Ulama Benteng

Ulama Benteng

Selasa, 9 Mac 2010

Larangan Mengumpat


Perbuatan mengumpat ialah dosa yang melibatkan makhluk lain. Dosa yang melibatkan makhluk lain pula tidak diampunkan oleh ALLAH melainkan setelah si pengumpat memohon maaf daripada orang yang diumpat. Jika perkara ini tidak selesai di dunia, semasa pengadilan mahsyar nanti orang yang diumpat berhak meminta pahala kebajikan daripada orang yang mengumpatnya sebagai ganti rugi. Lebih menyedihkan lagi, andai orang yang mengumpat itu tidak mempunyai pahala kebajikan yang mencukupi untuk diberikan, dia terpaksa menanggung dosa orang yang diumpatnya, dan ada yang akhirnya dihumbanhkan ke dalam neraka. Na'uzubillahi min zalik.





Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.



Larangan Mengumpat


Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran yang terjemahannya berbunyi:

"Wahai orang -orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip ataupun mencari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah individu daripada daripada kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? Apabila demikian keadaan mengumpat, sudah tentu kamu jijik padanya. Oleh itu, larangan-larangan itu perlu dipatuhi dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

Surah Al-Hujurat, ayat 12.

Firman-Nya lagi yang terjemahannya berbunyi:

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."

Surah Al-Israk, ayat 36.

Dijelaskan lagi dalam Al-Quran yang terjemahannya:


"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya ataupun perbuatan yang dilakukannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia menerima dan menulisnya."

Surah Qaf, ayat 18.

Abu Hurairah r.a. melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata yang terjemahannya berbunyi:

"Individu yang yakin kepada Allah dan kepada Hari Akhirat, dia perlu bercakap yang baik-baik ataupun diam sahaja."

Riwayat Bukhari dan Muslim.


Abu Musa Asya'ari melaporkan, katanya: "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, siapakah orang Islam yang paling baik?"

Jawab Rasulullah,

"Orang yang menyebabkan semua orang Islam selamat daripada lidah dan tangannya."

Riwayat Bukhari dan Muslim.
Jahal bin Saad melaporkan, katanya: "Rasulullah pernah berkata:

"Individu yang dapat memberi jaminan kepada saya bagi menjaga apa yang ada di antara dua rahangnya iaitu lidahnya dan apa yang ada di antara dua pehanya iaitu kemaluannya, saya menjamin syurga kepadanya."

Riwayat Bukhari dan Muslim






Rujukan Ayat Quran dan hadits: Kitab Riyadhus Solihin, Al-Imam An-Nawawi r.a. dalam buku kecil (koleksi terpilih) berjudul Berbicara Cara Nabi terbitan PTS.



Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.

1 ulasan:

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...