Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 15 Februari 2020

Fiqh Perkahwinan


Susunan nota ini dengan mengambil manfaat daripada pengajian Fiqh Ibadah dan Munakahat, Sarjanamuda Pengajian Islam UKM


Definisi & Dalil Pensyariatan
       Bahasa: berdakap, berhimpun & bertaut
       Istilah: Aqad yang mengharuskan hubungan suami isteri dalam bentuk yang dibenarkan oleh syarak
       Firman Allah (al-Nisa’:3):  maka berkahwinlah dengan perempuan (lain) yang kamu berkenan; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja

Hikmah Perkahwinan
       Memenuhi tuntutan fitrah
       Melahirkan zuriat keturunan yang soleh dan terdidik
       Mewujudkan kedamaian jiwa dan kesejahteraan rohani
       Membendung akhlak yang buruk
       Membentuk generasi manusia yang sejahtera
       Meluaskan lingkungan kekeluargaan dan membina semangat bekerjasama

Hukum Perkahwinan
       Sunat: Jika seseorang itu berkeinginan untuk berkahwin, mempunyai belanja untuk perkahwinan dan nafkah keluarga serta tidak takut terjerumus kepada kemungkaran jika tidak berkahwin
       Sunat Tidak Berkahwin: jika seseorang itu berkeinginan untuk berkahwin dan tidak memiliki kemampuan untuk perbelanjaan perkahwinan dan nafkah isteri
       Makruh: Jika tiada keinginan dan tiada kemampuan harta
       Lebih Baik Ditinggalkan: Jika mempunyai kemampuan harta dan tidak mempunyai keinginan berkahwin
       Lebih Baik Berkahwin: Jika mempunyai kemampuan harta dan keinginan serta tidak sibuk dengan ibadah yang lebih utama
       Wajib Berkahwin: jika mempunyai keinginan yang dibimbangi membawa ke arah kemungkaran dan mempunyai kemampuan harta untuk nafkah keluarga

Wanita Yang Haram Dikahwini
       Haram Untuk Selama-Lamanya
       Keturunan
       Persemendaan
       Penyusuan
       Haram Untuk Sementara
       Menghimpunkan dua adik-beradik
       Menghimpunkan perempuan dan ibu saudaranya atau anak saudara perempuannya
       Lebih dari empat orang isteri
       Wanita bukan Islam dan bukan Ahli Kitab
       Isteri orang
       Wanita dalam Iddah
       Bekas Isteri yang diceraikan dengan talak tiga

Wanita Yang Haram Dikahwini
       Keturunan
       Ibu dan nenek ke atas
       anak perempuan dan cucu ke bawah
       adik beradik perempuan kandung, seibu dan sebapa
       anak saudara perempuan dan ke bawah
       ibu saudara (adik beradik ibu atau bapa dan ke atas)
       Persemendaan
       Isteri bapa dan ke atas
       Isteri anak dan ke bawah
       Ibu mertua
       Anak isteri dan ke bawah
       Penyusuan
       Ibu susuan (ibu yang menyusukan) dan ke atas
       Adik beradik perempuan susuan
       Anak saudara perempuan susuan (anak susuan kpd adik beradik sendiri atau susuan)
       Ibu saudara susuan (adik beradik susuan bapa dan ibu sendiri atau susuan)
       Anak susuan (anak susuan isteri)
       Termasuk juga di sini, pengharaman disebabkan persemendaan seperti ibu susuan isteri, anak susuan isteri dari suami yang lain, bekas isteri bapa susuan dan bekas isteri anak susuan

Poligami

·       Hukum asalnya adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan seseorang
  • Sunat sekiranya seorang lelaki itu tidak mencukupi baginya seorang isteri atau isterinya sakit dan tidak dapat melahirkan anak serta dapat berlaku adil
  • Makruh sekiranya syak untuk berlaku adil dan tidak mempunyai keinginan untuk beristeri lebih
  • Haram sekiranya pasti tidak dapat berlaku adil disebabkan kemiskinan, lemah atau kecenderungan yang keterlaluan terhadap seseorang isteri.

Keadilan Dalam Poligami

       Persamaan dalam aspek berikut:
       Nafkah
       Tempat tinggal
       Giliran Bermalam
       Pergaulan
       Tanggungjawab Keluarga
       Kecederungan hati yang tidak membawa kepada ketidakadilan adalah dimaafkan

Alasan Poligami
       Lelaki yang mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap wanita dan mempunyai isteri yang dingin disebabkan fitrah atau sakit
       Peperangan yang menyebabkan kematian ramai lelaki
       Isteri yang disayangi tidak dapat melahirkan zuriat
       Membendung gejala keruntuhan moral yang menyebabkan berleluasanya perzinaan

Pemilihan Pasangan
       Beragama dan berakhlak baik
       Keturunan yang baik
       Mestilah bukan keluarga yang dekat menurut satu pandangan, ia tidak berasaskan kepada dalil yang kuat kerana Saidina Ali dan Fatimah merupakan keluarga Nabi yang dekat
       Kufu’ iaitu mempunyai taraf yang sama dari sudut agama, pekerjaan dan kesihatan. Ia gugur dengan persetujuan wali dan perempuan
       Anak dara dan boleh melahirkan anak

