Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 19 Disember 2020

Pendekatan Ekonomi Mahathir dan Najib

Pendekatan Ekonomi Tun Mahathir

Secara khusus dalam berhadapan kegawatan ekonomi susulan pandemik COVID-19, pendapat dan analisis yang berlegar dalam ruangan maya menyatakan aliran neoliberal yang diamalkan oleh Tun Mahathir. Antara sorotan sejarah dijejak ialah pada awal-awal tahun 90-an Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat meniru idea-idea penswastaan daripada bekas Perdana Menteri UK, Margaret Thatcher. Pada masa tersebut, idea-idea neoliberal berjaya menjad lebihan (surplus) kerana aset-aset negara yang dijual kepada pihak-pihak swasta akan menyediakan lebihan tunai kepada kerajaan. 

Sebagaimana dicatatkan Adam Abu Bakar (2020), Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat mengubah cara hidup dan membuat pengorbanan dengan tidak lagi mengharapkan imbuhan pada nilai sama kerana penularan Covid-19 akan membawa impak kepada ekonomi negara. Salah satu perkara yang kita perlu terima hakikat, jika perniagaan tidak berjalan dengan baik, maka anda tidak lagi boleh mengharapkan dibayar dengan nilai yang sama lagi. Kita semua akan memperoleh pendapatan yang rendah.Disebabkan itu kita kena ubah cara hidup, kita tidak lagi boleh berharap untuk mengamalkan gaya hidup seperti dahulu lagi, yang sebelum ini memerlukan wang. Apabila kurangkan aktiviti yang memerlukan wang, keperluan tanggungan anda akan semakin berkurangan.

Adam Abu Bakar. 2020. Dr M Gesa Rakyat Ubah Cara Hidup Buat Pengorbanan Selepas COVID-19. Free Malaysia Today. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/06/dr-m-gesa-rakyat-ubah-cara-hidup-buat-pengorbanan-selepas-covid-19/   [19 Disember 2020]

Menurut Rizwan Roslan (2020a), falsafah ekonomi Tun Mahathir ini adalah falsafah neoliberal, satu falsafah yang tidak sesuai untuk ekonomi moden terutamanya dalam keadaan kegawatan ekonomi. Apa yang dicadangkan beliau adalah “austerity measures” atau langkah penjimatan. Andaian Tun Mahathir adalah apabila ekonomi perlahan, kerajaan perlu menjimatkan perbelanjaan. Ini adalah pemikiran “household economy”. Ekonomi negara bukan seperti ekonomi rumahtangga kita. Apabila kerajaan berbelanja, sektor persendirian dapat peluang menjana ekonomi. Apabila kerajaan kurang berbelanja, sektor persendirian sakit.

Apa yang penting bagi ekonomi negara bukanlah jumlah nominal hutang negara, tetapi ratio hutang/KDNK. Hutang nominal negara akan sentiasa meningkat selama lamanya kerana negara dianggap abadi. Kebolehupayaan negara membayar hutang diukur dengan ratio hutang/KDNK kita. Disetujui bahawa apabila ekonomi gawat, kerajaan perlu membuat pinjaman dari pasaran domestik yang menyebabkan ratio hutang/KDNK meningkat, tetapi ini hanya sementara saja supaya ekonomi negara terus berkembang dan tidak menguncup lebih teruk. Pelabur juga akan lebih yakin apabila pasaran domestik mempunyai wang untuk berbelanja. Jika mengikut Tun Mahathir, beliau akan melaksanakan llangkah penjimatan, ekonomi mungkin akan pulih selari dengan ekonomi global tetapi harga yang dibayar begitu tinggi. Pastinya ada cara yang lebih berkesan dan lebih bijak.

Rizwan Rozlan. 2020a. Catatan di Facebook berkenaan perbezaan ekonomi Tun Mahathir dan DS Najib Razak. 18 November 2020.  https://www.facebook.com/rizwan.rozlan  [19 Disember 2020]

Sebagaimana dilaporkan Firdaus Azil (2020), bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan beberapa peruntukan di bawah Belanjawan 2021 yang beliau anggap, tidak membantu usaha Kerajaan menangani COVID-19. Kerajaan sebenarnya tidak perlukan jumlah Belanjawan yang begitu besar iaitu RM322.5 bilion, melainkan benar-benar untuk mengatasi masalah sosial, ekonomi, dan membanteras pandemik itu. Menurut beliau, ada perbelanjaan yang boleh ditangguhkan sementara, atau digunakan untuk COVID-19, dalam usaha menangani kemerosotan ekonomi. Antara contoh yang dirujuk adalah kabinet terlalu besar. Ramai yang dilantik jadi Menteri, Timbalan Menteri, bertaraf Menteri tetapi mereka tidak dapat bekerja pun kerana wabak. Kita boleh kurangkan jumlah mereka tanpa jejaskan perjalanan pemerintahan. Beliau turut menyentuh cadangan pemotongan gaji menteri sebanyak 30 peratus yang diyakini mereka tidak akan kebuluran jika cadangan itu dilaksanakan.Sebaliknya terdapat ramai yang tidak ada pendapatan sama sekali kerana tidak bekerja atau berniaga lagi.

Firdaus Azil. 2020. Belanjawan 2021: Menteri tak akan kebulur kalau potong gaji 30 peratus - Tun Mahathir. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/belanjawan-2021-menteri-tak-akan-kebulur-kalau-potong-gaji-30-peratus-tun-mahathir-268052  [19 Disember 2020]

Pendekatan Ekonomi Dato Sri Najib Razak

Menurut Rizwan Roslan (2020b), Dato Sri Najib Razak berpendapat bahawa saranan Tun Mahathir tentang pemotongan gaji ini tidak berkesan dan tidak efektif. Bagi Dato Sri Najib Razak, apa  yang diperlukan adalah “rangsangan ekonomi” bukan sebaliknya. Memotong gaji, mengurangkan perbelanjaan kerajaan akan menyebabkan ekonomi menguncup.

Pada 2009, Dato Sri Najib Razak melaksanakan rangsangan ekonomi dengan meminjam dari pasaran tempatan dan memang kadar  hutang/KDNK negara meningkat, tetapi kesannya adalah sewaktu dunia dilanda kegawatan yang dikatakan pakar ekonomi kata lebih teruk dari Great Depression, Malaysia hampir tidak terkesan kerana kita pulih dalam masa tak sampai setahun. Rakyat Malaysia tidak sempat merasai kesannya. Selepas tahun 2009, kerajaan mengurangkan defisit tahunan apabila ekonomi sudah pulih.

