Maha Suci Allah yang telah menjadikan hidup dan mati sebagai ujian untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya. Hidup hamba yang memenuhi tuntutan dan seruan Tuhannya pasti akan beroleh kebahagiaan yang sejati.
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.
Berbakti kepada Allah
"Telah Aku sediakan balasan untuk hamba-Ku yang soleh apa yang belum pernah dilihatnya dan belum pernah didengarnya, malah tak pernah terangan-angan dalam fikiran manusia."(Riwayat Tirmidzi, daripada Abu Hurairah)
"Berniat sahaja hamba-Ku akan melakukan satu kebaikan, sudah Aku sediakan untuknya satu pahala. Kalau sudah sampai dia melakukan niatnya itu, akan Aku sediakan untuknya paling sedikit 10 pahala, bahkan ada yang sampai 700 pahala. Sebaliknya, bila dia hanya berniat saja akan melakukan sesuatu kejahatan Aku diamkan. Kalau sampai dilaksanakannya, Aku catat untuknya satu dosa."(Riwayat Tirmidzi, daripada Abu Hurairah)
Rujukan: Taman Syurga Idaman, Himpunan Hadith-hadith Qudsi. Susunan Rosli Haji Ibrahim.
Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.