Pertunangan
       Pertunangan ialah menzahirkan hasrat untuk berkahwin dengan seorang perempuan kepada wali @ perempuan tersebut
       Hikmahnya adalah supaya kedua belah pihak dapat saling mengenali sebagai persediaan untuk melangsungkan perkahwinan
       Dibolehkan menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada wanita jika dia bukan isteri orang, tidak berada dalam iddah dan bukan merupakan golongan yang haram dikahwini
       Diharamkan menyatakan hasrat untuk berkahwin secara langsung jika wanita berada dalam iddah
       Diharamkan menyatakan hasrat untuk berkahwin jika wanita merupakan isteri orang, berada dalam iddah raj’i @ termasuk dlm golongan yang haram dikahwini
       Diharamkan bertunang dengan tunang orang lain
       Diharamkan berdua-duaan di antara pasangan bertunang sebelum perkahwinan

Kesan Pertunangan
       Ia adalah satu janji untuk melangsungkan perkahwinan
       Pergaulan masih terbatas kerana bukan lagi dianggap sebagai suami isteri
       Perempuan yang telah bertunang, haram dipinang oleh orang lain

Ciri Perempuan Bakal Tunang
       Beragama
       Sihat
       Anak dara
       Keluarga yang beragama
       Keturunan yang baik
       Cantik
       Tidak mempunyai hubungan kekeluargaan

Perempuan Yang Boleh Dipinang
       Bukan Dari Golongan Yang Haram Dikahwini
       Tidak Berada Dalam Iddah Kecuali Dalam Iddah Talak Wafat & Ba’in Dibolehkan Secara Kiasan
       Belum Bertunang

Melihat Bakal Tunang
       Diharuskan seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk melihatnya
       Menurut jumhur: bahagian yang boleh dilihat ialah muka dan dua tapak tangan
       Dilakukan dengan tanpa pengetahuan perempuan bagi menjaga kehormatannya

Rukun Perkahwinan: Sighah

       Ijab dari wali perempuan dan Qabul dari pengantin lelaki
       Menggunakan lafaz kahwin atau nikah
       Dilafazkan perkataan kahwin atau nikah dalam ijab & qabul dengan jelas maksudnya
       Tidak dipisahkan di antara ijab & qabul kecuali dengan kadar yang sedikit seperti bernafas, bersin atau batuk
       Kekal kelayakan untuk beraqad sehingga selesai qabul
       Mestilah berkuatkuasa serta merta
       Tidak dibataskan dengan tempoh tertentu

Rukun Perkahwinan: Pengantin Perempuan
       Tidak mempunyai halangan untuk berkahwin
       Mestilah ditentukan samada dgn menyebut nama atau isyarat
       Tidak berada dalam ihram haji atau umrah

Rukun Perkahwinan: Pengantin Lelaki
       Mestilah halal dikahwini oleh pengantin perempuan
       Mestilah ditentukan samada dgn menyebut nama atau isyarat
       Tidak berada dalam ihram haji @ umrah

Rukun Perkahwinan: Wali
       Disyaratkan bagi perempuan samada telah baligh @ belum, samada anak dara @ janda
       Anak dan cucu lelaki tidak boleh menjadi wali kepada ibu @ nenek

Susunan Wali
       Bapa
       Datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa)
       Adik-beradik lelaki kandung (abang dan/atau adik lelaki seibu sebapa)
       Adik-beradik lelaki kandung sebelah bapa (abang dan/atau adik lelaki sebapa)
       Anak saudara lelaki kandung (seibu sebapa)
       Anak saudara lelaki sebapa
       Bapa saudara kandung (seibu sebapa dengan bapa)
       Bapa saudara lelaki sebapa dengan bapa
       Sepupu lelaki dari bapa saudara kandung (Bapa saudara kandung = seibu sebapa dengan bapa)
       Sepupu lelaki dari bapa saudara sebapa dengan bapa

Syarat Wali
       Islam
       Adil iaitu tidak melakukan dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa kecil dan tidak melakukan perkara yang menjejaskan maruah
       Baligh
       Berakal
       Tiada masalah penglihatan
       Bukan dari golongan yang tidak boleh mentadbir harta
       Tidak berada dalam keadaan ihram haji @ umrah
       Jika wali tidak mempunyai syarat yang cukup, perwalian akan berpindah kepada yang berikutnya kecuali jika wali sedang berihram, perwalian berpindah kepada pemerintah

Jenis-Jenis Wali
       Wali Ijbar iaitu bapa dan datuk sebelah bapa boleh mengahwinkan anak dara tanpa izin dan kerelaannya dengan syarat tiada permusuhan yang nyata di antara anak gadis dan walinya, bakal suami adalah setaraf (kufu’) dan berkemampuan untuk menyerahkan mas kahwin. Walaupun begitu, memaksa anak dara berkahwin tanpa izinnya adalah tidak afdhal
       Wali Ikhtiyar iaitu semua wali yang dinyatakan termasuk bapa dan datuk sebelah bapa tidak boleh mengahwinkan janda kecuali dengan keizinannya