Rizwan Rozlan. 2020b. Catatan di Facebook berkenaan perbezaan ekonomi Tun Mahathir dan DS Najib Razak. 18 November 2020.  https://www.facebook.com/rizwan.rozlan  [19 Disember 2020]

Menyoroti laporan media oleh Astro Awani (2020), bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan pendekatan "cash is king" seperti mana banyak negara lain yang menggunakan pendekatan tersebut untuk menyelamat ekonomi negara ketika berdepan krisis COVID-19. Menurut beliau, satu persatu negara dalam dunia sedang menggunakan pendekatan "cash is king" untuk menyelamatkan ekonomi mereka dari krisis COVID. Diharapkan agar kerajaan PN juga akan menggunakan cara yang sama pada skala yang paling besar mungkin dalam pakej rangsangan ekonomi tambahan hari ini untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi dipelihara dalam keadaan negara yang susah sekarang.Pada masa yang sama, bantuan ini mesti mesti dipercepat.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut memetik laporan The Edge pada 27 Februari lalu yang melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia boleh menjana simpanan RM2 trilion untuk terus merangsang ekonomi. Kata beliau, kerajaan tidak perlu bimbang untuk menggunakan rizab negara dan boleh membina semula kekayaan negara selepas krisis COVID-19 berakhir. Najib juga berharap kerajaan PN gunakan rizab dan kekayaan yang ada dengan sebaik-baiknya dan pada skala paling besar dengan segera untuk selamatkan negara dari krisis COVID-19.

Astro Awani. 2020. COVID-19: Guna pendekatan "cash is king" untuk selamatkan ekonomi negara - Najib https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-guna-pendekatan-cash-is-king-untuk-selamatkan-ekonomi-negara-najib-235527  [19 Disember 2020]



Jumaat, 11 Disember 2020

Respon Masyarakat dalam Ekonomi Akibat COVID-19

Catatan ini dimuatkan dalam kedua-dua platform https://ikhwanzhaki.blogspot.com/ dan https://mohdikhwanzhaki.blogspot.com/.

Susunan Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki dan Siti Fatimah binti Abdul Hamid, calon Sarjanamuda Pengajian Islam UKM 2019-2023.

Pendapatan Terjejas Akibat COVID-19


COVID-19 memberikan kesan yang begitu besar kepada ekonomi rakyat Malaysia. Pendapatan rakyat terjejas akibat penularan virus tersebut. Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik COVID-1. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kerajaan sedar ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19 (Mohd Nasaruddin & Luqman Arif, 2020). Angka ratusan ribu yang begitu tinggi itu menjadi petanda jelas impak signifikan COVID-19 terhadap ekonomi rakyat Malaysia. Sungguhpun demikian, rakyat Malaysia tidak terus pasrah dengan takdir tetapi mereka terus bingkas bangun mencari altenatif bagi meneruskan kehidupan dan perlu berfikir diluar kotak dalam menggerakkan ekonomi mereka.

Menurut Siti Masayu Rosliah & Fatimah Hassan (2020) akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat banyak laporan di media mengenai kesan PKP terhadap perniagaan berskala kecil yang mula hilang punca pendapatan harian   akibat   gangguan   rantaian   bekalan  ekoran   daripada   penutupan   sektor sokongan, selain kekurangan pekerja dan kekurangan wang simpanan tunai. Tinjauan oleh kebanyakan media mendapati  rungutan  peniaga sepanjang musim COVID-19 telah    menjejaskan    sumber    pendapatan    mereka.    Namun, kebanyakan peniaga percaya bahawa keadaan ini semuanya berada di luar kawalan dan tiada  sesiapa  yang  inginkan  krisis  ini  berlaku  sedemikian terhadap kemerosotan jualan sehingga mengalami kerugian hampir 100%.

Di samping itu, kehilangan pekerjaan di negara ini dicatatkan meningkat sebanyak 42 peratus bagi suku pertama 2020, menurut laporan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Ini berikutan banyak perniagaan dan syarikat terpaksa menutup operasi disebabkan pandemik COVID-19 (Sri Ayu, 2020). Apa yang pasti, peningkatan kehilangan pekerjaan diramal terus meningkat pada suku kedua dan seterusnya bagi tahun 2020. Hal ini demikian kerana perkembangan semasa yang tidak memperlihat apa-apa tanda akan surut dan hilang pandemik ini

Kehilangan pekerjaan akibat penularan COVID-19 tidak sahaja menjejaskan pekerja sektor swasta. Penjawat awam juga adalah antara kalangan yang terkesan dengan penularan COVID-19, justeru adalah tidak tepat pandangan pihak tertentu bahawa kakitangan kerajaan tidak seharusnya mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebagaimana yang dilaporkan oleh CUEPACS (Rafidah Mat Ruzki, 2020). Secara keseluruhannya, segenap lapisan dan sektor pekerjaan rakyat Malaysia adalah terkesan.    


Ubah Suai Gaya Hidup

Kesan daripada Pandemik COVID-19 ini secara khususnya dalam aspek ekonomi, rakyat harus mengubah cara hidup yang sebelum ini penuh dengan kemewahan kini kepada kesederhanaan. Menurut Nurul Aini Muhamed (2020), semua individu dalam masyarakat samada yang bujang atau berkeluarga, sewajarnya menguruskan wang mereka dengan bijak dan berhemah. Ilmu pengurusan kewangan individu perlu diamalkan seperti menyediakan belanjawan rumah mengikut tahap keperluan. Pembelian adalah hanya pada perkara yang perlu sahaja mengikut kepentingannya. Di samping itu, wang yang ada hasil dari penangguhan pembayaran pembiayaan bank melalui pakej moratorium dan juga pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu digunakan dengan cara terbaik bagi tujuan perbelanjaan perkara yang perlu, bukannya untuk bermewah. Lebihan wang setelah melangsaikan perbelanjaan asas ini perlu disimpan atau dilaburkan bagi tujuan mendapatkan pulangan yang bersesuaian bagi bekalan masa hadapan.

Selanjutnya, menurut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (2020) wujud perubahan pola perbelanjaan keperluan harian sebelum dan semasa penularan COVID-19. Secara keseluruhan, didapati perubahan pola perbelanjaan keperluan harian yang signifikan sebelum dan semasa penularan COVID-19. Aktiviti membeli bahan mentah untuk dimasak di pasar/pasar raya/kedai runcit menunjukkan pola pembelian semasa penularan COVID-19 mula bergerak ke arah kelompok kekerapan kadang-kadang dan jarang-jarang berbanding sebelum penularan COVID-19. Berlaku perubahan bagi aktiviti makan di restoran, makan di restoran makanan segera dan menonton wayang di panggung wayang di mana kelompok pengguna lebih tertumpu kepada tidak melaksanakan aktiviti tersebut semasa penularan. Aktiviti-aktiviti lain menunjukkan pola perbelanjaan mula tertumpu kepada kelompok kekerapan jarang-jarang dan tidak pernah berbanding sangat kerap dan kerap. Dapatan daripada Jabatan Perangkaan ini mengukuhkan lagi perubahan yang berlaku dalam gaya hidup, yang merupakan respon masyarakat kepada COVID-19.


