim III.
Tidak tergesa-gesa kerana menyedari adanya tentangan dari tentera Inkishiriyyah.
Menggunakan taktik tunggu dan lihat.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong Sultan Salim II memperkenalkan pembaharuan ini.
1) Kelemahan sistem ketenteraan jelas ketika berhadapan dengan kuasa Eropah dan Rusia.
2) Kekalahan menghadapi Perancis di Mesir.
3) Tentera ingkar untuk menjalankan operasi dan ada tentera meninggalkan medan peperangan.
4) Menjadi pemimpin yang mempengaruhi masyarakat supaya menentang pemerintah.
5) Inkishiriyyah gagal menangani pemberontakan Greek pada tahun 1821.

Sultan Mahmud melihat bahawa tentera Mesir di bawah Ali Pasha jauh lebih teratur.
Pada tahun 1822 beliau memulakan inisiatif melakukan perubahan dalam struktur ketenteraan.
Antara inisiatif beliau ialah mengusai tentera Inkishiriyyah dan golongan Ulama.
Baginda langsung tidak mengaitkan pembaharuan tenteranya ini dengan tentera Nizam-i-Jadid.
Beliau melantik pegawai pelatih yang terdiri dari orang Muslim sahaja.
Ulama ditugaskan mengimamkan solat.
Memaksa supaya dikeluarkan fatwa yang mengisytiharkan pembaharuan ini sebagai mengikut lunas agama.
Pembaharuan ini mendapat tentangan dari tentera Inkishiriyyah.
Baginda mengisytiharkan perang dan mengepung pasukan Inkishiriyyah. 1000 terbunuh.
Tentera Inkishiriyyah pada akhirnya dibubarkan dan dihapuskan.
Selain pembaharuan dalam bidang ketenteraan, Sultan Mahmud II juga membawa pembaharuan dalam bidang pendidikan.
Antaranya ialah:
a) Menubuhkan sekolah Maktaba-i-Maarif (pengetahuan umum).
b) Menubuhkan sekolah Maktabah-i-Ulum Edenji (sekolah sastera).
c) Sekolah tentera
d) Sekolah teknik
e) Sekolah kedoktoran dan pembedahan.
f) Menghantar pelajar ke Eropah.


TANZIMAT
Tanzimat adalah disebabkan oleh desakan Eropah kepada Dawlah ‘Uthmaniyyah supaya penganut Kristian diberi perlindungan sepenuhnya.
Tanzimat ini dilaksanakan berdasarkan dua piagam utama:
1) Hatt-i-Sherif Gulhane 1839
2) Hatt-i-Humayun 1856

Kandungan Hatti-i-Sherif Gulhan


1) Menjamin keselamatan nyawa, kehormatan dan harta benda.

2) Menubuhkan sistem pungutan dan agihan cukai yang tetap dan adil.

3) Mewujudkan satu sistem yang teratur dalam pemilihan tentera bagi menjamin keadilan khasnya dalam sistem kerahan, latihan dan sebagainya.

Kandungan Hatt-i Humayun

1) Segala jaminan yang ditenteukan dalam Hatt-i-Sherif Gulhane yang bersesuaian dengan dasar Tanzimat adalah disahkan dalam Hatt-I Humayun.

2) Tiada paksaan dalam beragama.

3) Semua rakyat layak memohon dan menjawat jawatan awam

Kesan Tanzimat
Tanzimat bertujuan menyelamatkan Dawlah ‘Uthmaniyyah dari kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran.
Tetapi pelaksanaan tanzimat ini banyak memberi kesan negatif.
Antara aspek negatif hasil dari program tanzimat ialah:
·       Unsur-unsur sekularisme mula mersap dalam pentadbiran.
·       Lahirnya golongan birokrat yang pro-Barat.
·       Ekonomi Dawlah ‘Uthmaniyyah mula terlibat dengan sistem kapitalis.
·       Sikap autokratik yang diamalkan oleh sultan dan menterinya dalam melaksanakan pembaharuan tanzimat.

Kesimpulan
Menjelang abad ke-19, dunia Islam telah membuka lembaran baru.
Campur tangan Eropah dalam pentadbiran ‘Uthmaniyyah.
Umat Islam cenderung mempelajari kemodenan Barat.
Menjejaskan sistem perekonomian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...