Ulama Benteng

Ulama Benteng

Selasa, 8 September 2020

Besarnya Kapal, Besar Muatan, Besar Manfaatnya

 


Kredit kepada sumber asal ambilan gambar ini : Google Search


Besarnya Kapal, Besar Muatan, Besar Manfaatnya <3 😊

Itulah analoginya. Bagi mereka yang besar toleransi, kesantunan, bertolak ansur, mudah cara, pemaaf, terus melupakan kesalahan orang lain pada dirinya dan langsung tidak menyimpan dendam, mampu kawal kemarahan, lembut tutur kata, sopan tindakan, mengelakkan diri daripada pertengkaran-bertikam lidah-perdebatan keras, mampu menjaga nada suara (tidak meninggikan suara).

Jika Allah takdirkan kita berdepan dengan situasi yang menggugat emosi, kita pohon bantuan Allah agar diberi kekuatan dan pimpinan. Dan, senyum dan syukurlah! Kerana itu adalah real-life test yang memberikan kita pengalaman sebenar, ujian menandakan kita akan meningkat tahap akhlak.

Semuanya terangkum sudah pada qudwah hasanah Baginda Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam.

Mafhum daripada dalil naqli (Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam – bacaan lanjut sebahagiannya ada butiran dalil ada pada pautan di bawah)

- Kedudukan yang Sangat Tinggi pada Hari Kiamat bagi mereka yang berakhlak mulia
- Ciri orang bertaqwa, kawal marah dan memaafkan kesalahan orang lain
- Amalan ahli syurga seorang sahabat Nabi disebutkan semasa orang itu masih hidup, apabila dikaji amalannya zahir tampak biasa, namun sebenarnya pada setiap malam sebelum tidur dia memaafkan segala kesalahan orang lain
- Kekuatan sebenar ukurannya adalah pada kekuatan mengawal marah, dan tidak diukur pada kekuatan bergusti.
- Balasan rumah di syurga dibina oleh Allah kepada mereka yang meninggalkan pertengkaran-perdebatan walaupun dia berada pada pihak benar
- Amat besar pahala dan darjat di sisi Allah mereka yang berakhlak mulia
- Setiap apa sahaja dialami seorang manusia itu, membawa apa saja perasaan menyedihkan, merisaukan, dilukai hatinya dan lain-lain oleh sesiapa sahaja – kesemua itu membawa kepada ampunan Allah dan dinaikkan darjat di akhirat
- Ulama Islam dahulu menekankan berpuluh-puluh tahun mempelajari ilmu akhlak-adab berbanding ilmu fiqh dan seumpamanya

Lihatlah hikmah orang-orang yang dewasa dan lebih matang pemikiran mereka dan banyak pengalaman, mereka tenang dan tidak cepat melatah. Lebih kepada memulihkan, membaiki keadaan daripada terus menambah kerosakan.

(Sebenarnya amat menarik, penting, luas, berguna perbincangan tentang akhlak ini. Setakat ini buat masa ini catatan ringkas saya ini).

Pada perdebatan, pertengkaran, sukar manusia untuk mengawal akhlak.

عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَنَا زَعِيْمٌ بِبَيْتٍ فِيْ رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِيْ وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِيْ أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ. رواه ابوداود.

Dari Abu Umamah, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bersifat gurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik.” (H.R. Abu Daud).

https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2731-al-kafi-877-nasihat-dan-tips-untuk-mengawal-kemarahan

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3026-irsyad-al-fatwa-siri-ke-284-tetamu-datang-pada-waktu-malam

http://www.ikim.gov.my/index.php/2014/01/16/psikologi-dan-pengurusan-emosi-rasul-saw/

https://www.pesantrenluluwalmarjan.org/keutamaan-berakhlak-mulia/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...