Membeli Barang Malaysia

Respon masyarakat yang amat dialukan oleh kerajaan selain perubahan gaya hidup adalah membeli barang tempatan iaitu membeli barang Malaysia yang dipasarkan oleh orang tempatan. Hal ini adalah begitu diutamakan sehingga kerajaan melancarkan Kempen Beli Barang Malaysia (KBBM). Perkara ini sangat memberi impak besar terhadap ekonomi negara seterusnya membantu usahawan tempatan dalam negara. Memetik ucapan Alexander Nanta Linggi (2020), beliau menjelaskan kempen itu diadakan secara bersepadu dengan kerjasama daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan. Katanya, kempen itu turut menghimpunkan pelbagai sektor di negara ini terutama yang dikawal selia KPDNHEP seperti sektor perdagangan dan peruncitan serta perdagangan dalam negeri. Menurut Rohaniza Idris (2020) Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata KBBM adalah kempen jualan mega produk tempatan sebagai pilihan kepada masyarakat untuk berbelanja dengan tawaran harga berpatutan. Kempen tersebut juga bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat bagi membantu pengusaha tempatan dengan membeli pelbagai bentuk barangan, produk dan perkhidmatan buatan tempatan. Kempen itu diadakan secara bersepadu dengan kerjasama daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.


Keprihatinan Masyarakat dan Sikap Saling Membantu 


Di samping perubahan gaya hidup dan kempen membeli barangan Malaysia, tindak balas rakyat Malaysia yang prihatin dan bersatu padu adalah saling menolong antara satu sama lain. Hal ini demikia kerana kesan yang sangat ketara kepada ekonomi rakyat Malaysia. Dalam tempoh PKP semangat #kitajagakita telah dizahirkan dalam kalangan rakyat Malaysia, tidak mengira latar belakang, bekerjasama menghulurkan bantuan kewangan dan barangan kepada golongan yang terjejas akibat daripada pandemik, khasnya kumpulan barisan hadapan (frontliners) dan yang kurang berkemampuan (PNB Insights, Julai 2020). Pelbagai bentuk bantuan diberikan antaranya makanan dan minuman, peralatan pendingin hawa, kipas, alat perlindungan individu (Personal Protective Equipment - PPE) dan sebagainya kepada para petugas barisan hadapan, dan juga kepada rakyat lain.  


Selanjutnya, rakyat Malaysia juga bertindak dengan begitu prihatin dalam menyokong usaha perniagaan yang dijalankan oleh para peniaga yang terkesan. Warga maya menggerakkan kempen bantu peniaga terkesan antaranya melalui tanda pagar #SokongPeniagaKecil. Melaluinya, media sosial dapat mengetengahkan kewujudan perniagaan yang sedang dijalakan dan para pengguna dapat membeli daripada para peniaga tersebut. Selanjutnya, kempen dalam media sosial melalui tanda pagar Semangat #KitaJagaKita dan #RakyatJagaRakyat turut berjalan terus-menerus sejak negara dilanda wabak COVID-19 malah jauh terpupuk dalam kalangan jiwa rakyat negara. Semangat kekitaan seumpamanya tercetus apabila orang ramai mengambil inisiatif untuk membantu peniaga kecil yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Nailah Huda, 2020). Tidak sekadar itu, kempen bertanda pagar #Kitajagakita pula adalah satu inisiatif rakyat untuk mengumpul organisasi bukan kerajaan (NGO) dan individu bagi membantu golongan memerlukan sebaik sahaja perintah kawalan pergerakan dijalankan. #Kitajagakita dimulakan oleh penulis Hanna Alkaf, sukarelawan dan beberapa aktivis Pulang Mengundi untuk memastikan golongan memerlukan mendapat bantuan secukupnya.Hanna berkata inisiatif ini dilancarkan kerana beliau tidak selesa untuk berdiam diri sewaktu menghadapi krisis. “Jadi saya menyalurkan rasa tidak selesa ini kepada sesuatu yang baik daripada hanya menjadi negatif (Naziatul Syahira, 2020). Kesemua gerakan kempen kesedaran melalui media sosial itu adalah antara bukti jelas tindak balas rakyat Malaysia berdepan kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Dengan saling membantu membeli barangan daripada peniaga kecil dan barangan buatan Malaysia, ekonomi dalam kalangan rakyat dapat dijana dan dipulihkan.

 

Membantu dengan Wakaf Tunai

Keprihatinan masyarakat dalam saling membantu juga dapat diluaskan dalam bentuk bantuan wakaf tunai. Walaupun negara kita dilanda krisis ekonomi lantaran kesan daripada COVID-19 ini, masih ramai individu jutawan diluar sana yang membantu masyarakat dengan memberi bantuan wakaf. Wakaf tunai terutamanya disalurkan kepada agensi yang bertanggungjawab menguruskan kewangan mereka bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas teruk. Ini merupakan salah satu daripada respon masyarakat dalam menghadapi COVID-19 terhadap ekonomi negara. Menurut Muhammad Firdaus Ab Rahman et. al (2018), wakaf tunai telah  dilaksanakan  di  kebanyakan  negeri  di  Malaysia, misalnya yang  diperuntukkan  di  bawah  seksyen  25 Enakmen  Wakaf  Terengganu 2016  dan  bertepatan  dengan  Keputusan  Mesyuarat  Jawatankuasa   Fatwa  Negeri Selangor   kali   ke-5   pada   17  Oktober   2017. Wakaf tunai  merupakan  mekanisme penjanaan dana  yang  pantas  dan berkesan samada dalam   keadaan   tenang   mahupun darurat. Hal   ini   telah dimanifestasi pelaksanaannya dalam   mendepani  pandemik   COVID-19   dengan   menubuhkan  beberapa   tabung   wakaf   untuk   penempatan   pesakit,   pusat kuarantin, peralatan perubatan,dan kebajikan kakitangan barisan hadapan (frontliners).

 

Peluang Kerja dalam Norma Baru

Tidak hanya terbatas kepada keprihatinan saling membantu peniaga kecil, rakyat Malaysia juga bertindak balas kepada cabaran ekonomi COVID-19 melalui penerokaan peluang kerja dalam norma baru. Seiringan dengan perkembangan positif tersebut, keadaan dilihat semakin baik kerana pasaran pekerjaan di Malaysia menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan jumlah pengangguran bagi bulan Ogos turun sebanyak 3,500 kepada 741,600 (Alya Danisha, 2020a). Menurut Mohd Ridzuan (2020a), kehilangan pekerjaan semasa pandemik COVID-19 sudah menjadi sebahagian daripada normal baru namun memberi pengalaman ngeri kepada individu terbabit. Berdasarkan undian atas talian yang dijalankan Pusat Penyelidikan Poll UCSI pada 20 hingga 30 Julai lalu mendapati sebanyak 48 peratus daripada 858 responden bersetuju bahawa kehilangan pekerjaan adalah peluang untuk mereka bekerja sendiri. Dapatan ini menunjukkan ikhtiar rakyat meneroka pekerjaan secara sendiri, lantaran kesan ekonomi akibat COVID-19 yang menyebabkan kehilangan kerja. Di samping itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Poll UCSI, Profesor Madya Dr Pek Chuen Khee berkata, pendapat awam itu menunjukkan bahawa berlaku pengangguran buat sementara waktu kerana ramai yang mengambil peluang untuk memulakan perniagaan sendiri. Ujarnya lagi, bantuan bukan kewangan oleh kerajaan sangat penting apabila hampir 80 peratus responden memilih bantuan sedemikian (Mohd Ridzuan, 2020b).