Beberapa Persoalan Mengenai Wali
       Jika wali enggan mengahwinkan anak gadisnya yang telah baligh dan berakal dengan lelaki yang sekufu yang menjadi pilihan anak gadisnya itu, perwalian akan berpindah kepada pemerintah
       Jika jarak wali adalah dua marhalah atau lebih, perwalian berpindah kepada pemerintah dan tidak kepada wali lain. Jika kurang, pemerintah perlu mendapat izin wali terlebih dahulu.
       Jika terdapat beberapa orang wali yang setaraf, diutamakan wali yang lebih arif mengenai perkahwinan > lebih warak > berumur. Jika terdapat percanggahan di antara wali-wali yang setaraf, undian perlu dilakukan
       Wali mujbir boleh mewakilkan orang lain untuk menjadi wali kepada anak daranya walaupun dia tidak menentukan siapakah bakal pengantin lelaki. Perkahwinan tersebut sah jika bakal suami adalah sekufu’.

Rukun Perkahwinan: Dua Orang Saksi
-          Islam
-          Lelaki
-          Berakal dan Baligh
-          Adil walaupun secara zahir
-          Pendengaran dan Penglihatan yang Baik

Perkahwinan Orang Yang Memeluk Islam
       Jika kedua-dua suami isteri masuk Islam, perkahwinan mereka kekal
       Jika suami memeluk Islam dan isteri adalah ahli Kitab, perkahwinan mereka kekal
       Jika isteri bukan ahli Kitab dan dia memeluk Islam ketika iddah, perkahwinan mereka kekal
       Jika isteri tidak memeluk Islam dalam tempoh iddah, perkahwinan mereka terbatal
       Jika isteri memeluk Islam, perkahwinan akan kekal jika suami turut serta selagi isteri dalam iddah

Mahar / Mas Kahwin
       Pemberian wajib ke atas suami kepada isteri disebabkan aqad perkahwinan
       Wajib diberikan setelah sempurna aqad perkahwinan samada dinyatakan dalam aqad @ tidak dan samada telah dipersetujui untuk digugurkan
       Mahar menjadi milik isteri seorang sahaja
       Tiada had minimum @ maksimum bagi mahar samada dalam bentuk ain atau manfaat
       Boleh serahkan selepas akad atau selepas berlaku persetubuhan

Beberapa Persoalan Mengenai Mahar
       Mahar kekal semuanya jika berlaku jima’ @ kematian suami @ isteri walaupun belum berlaku jima’
       Mahar hanya wajib diberikan separuh jika isteri diceraikan sebelum berlaku jima’
       Mahar boleh gugur jika terjadi perceraian sebelum jima’ yang disebabkan oleh isteri seperti fasakh disebabkan aib @ murtad

Mahar Mithil
       Ia adalah mahar yang diberikan berasaskan kepada perbandingan isteri dengan saudara perempuan sebelah bapa mengikut adat
       Sifat isteri juga termasuk dalam penentuan nilai mahar sebandingan seperti umur, kebijasanaan, kecantikan dan lain-lain

Sebab Wajib Mahar Mithil
       Berlaku jima’ setelah aqad yang rosak
       Mahar terbatal disebabkan pertelingkahan suami isteri
       Mahar yang dinyatakan adalah rosak seperti arak, tidak dimliki
       Menyatakan satu mahar untuk dua isteri
       Jika mahar untuk suami yang masih kecil lebih dari mahar mithil
       Pernikahan kanak-kanak @ anak dara tanpa keizinan yang kurang dari mahar mithil
       Pernikahan tanpa mahar
       Sebahagian mahar disyaratkan menjadi milik orang lain

Hak & Tanggungjawab Dalam Perkahwinan
       Halal berseronok-seronok di antara suami isteri dengan cara yang tidak menyalahi syariat
       Isteri wajib mentaati suami, menyerah diri dan menjaga rumahtangga suami
       Suami wajib menyempurnakan maskahwin isteri
       Suami wajib memberi nafkah kepada isteri seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan pakaian
       Pembahagian malam di antara isteri-isteri
       Nasab anak sabit bagi suami
       Pewarisan harta di antara suami isteri jika berlaku kematian

Sunat Ketika Aqad Perkahwinan
       Khutbah sebelum aqad perkahwinan
       Berdoa untuk kesejahteraan pengantin
       Mengumumkan perkahwinan & menzahirkan kegembiraan serta memukul gendang

Sunat Ketika Aqad Perkahwinan
       Sunat muakkad mengadakan kenduri perkahwinan
       Wajib menghadiri undangan perkahwinan sekiranya
       Pengantin adalah orang Islam
       Kenduri tidak dikhususkan kepada orang kaya sahaja
       Undangan untuk hari pertama
       Undangan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan
       Pengantin bukan orang yang zalim @ memakan harta haram
       Tiada kemungkaran dalam majlis perkahwinan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...