Ulama Benteng

Ulama Benteng

Selasa, 8 September 2020

Inspirasi Untuk Dikongsi – Mengekalkan Keputusan Cemerlang Akademik

 



Inspirasi Untuk Dikongsi – Mengekalkan Keputusan Cemerlang Akademik (Dean’s List) dan Markah Tertinggi dalam Kursus Fiqh Muamalat dan Jinayat UKM Catatan berdasarkan pengalaman sebenar ini semata-mata untuk berkongsi inspirasi, menyebut pinjaman nikmat Allah yang diberikan, dan tuan-puan pastinya lebih berupaya untuk lebih cemerlang daripada saya. Saya tetap orang awam, marhaen, sentiasa berusaha untuk membaiki diri. Baru semalam keputusan semester 2, dikeluarkan. Setelah mendapatnya, saya menghubungi salah seorang pensyarah yang mengajar. “Assalam Dr. , ana Ikhwan pelajar Ust subjek Fiqh Jinayat Muamalat minta pinda tarikh exam sbb operation hospital. Syukran ust 😊 ana dapat gred A subjek Fiqh Jinayat Muamalat dan keseluruhan PNG cemerlang.” Jawab beliau: “Wkmslm. Ana ingat enta. enta layak dpt A kerana komitmen melaksanakan tugasan dan menjawab dgn baik. Semoga enta berjaya dpt melanjutkan pelajaran ke peringkat selanjutnya” “Subjek ni, enta dpt markah tertinggi” “Teruskan kecemerlangan” Jawab saya “Alhamdulillah ana qada hajat nak mengaji bidang agama sejak kecil, 10 tahun lepas dah buat ijazah bidang sains” Apa yang menjadikan ini manis dan bermakna? - Semasa tarikh peperiksaan home examination dipilih, saya terpaksa mohon tangguh kerana pertembungan dengan tarikh pembedahan di Hosp. An-Nur - Sepanjang tempoh kursus ini dipelajari, saya dalam cuti sakit dan ada pemakaian fixation setter di peha kanan. - Pergerakan saya di dalam rumah memerlukan bantuan tongkat / walking frame - Ada waktu perlu minum painkiller - Semasa ikuti kelas, perlu duduk dan dalam keadaan kaki kanan diluruskan - Kemudian, pada bahagian seterusnya memulakan kerja dari rumah setelah kuota cuti sakit habis digunakan, tetapi masih tetap dalam cuti sakit oleh doktor. - Saya dan rakan merebut semua tugasan kursus, kuiz, e-poster dan dilaksanakan dengan baik - Take home examination dilaksanakan dalam tempoh masa dua hari, hanya dua soalan dan masing-masing soalan bernilai 20 markah dan soalan beraras tinggi. - Dua hari tersebut saya mengerahkan tenaga, masa, fikiran sepenuhnya untuk menjawab soalan dengan baik (pada hakikatnya hanya menyusun semula). Kira-kira lebih daripada 5 buah buku, kitab, jurnal dijadikan rujukan, dibedah dan disedut keluar. Selepas berhempas pulas hampir dua hari menyusun jawapan, baru dihantar jawapan, dan terasa agak penat tenaga fikiran digunakan. Secara umum prinsip dan sikap asas dalam pengajian ini dan kehidupan kita; - Pohon bantuan Allah, jiwa disandarkan kepada ketuhanan, usaha diri disandarkan kepada sebab-musabab (atau kefahaman cause and effect) dan sunnatullah - Tekadkan kesungguhan - Niat belajar sebagai ibadah, untuk dapat manfaat, sebarkan manfaat, diamalkan, mendekatkan diri kepada Allah - Menghormati guru, mengikut arahan dan mudahkan urusan mereka - Go extra miles, above expectation - Berikan keutamaan dan tumpuan kepada apa-apa yang penting - Hargai masa, jangan dibazirkan each pocket (walau seringkas 30 saat, seringkas 1 minit) Teringat boss saya pernah kata saya ni jenis kalau buat bendang di Kedah, tak cukup tanah dikerjakan. =) Teruskan perjalanan, teruskan usaha kehambaan. Pasti Allah Maha Tahu, Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Membantu, Maha Membalas. Pasti di akhirat sana nanti kita pohon mendapat kerehatan sebenar. Maka, semasa di dunia ini, rebutlah semua peluang untuk meraih redha Allah. PNG semester 2 ada peningkatan, dan insya Allah on track mudah-mudahan dapat masuk pengajian PhD di APIUM nanti secara fast track dengan kelayakan PNGK Cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...