Kerja Lebih Banyak Diwujudkan oleh Digitalisasi

Antara respon masyarakat terhadap kesan ekonomi akibat COVID-19 adalah melalui peluang kerja pada platform digitalisasi. Statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia memaparkan bahawa pada bulan Ogos sahaja 20,000 syarikat ditubuhkan berbanding 20,000 syarikat yang ditutup antara Mac dan September tahun ini (Alya Danisha, 2020b). Digitalisasi menjadi trend masa kini. Lonjakan perniagaan dalam talian berlaku dalam tempoh pandemik COVID-19. Webinar dan media sosial dimanfaatkan sepenuhnya dalam perniagaan. Justeru, bagi membolehkan kemampuan masyarakat seiringan dengan perkembangan tersebut, adalah disarankan agar mereka mempelajari satu set kemahiran baru merangkumi Internet of Things (IoT), kecerdasan buatan dan data besar. Hal ini membolehkan mereka mempunyai keutamaan dalam pasaran kerja.

 

Perniagaan Kecil dan Keuntungan Besar

Tidak sekadar memanfaatkan digitalisasi perniagaan, masyarakat turut bertindak balas dengan menyesuaikan diri dengan saiz perniagaan yang efektif. Ini sejajar dengan geasaan Pengarah Kanan Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Nik Maheran Nik Muhammad menggesa para usahawan agar menukar gaya perniagaan lama kepada model digital kerana yang lama itu tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa (Alya Danisha. 2020c).Perniagaan kecil dalam talian berpotensi lebih menguntungkan daripada perniagaan berskala besar. Istilah ‘kedai pop-up’ sekarang adalah gaya baru kerana pengusaha berpindah kepada perkhidmatan penghantaran dan perniagaan dalam talian, Kedai pop-up difahami sebagai kedai runcit yang dibuka sementara oleh peniaga e-dagang untuk menggunakan permintaan bermusim untuk jenis barang tertentu. Sejajar persekitaran semasa, sarung tangan, cecair nyahkuman dan topeng muka adalah beberapa barang yang laris di kedai pop-up.

 

Pekerjaan ‘Gig Workers’ Meningkat

Selanjutnya selain skala perniagaan kecil yang bertambah, pandemik ini mendorong masyarkat menceburkan diri dalam  gig economy’ – istilah yang bagi menggambarkan ekosistem bebas di mana pekerja yang menganggur menawarkan perkhidmatan mereka secara bebas, fleksibel atau sambilan – muncul sebagai normal baru (Alya Danisha. 2020d). Peralihan individu kepada ekosistem bebas tidak bertujuan memperoleh pendapatan tambahan atau utama sebaliknya disokong oleh keanjalan dari segi waktu dan lokasi kerja serta kebebasan dalam pemilihan jenis pekerjaan yang ingin dilaksanakan. Tambahan pula, bayaran diperoleh adalah lumayan. Situasi ini dapat disokong oleh kenyataan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid yang menyebut gig economy nampaknya lebih berjaya semasa wabak ini kerana aksesnya yang mudah, permintaan yang tinggi di samping percambahan teknologinya (Alya Danisha. 2020e). Secara ketaranya dalam tempoh pandemik COVID-19, perkhidmatan penghantaran makanan dan bungkusan menjadi pilihan sebahagian besar masyarakat sebagai respon dalam ekonomi.

 

Rujukan: 

Alexander Nanta Linggi. 2020. Berbelanja dalam Negara Rancakkan Semula Ekonomi Domestik. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/712259/kempen-beli-barangan-malaysia-bantu-kukuh-ekonomi-domestik [8 Disember 2020]

Alya Danisha. 2020a. Peluang Kerja Baharu Semasa Pandemik. WilayahKu. https://www.wilayahku.com.my/peluang-kerja-baharu-semasa-pandemik/#.X8pNDGgzY2w [6 November 2020]

Alya Danisha. 2020b. Peluang Kerja Baharu Semasa Pandemik. WilayahKu. https://www.wilayahku.com.my/peluang-kerja-baharu-semasa-pandemik/#.X8pNDGgzY2w [6 November 2020]

Alya Danisha. 2020c. Peluang Kerja Baharu Semasa Pandemik. WilayahKu. https://www.wilayahku.com.my/peluang-kerja-baharu-semasa-pandemik/#.X8pNDGgzY2w [6 November 2020]

Alya Danisha. 2020d. Peluang Kerja Baharu Semasa Pandemik. WilayahKu. https://www.wilayahku.com.my/peluang-kerja-baharu-semasa-pandemik/#.X8pNDGgzY2w [6 November 2020]

Alya Danisha. 2020e. Peluang Kerja Baharu Semasa Pandemik. WilayahKu. https://www.wilayahku.com.my/peluang-kerja-baharu-semasa-pandemik/#.X8pNDGgzY2w [6 November 2020]

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. Laporan Survei Khas Kesan COVID-19 kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 1) Secara Atas Talian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi Tempoh 23 – 31 Mac 2020. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/covid19/ [8 Disember 2020]

Mohd Nasaruddin Parzi, Luqman Arif Abd Karim. 2020. 800,000 Hilang Kerja Sejak COVID-19 Melanda. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/748412/800000-hilang-kerja-sejak-covid-19-melanda [4 November 2020]

Mohd Ridzuan Abu Hassan. 2020a. Hilang Kerja Akibat Covid-19, Ramai Pilih Bekerja Sendiri. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/101903/KHAS/Koronavirus/Hilang-kerja-akibat-Covid-19-ramai-pilih-bekerja-sendiri [4 November 2020]

Mohd Ridzuan Abu Hassan. 2020b. Hilang Kerja Akibat Covid-19, Ramai Pilih Bekerja Sendiri. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/101903/KHAS/Koronavirus/Hilang-kerja-akibat-Covid-19-ramai-pilih-bekerja-sendiri [4 November 2020]

Muhammad Firdaus Ab Rahman. Hussein Azeemi Abdullah Thaidi. Azman Ab Rahman. Siti Farahiyah Ab Rahim. 2018. Peranan Wakaf Dalam Mendepani Pandemic COVID-19. Journal of Fatwa Managemant And Research. 13 (1).

