Ulama Benteng

Ulama Benteng

Rabu, 10 Februari 2010

Bagaimana Dosa Kecil Boleh Menjadi Besar?

Berazamlah dengan sesungguh-sungguhnya untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa bertaubat atas segala dosa yang dilakukan dan tidak mahu mengulanginya serta menghampiri kepada permulaan segala kema'siatan. Ampuni segala dosa kami Ya Allah, berilah kami kekuatan dan pimpinan-Mu untuk menjauhi segala dosa.

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Bagaimanakah dosa yang kecil boleh menjadi besar?

Daripada pengajaran oleh para 'ulama, ada dua cara dosa kecil boleh berubah menjadi besar:

1) Dosa kecil yang dilakukan secara berterusan.
2) Dosa kecil yang dilakukan dengan perasaan memandang mudah dan ringan kepada dosa kecil tersebut.

Oleh sebab yang demikian, kita menginsafi ketelitian para 'abid dan sufi yang sudah pun menganggap perkara makruh dan sia-sia seakan-akan dosa bagi mereka.

Allahu Allah, La ila ha illa anta, kekalkanlah kami dalam keadaan bertaubat atas segala dosa dan menjauhi segala permulaan dosa, makruh dan sia-sia.



Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...