Nailah Huda.2020. #SokongPeniagaKecil: Netizen Gerakkan Kempen Bantu Peniaga Terkesan. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sokongpeniagakecil-netizen-gerakkan-kempen-bantu-peniaga-terkesan-264086 [4 November 2020]

Naziatul Syahira Mustafa Kamel. 2020. Kempen Kita Jaga Kita Bantu Golongan Terjejas. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/515620 [4 November 2020]

Nurul Aini Muhamed. 2020. Gaya Hidup Kewangan Pasca COVID-19. Tinta Minda BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1842587 [17 November 2020]

PNB Insights. 2020. Melindungi Ekonomi Malaysia daripada COVID-19. Isu 1/2020. https://www.pnb.com.my/pdf/PNBInsights/07_Insights%20Julai_Covid19RMCO_BM.pdf [4 November 2020]

Rafidah Mat Ruzki. 2020. Penjawat Awam Juga Terkesan Akibat COVID-19 – CUEPACS. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/748376/penjawat-awam-juga-terkesan-akibat-covid-19-cuepacs. peratus [4 November 2020]

Rohaniza Idris. 2020. Kempen Beli Barangan Malaysia Bantu Kukuh Ekonomi Domestic. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/712259/kempen-beli-barangan-malaysia-bantu-kukuh-ekonomi-domestik [8 Disember 2020]

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid. Fatimah Hassan. 2020. Jurnal Amalan Dan Penglibatan Peniaga Kecil Melalui Perniagaan Digital Semasa Pandemik Covid-19 Di Malaysia. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

Sri Ayu Kartika Amri. 2020. Kehilangan Pekerjaan Naik 42 Peratus. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/585851/kehilangan-pekerjaan-naik-42-peratus [4 November 2020]



Rabu, 9 Disember 2020

Kesan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kepada Guru

 Kesan FPK kepada Guru


Guru sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting terhadap pembangunan negara. Guru adalah nadi pendidikan anak bangsa. Sehubungan dengan itu, FPK sememangnya memberi impak kepada para guru sebagai barisan hadapan dalam menyampaikan dan menerapkan penghayatan FPK kepada para pelajar secara khususnya, dan kepada rakyat Malaysia secara umumnya. Menyokong kepentingan peranan guru Mohd Salleh (1992) menyatakan bahawa:  


Dalam bidang pendidikan, guru merupakan suatu anggota atau kakitangan yang paling penting untuk membangunkan sebuah masyarakat. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan baik di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat menengah. 


Sehubungan dengan itu, proses persiapan melahirkan guru berwibawa itu sendiri menjadi agenda mustahak unutk merealisasikan kejayaan FPK. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan menjadi teras yang dinyatakan dalam FPK. 
Dalam konteks program pendidikan guru, apabila kepercayaan kepada Tuhan dijadikan teras dan falsafah mutlak, maka guru yang dihasilkan kelak sudah tentu akan mempunyai ciri – ciri yang dikehendaki. Guru juga seharusnya sedar akan tanggungjawab seorang manusia di muka bumi ini. Dua peranan manusia adalah hamba kepada Pencipta dan khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi ini (Rohana, 2010). Di samping itu, pada fitrahnya manusia telah mengakui kewujudan Tuhan Yang Esa dan telah ada beberapa potensi dalam tersendiri. Sebagaimana dicatatkan oleh Hasan (1986), potensi dalaman tersebut adalah manusia menjadi baik sejak asal kejadian lagi, manusia mempunyai roh yang bergabung dengan tubuh badan yang membentuk jasad khalifah. Manusia bebas dalam membuat pilihan, dan manusia memiliki akal yang membantu mereka untuk berfikir dalam membuat pilihan. Ketika guru sedar tentang beberapa peranan yang perlu dimainkan dan potensi dalaman yang pastinya telah ada dalam diri mereka, tidak ragu lagi bahawa guru akan melaksanakan amanah dengan penuh kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Ismail et al., 2011a).

 

 Dengan berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang dipasak melalui FPK, guru yang dihasilkan adalah dengan integrasi antara kedua-dua ilmu wahyu dan ilmu akal, sekaligus memiliki pengetahuan duniawi dan ukhrawi. Oleh sebab yang ilmu yang diajarkan adalah berteraskan ketuhanan, para guru yang akan dibentuk adalah bersikap rendah diri dan tidak angkuh dengan ilmu yang ada (Tajul Ariffin, 1993a). Kesannya, guru yang dibentuk itu akan keluar berusaha demi menyebarkan dan berkongsi ilmu yang telah ditimba kepada para pelajar dengan toleransi dan hati ikhlas. Pada masa yang sama, impaknya diperoleh para pelajar dengan tahap pencapaian ditingkatkan dan potensi mereka diperkembang (Ismail et al., 2011b). 

Lanjutan daripada kepercayaan kepada Tuhan yang seterusnya dipadukan dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan sikap penuh kesederhanaan, pemurniaan dalam nilai guru berlaku. Tajul Ariffin (1993b) menyebut bahawa penghayatan bersungguh-sungguh terhadap nilai murni akan membolehkan seseorang individu itu mampu mencapai kesejahteraan diri dan berusaha untuk memberikan sumbangan bermakna dalam mewujudkan keharmonian masyarakat dan negara. Ketara di sini adalah guru yang telah padat dengan ilmu dalam diri mereka, akan mengajarkannya pula kepada para pelajar dengan nilai-nilai murni yang dapat dimanfaatkan. Warnoh dan Norasmah (2003) menyatakan guru cemerlang hanya diperoleh ketika guru itu memiliki nilai positif kepada profesion dan melaksanakan tanggungjawab kerjaya dengan sepenuh komitmen, lalu mampu membentuk tanggapan bahawa tugas adalah ibadah.

 

Natijahnya, melalui kemantapan paduan antara ketiga-tiga perkara iaitu kepercayaan guru kepada Tuhan, guru yang memiliki ilmu dan kemahiran yang bersepadu dan guru yang mempunyai nilai yang baik dan terpuji : pasti guru tersebut mampu menghadapi segenap cabaran dan rintangan (Rajah 1).



Rajah 1 : Antara kesan FPK yang membentuk kemampuan guru menghadapi segenap cabaran


Selain itu, kesan kefahaman FPK kepada guru juga dapat dinilai daripada beberapa aspek berikut: kepuasan bekerja, hasil pembelajaran pelajar, dan sikap (Rajah 2) (Muhammad Nurfahmi et al., 2011).

Kepuasan bekerja 

Pekerjaan yang sesuai berperanan penting supaya seseorang individu itu mengecapi kepuasan sesuatu kerja yang dilaksanakan. Dinham dan Scott (2000) menekankan bahawa kepuasan kerja adalah satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagai menepati nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu. Ketika pekerjaan dilakukan adalah bertepatan dengan kehendak dan keperluan diri, tahap kesulitan sesuatu kerja tidak menjadi masalah dalam kepuasan bekerja. Locke (1976) berpandangan kepuasan kerja adalah satu keseronokan atau emosi positif secara serta-merta kesan penghormatan atau pengalaman kerja seseorang. Apabila tugas kerja dilaksanakan dengan penuh minat mendalam yang datang dari hati, akan terhasil kepuasan. Dengan kepuasan itu pula kesannya memberikan kualiti kerja. Sedemikian juga konteksnya dalam sistem pendidikan, apabila guru melaksanakan kerjayanya dengan penuh komitmen dan berpegang kepada FPK sebagai asas panduan maka kepuasan akan dicapai. Amanah yang digalas dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Seterusnya kesan adalah pada para pelajar yang akan diasuh dan dididik supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.  

Hasil pembelajaran pelajar 

Hasil pembelajaran pelajar dalam bentuk keputusan peperiksaan menjadi satu bentuk keluaran dan petanda kepada kualiti kerja guru. Apabila tinggi peratusan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan, itu menzahirkan hasil usaha kerja guru. Kualiti kerja guru terkesan dengan jumlah pencapaian pelajar. Dicatatkan oleh Sidek dan Mohd Ali (1998) tentang kajian McClelland (1961) yang mendapati bahawa pencapaian akademik yang cemerlang kerapkali dihubungkan dengan individu yang memiliki motivasi pencapaian yang tinggi. Di sini, jelas kepentingan peranan guru untuk meningkatkan motivasi para pelajar. Guru yang mendasari FPK untuk melahirkan pelajar yang dengan intelek tinggi pastinya berusaha dengan segenap ikhtiar dan cara untuk meningkatkan motivasi pelajar. Impaknya adalah keberhasilan dan pencapaian cemerlang pelajar.  

Sikap

Sikap adalah elemen utama dalam membentuk bangsa berkualiti bagi sesebuah negara, dan tidak semata-mata kejayaan bangsa dinilai pada keputusan akademik. Dengan teras FPK, hasil daripada usaha mengembangkan potensi individu adalah melahirkan rakyat Malaysia berilmu, bertanggung jawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri dan menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Untuk merealisasikan tujuan ini, sikap adalah mustahak.  Tanpa sikap yang betul, banyak cita-cita murni dan kejayaan tidak dapat dicapai dengan berkesan. Dengan ketiadaan sikap yang mulia dan sewajarnya, seseorang itu telah gagal pada peringkat dirinya sendiri dan tidak memiliki kesejahteraan diri. Apabila dirinya sendiri telah gagal, bagaimana mungkin masyarkat dan negara dapat dipimpin. Kesannya, tidak tercapai tujuan besar FPK bagi melahirkan rakyat yang menyumbang kepada kemakmuran negara. Justeru, tidak wajar ada kompromi terhadap peranan sikap yang mulia sebagai salah satu petanda utama kesan kefahaman FPK kepada guru untuk mendidik para pelajar tentang sikap.


Rajah 2 : Kesan kefahaman FPK kepada guru

 

Rujukan: 

Dinham, S., Scott, S.. 2000. Enhancing teachers professionalism: The need to engage with the Third Domain. ACEA International Conference. September 9-12. Hobart.

Hasan Langgulung. 1986. Manusia dan Pendidikan: Suatu Analisa Psikologi dan Pendidikan. Jakarta: Pustaka Al Husna

Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah. Amirmudin Udin. 2011a. Kemantapan Penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Teras Kemenjadian Guru Pendidikan Teknik dan Vokasional. Journal of Edupres.  9 : 357-363.

Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah. Amirmudin Udin. 2011b. Kemantapan Penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Teras Kemenjadian Guru Pendidikan Teknik dan Vokasional. Journal of Edupres.  9 : 357-363.

Locke, E. A. .1976. The Nature and Causes of Job Satisfaction: Handbook of Industrial and Organizational Psychology. Chicago: M.Dunnett dan Rand McNally.

Mohd Salleh Lebar.1992. Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Muhammad Nurfahmi Mohamed et al.. 2011. Kemantapan Penghayatan Guru Terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan Asas Membangunkan Guru Cemerlang. Jurnal of Edupres. 1: 271-278

Rohana Hamzah. 2010. Mengenali Manusia: Asas Pembangunan Pendidikan Berkualiti. Skudai: Penerbit UTM.

Sidek Mohd Noah, Mohd Ali Jaamat. 1998. Keberkesanan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu Terhadap Peningkatan Motivasi Pencapaian Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Sembilan. PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. 6 (1). Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Tajul Ariffin Noordin. 1993. Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Warnoh Katiman, Norasmah Haji Othman. 2003. Program Pendidikan Guru Teknik dan Vokasional yang Cemerlang. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.


Isnin, 7 Disember 2020

Sejarah dan Perkembangan Ilmu Akhlak

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AKHLAK

  Kita meneliti akhlak sebagai suatu disiplin ilmu yang penting dan tersendiri termasuk definisi, skop kajian dan sejarah perkembangan ilmu tersebut.

  Ilmu akhlak merujuk kepada ilmu yang meneliti tentang teori, teknik dan proses untuk menjana hal-hal kejiwaan seperti rasional, marah dan syahwat supaya berfungsi dengan sederhana dan harmoni dalam jiwa seseorang manusia.

 

Definisi Ilmu Akhlak

  Ilmu Akhlak Merujuk Kepada Ilmu Yang Dapat Menempa  Suatu Bakat Atau Disposisi Yang Baik Dalam Jiwa Seseorang.

  Imam Al-Ghazali: Ilmu Yang Mengkaji Persoalan-persoalan Tentang Bagaimana Manusia Dapat Membentuk Suatu Keadaan Kejiwaan Yang Dapat Melahirkan Tingkah Laku Yang Baik.

  Al-Shirwani: Ilmu Mengenai Kebaikan Dan Keburukan  Kejiwaan Serta Cara-cara Untuk Mencapai Kebaikan  Dan Menghindarkan Keburukan Tersebut

  Maka, Kajian Ilmu Akhlak Adalah Kajian Tentang  Dimensi Kejiwaan  Yang Merangkumi Ransangan, Kekuatan  dan Hal-hal Kejiwaan  Manusia.

 

Skop Kajian Ilmu Akhlak

Fokus kajian disisplin ilmu akhlak adalah:

  Konsep jiwa dan disposisi jiwa manusia serta kepelbagaian kekuatan jiwa manusia

  Konsep kebaikan (al-fada’il) dan keburukan (al-radza’il) serta hubungan konsep tersebut  dengan pelbagai kekuatan jiwa manusia

  Pendidikan akhlak ataupun teori-teori tentang  bagaimana cara untuk menjana suatu disposisi yang baik dalam jiwa seseorang manusia

  Konsep kebahagiaan

  Isu kesihatan mental

 

 

Ahad, 6 Disember 2020

TAKRIF DAN KEPENTINGAN AKHLAK

 

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.

TAKRIF DAN KEPENTINGAN AKHLAK

 



 

AKHLAK  MENURUT PERSPEKTIF ILMU BARAT

 

v  Akhlak dalam ilmu barat dikenali sebagai etika dan moral

v  Daripada sudut bahasa, etika dan moral merujuk kepada tabiat, adat kebiasaan, susila, niat, sikap, pandangan hidup, maruah, agama dan disposisi rohaniah seseorang.

v  Daripada sudut istilah: etika dan moral merujuk kepada disiplin  ilmu yang mengkaji pelbagai isu tentang tingkah laku manusia  termasuk tentang nilai yang berkaitan dengan perlakuan manusia, kriteria kebaikan dan keburukan, serta tentang peranan dimensi rohaniah terhadap sesuatu perbuatan.

 

AKHLAK DALAM ISLAM

q  Akhlak adalah istilah yang diperkenal dan diterima pakai oleh orang-orang islam bersumberkan al-quran

q      (68:4)

q       ( 26:137)      

q  Rasulullah s.a.w merupakan model dan contoh ikutan akhlak terbaik kepada orang-orang islam.

q  Rasulullah sendiri merealisasikan prinsip-prinsip akhlak al-quran dalam realiti kehidupan baginda.

 

DEFINISI AKHLAK

q  Istilah akhlaq berasal daripada bahasa arab dan merupakan jamak kepada perkataan khuluq, pecahan daripada kata khalq. Mengikut kamus al-Muhit, akhlak berasal daripada kalimah al-khuluq yang membawa empat pengertian: perangai, tabiat, maruah, agama

q  Menurut Ibn Athir (al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar), khuluq atau akhlaq itu ialah bentuk (kejadian) manusia dari sudutnya yang batin, sementara khalq pula ialah bentuk (kejadian) manusia daripada sudutnya yang lahir.  Pendapat Ibn Athir itu jelas menghubungkan akhlak itu dengan bentuk kejadian manusia iaitu paduan antara bentuk kejadian yang lahir (jasmani) dan bentuk kejadian yang batin (rohani).

q  Secara umumnya, ia merujuk kepada sifat semulajadi, tabiat, adat, kebiasaan, maruah dan gaya hidup seseorang atau sekumpulan individu.

 

AKHLAK MENURUT IBN MISKAWAYH

  • Situasi kejiwaan yang mendorong seseorang insan melakukan sesuatu perbuatan
  • Ia dilakukan dengan senang, tanpa berfikir dan perencanaan rapi
  • Ia bersifat tabii
  • Melalui disiplin diri dan latihan

 

AKHLAK MENURUT AL-GHAZALI

       Suatu disposisi jiwa yang mantap dan ia menjadi punca kepada semua perbuatan yang dilakukan oleh seseorang manusia  dengan mudah, tanpa melibatkan daya pemikiran

       Bukan ilmu

       Bukan  kekuasaan  (kudrat)

       Bukan perbuatan

       Suatu disposisi  jiwa yang mantap

       Wujudnya kestabilan

       Direalisasikan dengan senang, mudah dan spontan



Akhlak adalah dimensi rohaniah ( hal, disposisi dalam jiwa) – punca kepada perbuatan  pendorong manusia untuk melakukan sesuatu perbuatan

Akhlak – bahagian dalaman, penyebab kepada perbuatan

Perbuatan – bahagian luaran,  memanifestasikan  situasi jiwa

Akhlak juga bukan jiwa

Jiwa dijadikan oleh Allah secara tabii, manakala akhlak  merupakan suatu disposisi yang terbentuk dan bertempat di dalam jiwa tersebut.

Akhlak  dapat berubah  dan responsif

 

UKURAN PERBUATAN

 

       Bagaimana dapat  mengetahui sesuatu perbuatan itu baik atau buruk?

       Melalui pertimbangan:

       Syariat

       Akal

 

AKHLAK ADALAH DISPOSISI JIWA


 





 

AKHLAK  DAPAT DIASUH

 

       Akhlak manusia dapat diasuh menjadi baik dan mulia kerana:

ü  Disposisi jiwa tidak bersifat jumud, beku, statik

ü  Responsif terhadap pendidikan, latihan, disiplin

ü  Kewujudan syariat, kenabian, sekolah, universiti

       Tahap pencapaian / penerimaan seseorang itu  adalah berbeza

 

KEPENTINGAN AKHLAK DALAM ISLAM

Menurut Ibn Miskawayh dan al-Tusi;  ilmu akhlak menduduki tempat yang paling mulia antara ilmu-ilmu yang ada:

• kerana ia membimbing manusia

• mencapai kesempurnaan kejadiannya

• memperolehi kebahagiaan yang hakiki di akhirat.

 

Akhlak menduduki tempat yang sangat penting dan dominan dalam Islam.

o Ia memaksi dimensi roh kepada agama Islam itu sendiri

o Setiap aspek seperti ilmu, iman, badat, ekonomi,politik dan sosial disahkan oleh akhlak

 

Akhlak sebagai kriteria yang dapat mengesahkan darjat orang yang berilmu dan bertakwa

-  orang yang beriman tidak akan benar-benar beriman kecuali disokong oleh akhlak yang baik

 

Akhlak menjadi fundamental kepada syariat dan semua tingkah laku manusia.

-  semua perbuatan dilihat dalam konteks sama ada mematuhi atau sebaliknya melanggar undang-undang Allah

 

Akhlak boleh menjadi kriteria penentu status manusia sama ada menjadi lebih mulia atau lebih buruk

Akhlak memainkan peranan yang sangat penting dan dominan dalam menjana pembentukan sahsiah diri manusia dan juga masyarakat dan negara

 

Kesimpulan

 

       Akhlak merujuk kepada suatu hal atau disposisi yang terjana dalam jiwa (nafs/soul) setiap insan.

       Akhlak  yang baik dapat direalisasikan melalui keharmonian antara kekuatan rasional, marah dan syahwat.

       Akhlak boleh mengalami perubahan sama ada kearah baik ataupun buruk kerana ia bersifat responsif  terhadap pendidikan, nasihat, latihan, agama, undang-undang  dan disiplimn.

       Kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat dapat dicapai dengan jayanya sekiranya seseorang itu berakhlak dengan akhlak yang baik

 

Usul Fiqh : Qiyas

 

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.

AL-QIYAS

 

TAKRIF QIYAS

Pada bahasa

       Persamaan:  (i) hissiyyahqiyas sesuatu ke atas sesuatu = menyamakan dengannya (ii) macnawiyyah – seseorang itu diqiyaskan ke atas seseorang = menyamakannya pada semangat dan kemuliaan

       Taqdir : Mengetahui kadar sesuatu perkara dengan perkara yang lain – sukat baju dengan meter

       Kedua-duanya sekali: Aku mengqiyaskan perbuatan dengan perbuatan = aku kadarkannya dan samakannya

 

Pada istilah

       Persamaan hukum furuk dengan asal kerana terdapat persamaan pada cillah

 

RUKUN QIYAS

       Asal = tempat bergantungnya hukum yang sabit dengan nas atau ijmac

       Furuc = ‘tempat’ tiada padanya nas atau ijmac

       cIllah = sifat yang dibina hukum asal ke atasnya

       Hukum asal = hukum syarak yang terdapat pada asal dan ingin dipindahkan ke furuc

 

Contoh

       Dadah memabukkan = arak. Apabila arak diharamkan, maka hukum dadah juga adalah haram

       Arak @ asal

       Dadah @ furu

       Memabukkan @ cillah

       Haram @ hukum asal

 

SYARAT-SYARAT QIYAS

       Asal

       Hukum asal

       Furuk @ cabang

       cIllah

 

Asal : Bukan furuk/cabang @ sabit melalui nas atau ijmak

Hukum asal:

       Sabit melalui al-Quran, al-Sunnah, ijmak

       ‘Illah boleh ditanggap oleh akal

       Boleh diaplikasi pada masalah cabang

       Tidak terkemudian daripada hukum furuc sekiranya hukum furuc tidak ada dalil lain selain qiyas

       Tidak dimansukhkan

 

Furuk @ cabang

       Tidak mempunyai dalil tersendiri – nas @ ijmak

       cIllah yang terdapat pada furuc sama seperti yang terdapat pada asal

       Tidak wujud terlebih dahulu daripada hukum asal

 

cIllah

       Jelas dan terang – boleh dipastikan ‘kewujudannya’ pada asal dan furuk

       ‘Illah merupakan petanda dan pengenal kepada kewujudan hukum

       Tidak menjadi pengenal jika tidak dapat ditanggap oleh pancaindera

       Cth : memabukkan pada pengharaman arak

       Sifat yang mundhabit – tertentu dan terbatas @ tidak berubah dengan perubahan masa dan individu

       Cth : Sifat bunuh yang menghalang pembunuh daripada menerima pusaka, memabukkan pada pengharaman arak

       Asas qiyas ialah persamaan antara asal dan furuk – ‘illah mesti tertentu

 

       Sifat yang munasabah bagi hukum – zann yang kuat terealisasi hikmah daripada pensyariatan hukum

       Bunuh dengan sengaja merupakan sifat yang sesuai dikenakan qisas – merealisasi hikmah menjaga jiwa

       Sifat yang tidak ada munasabah @ tardiyy tidak boleh menjadi ‘illah – warna, kecairan, rasa arak

       Menjangkaui masalah yang lain – tidak terbatas pada asal sahaja

       Asas qiyas ialah persamaan antara asal dan furuk

       Jika terhad kepada asal –> tiada qiyas

       Buih sebagai ‘illah pengharaman arak

       Tidak bertentangan dengan nas dan ijmak

       Pensabitan hukum ialah sama ada melalui nas ataupun ijmak – bukan cillah

       Cth : berpuasa sebagai permulaan kepada kaffarah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang raja pada siang hari Ramadhan

       عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ هَلَكْتُ فَقَالَ وَمَا أَهْلَكَكَ قَالَ وَاقَعْتُ امْرَأَتِي فِي شَهْرِ رَمَضَانَ قَالَ فَأَعْتِقْ رَقَبَةً قَالَ لَيْسَ عِنْدِي قَالَ فَصُمْ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قَالَ لَا أَسْتَطِيعُ قَالَ فَأَطْعِمْ سِتِّينَ مِسْكِينًا

 

KEHUJAHAN QIYAS

       Jumhur ulama : Harus pada akal serta wajib beramal dan berhujjah dengannya

       Syicah Imamiyyah, Nazzam dan al-Zahiriyyah : Tidak hujah

 

Hujah jumhur(‘aqliyy):

·       Qiyas bukanlah suatu yang mustahil untuk berlaku dan yang demikian itu harus pada akal, justeru, qiyas harus berlaku

 

·       فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ

 

o   Perintah – ictibar  = perpindahan dari sesuatu kepada yang lain.

o   Qiyas = pemindahan hukum dari asal kepada furuc – makna ictibar ialah melintas, melampaui dan berpindah dari sesuatu kepada sesuatu yang lain.

o   Qiyas juga melampaui daripada hukum asal kepada kepada furuc, maka ia turut termasuk dalam perkara yang diperintahkan dan wajib beramal

 

·       كَيْف تَقْضِي قَالَ بِكِتَابِ اللَّه قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِد فِيهِ قَالَ فَبِسُنَّةِ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِد فِيهَا وَلَا فِي كِتَاب اللَّه قَالَ أَجْتَهِد فَقَالَ الْحَمْد لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُول رَسُوله لِمَا هُوَ مِنْ رَسُوله

 

o   Rasul (s.a.w) memperaku Mucaz untuk berijtihad pada perkara-perkara yang tidak ada nas – termasuk qiyas. Kebenaran berijtihad bagi mengeluarkan hukum yang diberikan ini  menunjukkan bahawa qiyas adalah seperti al-Quran dan al-Sunnah – wajib beramal dengannya sama seperti wajib beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah

 

       Para Sahabat r.a telah beramal dengan qiyas tanpa bantahan – IJMAK

 

       Had peminum arak – Saidina Ali berkata : siapa yang minum arak maka dia mabuk, siapa yang mabuk maka dia merepek, siapa yang merepek, maka dia berdusta dan melakukan fitnah – qiyas peminum arak kepada had orang yang membuat fitnah

       Pemilihan khalifah – Umar r.a berkata : apakah kamu tidak redha bagi perkara dunia kamu dengan siapa yang diredhai oleh Rasul (s.a.w) pada perkara  agamamu?

 


Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (1)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ

       Allah SWT melarang daripada mengutamakan sesuatu selain daripada al-Quran dan al-Sunnah

       Menerima al-qiyas bererti membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah

       Setiap yang dilarang adalah ditegah – batal

 

Bidasan kepada Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (1)

       Al-Qiyas beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah – diperintah – wajib

       فَاعْتَبِرُوا

       Kisah Muaz bin Jabal

 

Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (2)

 

وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ & وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ

       Al-Qiyas = berhujah tanpa ilmu – dilarang

       Setiap yang dilarang adalah ditegah – batal

       Oleh itu, berhujah menggunakan al-qiyas adalah batal dan tidak diterima

 

Bidasan kepada Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (2)

        Al-Qiyas bersandarkan kepada ilmu

       Zann seseorang mujtahid bahawa hukum asal terdapat pada furuk – disepakati wajib untuk diamalkan

       Al-Qiyas bersifat zanniyy = wajib diamalkan

 

PEMBAHAGIAN AL-QIYAS

       Aspek CAKUPAN MAKNA yang menyeluruh antara asal dan furuk

       Qiyas al-Awla

       Qiyas al-Musawi

       Qiyas al-Adna

 

       Aspek KEKUATAN HUJAH

       Qiyas jaliyy

       Qiyas khafiyy

 

Qiyas al-Awla

       cIllah pada furuc LEBIH KUAT dalam menentukan hukum daripada cillah asal

       Qiyas memukul ke atas 'ah' kerana memukul lebih munasabah kepada pengharaman daripada mengatakan 'ah'

 

Qiyas al-Musawi

       cIllah pada furuc MENYAMAI dengan cillah pada asal ketika menentukan hukum 

       Qiyas membakar harta anak yatim ke atas memakan hartanya yang diharamkan oleh Allah SWT dengan cillah memusnahkan harta tersebut

 

Qiyas al-Adna

       cIllah hukum furuc LEBIH LEMAH daripada cillah pada asal dalam menentukan hukum 

       Sabitkan riba pada timun yang diqiyaskan kepada gandum – hukum furuc tidak mempunyai cillah sekuat asal kerana asal iaitu gandum tetap haram sama ada cillahnya adalah makanan atau tidak. Ini disebabkan terdapat kemungkinan-kemungkinan cillah yang lain iaitu makanan asasi atau timbangan

 

 

Qiyas jaliyy

       PENAFIAN KESAN perbezaan di antara asal dan furuc ketika menentukan hukum adalah JELAS dan PASTI

       Qiyas hamba perempuan ke atas hamba lelaki untuk dibebaskan

 

Qiyas khafiyy

       TIDAK DAPAT DIPASTIKAN berlakunya penafian kesan perbezaan di antara hukum asal dengan furuc 

       Qiyas membunuh dengan sesuatu yang berat ke atas sesuatu yang tajam dengan cillah membunuh dengan sengaja bagi mensabitkan qisas

 

 

 

 

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...